Anugerah Juara Lagu ke-17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 2002)
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu ke-17
TV3
Tarikh 12 Januari 2003
Tempat Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Pengacara Intan Suraya
Ary Malik
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Keliru"
nyanyian Ajai & Nurul
(gubahan: Aidit Alfian/
lirik: Aidit Alfian)
 < 2001 Anugerah Juara Lagu 2003 > 

Anugerah Juara Lagu ke-17 2002 yang diadakan pada 12 Januari 2003 diadakan buat kali ke-17. Kebiasaannya AJL diadakan pada akhir tahun, tetapi bagi edisi ke-17, ia diadakan pada awal tahun berikutnya. Edisi ke-18 diadakan pada 28 Disember tahun yang sama, tetapi selepas itu, AJL bermula dari edisi ke-19 akan diadakan pada awal tahun berikutnya sehingga sekarang. Pertandingan ini diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, lokasi penganjuran sehingga edisi ke-12.

Barisan juri edisi ke-17 adalah M. Nasir, Sharifah Aini, Khadijah Hashim (novelis), Ahmad Izham Omar, Habsah Hassan, Freddie Fernandez, Aishah, Khairil Johari Johar dan diketuai oleh Datuk Johari Salleh. Juruaudit dalaman TV3 ialah Puan Zuraidah Atan.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Sila rujuk di sini untuk peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 17

Kategori Balada[sunting | sunting sumber]

  • "Bicara Manis Menghiris Kalbu" : Siti Nurhaliza - (Aiman/Lukhman S)
  • "Gelisah Mimpi" : Liza Hanim - (Aiman/Alam Maya)
  • "Syair Si Pari-Pari" : Zamani - (Aidit Alfian/AD Samad)
  • "Menadah Gerimis" : Ziana Zain (Azmeer/Azmeer)

Kategori Pop Rock[sunting | sunting sumber]

  • "Julia" : Exists - (G-Nola/Loloq)
  • "Cinta" : Flop Poppy - (Fathullah & Baby/Baby)
  • "Keliru" : Ajai & Nurul - (Aidit Alfian/Aidil Alfian)
  • "Akan Datang" : Amy Mastura - (Iman Wan/Amran Omar)

Kategori Irama Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • "Tenung-Tenung Renung-Renung" : Dato' M. Daud Kilau & Syura - (S. Atan/Nurul Ashikin)
  • "Nirmala" - Siti Nurhaliza - (Suhaimi Mohd Zain/Ce'kem)
  • "Joget Langkah Delapan" - Syazliana - (Suhaimi Mohd Zain/Suhaimi Mohd Zain)
  • "Hala Timur" - Noraniza Idris - (Eddie Hamid/ ND Lala)

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu: "Keliru" (Ajai & Nurul/Aidit Alfian/Aidit Alfian)
  • Juara Kategori:
    • Etnik Kreatif: "Nirmala" (Siti Nurhaliza/Suhaimi Mohd Zain(Pak Ngah)/Ce'kem)
    • Balada: "Menadah Gerimis" (Ziana Zain/Azmeer/Azmeer)
    • Pop Rock: "Keliru" (Ajai & Nurul/Aidit Alfian/Aidit Alfian)

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Ajai & Nurul merupakan pasangan duet kedua yang memenangi Anugerah Juara Lagu setelah M. Nasir & Jamal Abdillah menang pada AJL 97.
  • Kemenangan lagu Keliru juga dikatakan telah menimbulkan banyak kontoversi apabila sesetengah juri memberi kenyataan kepada media bahawa Keliru bukan lagu pilihan mereka untuk menjadi juara.Keliru menepati ciri juara
  • Ziana Zain menang untuk kali kedua dalam AJL bagi kategori balada selepas berjaya pada tahun 1998 menerusi lagu Puncak Kasih.
  • Buat julung kalinya kategori Vokal Terbaik diperkenalkan pada AJL ke-17 ini menampilkan Liza Hanim sebagai pemenang.
  • Syura menjadi penyanyi paling muda beraksi di AJL 17, dan paling muda di sepanjang penganjuran AJL. Beliau berusia 16 tahun ketika bertanding.
  • Untuk kali yang ke-4, Siti Nurhaliza memenangi persembahan terbaik setelah memenanginya pada Anugerah Juara Lagu tahun 1996, 1997 dan 2001.