Bukit Gelugor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bukit Gelugor merupakan kawasan Parlimen baru di bandaraya George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Bukit Gelugor mempunyai beberapa lokasi strategi seperti Gelugor, Sungai Gelugor, Sungai Dua dan bersambung dengan Jelutong.

Lebuh raya Jelutong merentasi kawasan ini sementara Jalan Sultan Azlan Shah menghubungkan pusat bandrraya Georgetown dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Di sini terdapat USM, Stesen Pemancar Gelugor, Sekolah Menengah Kebangsaan Gelugor, Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang dan lain-lain. Pernah satu ketika Akuarium Pulau Pinang beoperasi di sini, bersebelahan dengan Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kawasan Parlimen P051 Bukit Gelugor di menangi oleh Karpal Singh A/L Ram Singh dari DAP.Beliau mendapat 35,140 undi dengan majoriti 21,015. Saingan beliau Koay Kar Huah dari Barisan Nasional kalah, hanya mendapat 14,125 undi.