Melarik Awan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melarik Awan
GenreDrama
Keluarga
Dendam
Konflik
Ditulis oleh
  • Jaya Satria
  • Faridah Arifin
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Rintihan Kalbu" oleh Qalam Band dan Rafidah Ibrahim
Lagu penutup"Aku Juga Manusia" oleh Amir Jahari
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Azlin Rahim
  • Saiful Bahri Alias
PenerbitAlias Mohd
Penyunting
  • Salwaluddin Abu Jasman
  • Shahril Shamsokahar
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Wiranusa Corporation
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 September 2014 – 13 Oktober 2014
Kronologi
MengikutiDosa Seorang Suami
Diikuti olehKu Tak Rela

Melarik Awan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Along Kamaludin dibintangi oleh Dayana Roza, Aizat Hassan, Shiqin Kamal, Ammar Titan, Anne Abdullah, Sheila Mambo dan Zulkifli Ismail.[2] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 9 September 2014 hingga 13 Oktober 2014 menggantikan Dosa Seorang Suami.[3]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Fatihah (Dayana Roza) mula diuji dengan kehilangan ibu yang disayangi kerana penyakit barah payudara yang dihidapinya. Kerana tidak mahu bapanya, Harun (Mubarak Majid) tinggal sendirian Fatihah melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran.

Dia juga tidak mahu Harun merasa terbeban. Setelah kematian Rabiah, Harun sering sahaja didekati oleh Zaiton (Anne Abdullah). Entah kenapa Harun terlalu mudah menerima kehadiran Zaiton walaupun pada mulanya Harun telah berjanji kepada Fatihah tidak sekali-kali akan menduakan arwah ibunya. Pada mulanya Fatihah amat sukar menerima kenyataan bahawa dia akan menerima seorang ibu tiri dan akan menjadi kakak tiri kepada Areya (Shiqin Kamal). Areya sering sahaja bersikap jahat terhadap Fatihah. Tanpa pengetahuan Fatihah dan Harun sebenarnya Zaiton telah lama menaruh hati terhadap Harun tetapi Rabiah terlebih dahulu telah merebut hati Harun. Semenjak itu Zaiton bertekad untuk mendapatkan Harun dengan apa cara sekalipun termasuklah menggunakan bomoh.

Fatihah sekali lagi diuji selepas perkahwinan Harun dan Zaiton apabila Harun mengalami kemalangan yang mengakibatkan lumpuh dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Akhirnya Zaiton telah menunjukkan belangnya apabila dia mengusir Fatihah dari rumah dan menjualnya kepada Rayyan (Aizat Hassan), anak orang kaya yang ingin membeli tanah milik Harun. Pada mulanya Fatihah tidak mahu tetapi Zaiton tetap menghalaunya untuk membolot harta peninggalan arwah suaminya. Zaiton juga turut melemparkan pelbagai fitnah terhadap Fatihah sehingga Rayyan amat benci dan memberi layanan buruk kepada Fatihah. Hanya ibu bapa dan adik Rayyan, Haziq (Ammar Titan) yang melayan Fatihah dengan baik. Apakah yang akan terjadi kepada Fatihah yang dipaksa menjadi orang gaji di rumah Rayyan, lelaki yang tidak pernah dikenalinya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Hadi Nawawi sebagai Zul
  • Afzan A. Rahman sebagai Azri
  • Arell Ahmad sebagai Jaya
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Maria
  • Allana Amir sebagai Liza
  • Samsuri Sharom sebagai Pak Ali
  • Shasha Sharif sebagai Kak Kiah
  • Ema Latah sebagai Kak Bedah
  • Misz Yuna sebagai Datin Nora
  • Aisyah Along Kamaludin sebagai Farhana
  • Leyla Krisya sebagai Fiona
  • Ariffin Yusof sebagai Rosman
  • Qasehku Effa sebagai Rosmah

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nor Akmar Samudin (7 Disember 2017). "Aizat 'jahat sangat'". Harian Metro. Dicapai pada 2 Mei 2018.
  2. ^ "Kisah pengajaran dalam Melarik Awan di Slot Azalea TV3". Media Hiburan. 9 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-29. Dicapai pada 2 Mei 2015.
  3. ^ Budiey (9 September 2014). "Sinopsis Drama Bersiri Melarik Awan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Mei 2015.
  4. ^ Melarik Awan (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 24 Jun 2018.