Pergi ke kandungan

Gertak Sanggul

Koordinat: 5°16′56.7336″U 100°11′38.2878″T / 5.282426000°U 100.193968833°T / 5.282426000; 100.193968833
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gertak Sanggul
美湖
Kawasan pinggir bandar George Town
Map
Gertak Sanggul yang terletak di Pulau Pinang
Gertak Sanggul
Gertak Sanggul
Lokasi dalam    George Town dalam    Pulau Pinang
Koordinat: 5°16′56.7336″U 100°11′38.2878″T / 5.282426000°U 100.193968833°T / 5.282426000; 100.193968833
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Bandar George Town
DaerahBarat Daya
Keluasan
 • Jumlah
5.6 km2 (2.2 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah
1,444
 • Kepadatan260/km2 (670/batu persegi)
Demografi
 • Kaum
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (WMP)Tidak digunakan
Poskod
11910

Gertak Sanggul ialah sebuah kawasan pinggir bandar George Town di negeri Pulau Pinang, Malaysia.[2] Ia terletak di pantai barat daya Pulau Pinang, kira-kira 21 km (13 bt) ke arah barat daya dari pusat bandar. Gertak Sanggul ialah sebuah perkampungan pertanian, dengan kegiatan perikanan sebagai tunjang ekonominya.[3]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Menurut lagenda bandar, nama Gertak Sanggul berasal dari zaman Perang Dunia Kedua, ketika Pulau Pinang berada di bawah pendudukan Jepun.[4] Kaum wanita Melayu tempatan yang sering mengikat rambut mereka dalam bentuk sanggul akan menunggang basikal di sepanjang jalan yang tidak rata di kawasan tersebut, menyebabkan sanggul mereka terurai. Pentadbir Jepun di Pulau Pinang kemudiannya merujuk kawasan ini sebagai Gertak Sanggul.

Map
About OpenStreetMaps
Maps: terms of use
2km
1.2miles
3
3 Pulau Kendi
3 Pulau Kendi
2
Pasir Panjang
1
Pantai
Peta Gertak Sanggul.
Klik pautan di penjuru kanan atas untuk zum masuk.
1
Pantai
2
Pasir Panjang
3
Pulau Kendi

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Komposisi kaum di Gertak Sanggul pada tahun 2020[1]
Kaum / Kewarganegaraan Peratusan
Cina
  
54.2%
Melayu
  
43.1%
Bumiputera Lain
  
0.1%
India
  
1.2%
Lain-lain
  
0.1%
Bukan Warganegara
  
1.2%

Setakat 2020, kawasan kecil Bukit Pasir Panjang, di mana terletaknya Gertak Sanggul, mempunyai populasi seramai 1,444 orang.[1] Cina membentuk lebih 54% daripada penduduk, diikuti oleh Melayu sebanyak 43%.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Jalan utama di Gertak Sanggul ialah Jalan Gertak Sanggul, yang merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan 6 yang merentasi pulau. Jalan ini menghubungkan pekan ini dengan Balik Pulau di utara dan Teluk Kumbar di timur.

Perkhidmatan bas Rapid Penang laluan 308 merupakan satu-satunya perkhidmatan bas awam yang masuk ke Gertak Sanggul, menghubungkan kawasan ini dengan beberapa destinasi di pesisir timur Pulau Pinang, termasuk Bayan Lepas, Bayan Baru, Queensbay Mall, Universiti Sains Malaysia dan Sungai Nibong.[5]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Gertak Sanggul dilengkapi dengan sebuah sekolah rendah tunggal, iaitu SJK (C) Poi Eng.[6]

  1. ^ a b c d "MyCensus 2020: Mukim/Bandar/Pekan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Putrajaya: 174–175. Februari 2024. ISBN 9789672537069.
  2. ^ "George Town meliputi 'pulau', jelas Datuk Bandar" (PDF). Buletin Mutiara. 1 Mei 2015.
  3. ^ "Gertak Sanggul – Trend Hartanah Tempatan dan Panduan". www.propertyguru.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-12.
  4. ^ "Kisah gadis di sebalik nama Gertak Sanggul". BH Online. 17 Mei 2015. Dicapai pada 2018-02-12.
  5. ^ Peta laluan rapidpg.com.my Diarkibkan 2016-07-02 di Wayback Machine
  6. ^ "SJK(C) POI ENG – PULAU PINANG – Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-02-12.