Bagan Jermal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bagan Jermal merupakan sebuah bandar yang terletak di Butterworth, Malaysia. Ia terletak di kawasan parlimen Bagan.Bentuk muka buminya adalah pinggir laut.Rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk membina Terowong Laut antara Bagan Jermal di sebelah pulau dan Bagan Ajam di sebelah Seberang Perai telah menimbulkan setakat perbalahan. Walaupun demikian, rancangan Kerajaan Negeri ini telah dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri telah pun membuat permohonan peruntukan bagi fasa 1 yang merangkumi kerja-kerja awal, termasuk penyediaan reka bentuk kejuruteraan, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Bagan Jermal juga terdapat di Pulau Pinang. Ia terletak di kawasan Gurney. Sekolah Menengah Perempuan China juga terletak dekat sini yang menerima pelajar perempuan bestari saja. Sekolah rendahnya pula merupakan pelajar kedua-dua jantina. Lepas itu, pelajar lelaki di sini akan pergi ke Sekolah Chung Ling untuk menyambung pelajaran sekolah menengah.

Terowong Laut juga akan dibina sampai di Pulau Pinang sini. Terowong Laut boleh membantu penduduk Butterworth dan Kulim terus akan sampai di Gurney dan mengatasi laluan jauh dan kesesakan lalu lintas di Jalan Masjid Negeri. Penduduk di Pulau Pinang juga akan terus sampai ke Butterworth (Raja Uda) untuk menjamu selera berbanding dengan jambatan.