Masjid Kapitan Keling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sebahagian dari siri
Masjid

Pahýl - Mešita.png

Seni bina

Mihrab · Menara · Mimbar

Gaya seni bina

Sudan-Sahel · Iwan

Lain

Pengubahan · Qadam Rasul

Masjid di merata dunia

Afrika · Asia · Australia
Amerika Utara · Amerika Selatan
Amerika Syarikat · Eropah

Lihat juga

Islam · Muslim · Surau · Kiblat

Portal Islam


Masjid Kapitan Keling yang terletak di Lebuh Pitt adalah masjid tertua di Georgetown, Pulau Pinang. Ia dibina di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18.

Seorang ketua kaum India Muslim, iaitu Caudeer Mohudeen yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling telah memohon tanah dan mendapat kelulusan bagi tanah seluas 18 ekar pada November 1801 bagi pembinaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada tahun 1834, tanah itu tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian pemberian asal. Jalan dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.

Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan yang sebelumnya. Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]