Pulau, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pulau, Pulau Pinang
Penang Island.png
Kawasan Pulau Pinang di Semenanjung Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Pulau Pinang
Peta menunjukkan lokasi Pulau Pinang
Lokasi Pulau Pinang di Malaysia
Geografi
Lokasi Selat Melaka
Koordinat 5°22′22″N 100°14′58″E / 5.37278°N 100.24944°E / 5.37278; 100.24944Koordinat: 5°22′22″N 100°14′58″E / 5.37278°N 100.24944°E / 5.37278; 100.24944
Luas 295 km2 (114 bt persegi)
Aras tertinggi 833 m
Titik tertinggi Bukit Bendera
Pentadbiran
Malaysia
Negeri  Penang
Demografi
Jumlah penduduk 678,000 (setakat 2007)
Kepadatan penduduk 229.83
Kumpulan etnik Cina: (41.7%), Melayu: (41.3%), India: (9.8%)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Pulau Pinang merupakan bandaraya pulau metropolitan terletak di negeri Pulau Pinang, Malaysia sejak 2015 serta bandaraya pulau yang paling terdekat ke tanah besar Malaysia.

Ibu negeri Pulau Pinang Georgetown terletak di timur laut pulau ini. Bandaraya barat laut ini merupakan pusat peranginan di Malaysia dengan keluasan 295 km2. Pulau ini merupakan pulau termaju dan pulau padat penduduk di Malaysia. Bentuk pulau Pulau Pinang juga macam Singapura dan mini Hong Kong bagi ibu kota Malaysia. Majlis Bandaraya di Pulau Pinang adalah dinamakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Pulau ini dibahagikan kepada dua daerah pentadbiran: Barat Daya Pulau Pinang dan Timur Laut Pulau Pinang. Secara umumnya daerah Timur Laut yang turut mengandungi Georgetown lebih membangun berbanding daerah Barat Daya yang lebih berfungsi sebagai "peparu hijau" pulau ini.

Pantai Batu Feringgi di Pulau Pinang adalah di pulau utara Malaysia ini. Pesawat-pesawat ke Bangkok, Taipei, dan Guangzhou pun terus terbang dan mendarat di destinasi bagi orang Pulau Pinang, Malaysia ini. Kebanyakan bisnes di negeri Pulau Pinang adalah buka pada hari Sabtu.

Larian Jambatan Pulau Pinang pun diadakan dekat sini setiap tahun. Lapangan Terbang di negeri Pulau Pinang adalah kedua sibuk di Malaysia hanya terletak tidak jauh dari jambatannya seperti lapangan terbang Singapura.

Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang sudah mahu mencapai 100 tahun. Pada 2015, Majlis Perbandaran Pulau Pinang pun telah dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Majlis Perbandaran di George Town itu adalah diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pulau ini terletak di kawasan Selat Melaka dan ia dihubungkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Titik tertinggi bagi pulau ini adalah Bukit Bendera yang mempunyai ketinggian kira-kira 833 meter (2,733 ka).

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Darat[sunting | sunting sumber]

Jaringan jalan raya dan lebuh raya yang menghubungkan keseluruhan pulau boleh didapati. Selain itu, dua buah jambatan juga tersedia diantara pulau dan tanah besar bagi memudahkan perhubungan.

Laut[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan feri disediakan di antara pulau dengan tanah besar iaitu:

  • Di antara Georgetown dan Butterworth (di mana stesen kereta api yang terdekat terletak) di tanah besar;
  • Di antara Georgetown dan pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.

Udara[sunting | sunting sumber]

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang terletak di selatan pulau memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke Wuhan, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Jakarta, dan Guangzhou.