Pergi ke kandungan

Melur Untuk Firdaus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Melur Untuk Firdaus
GenreMelodrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel My Rude Wife karya Cik Nor Cinta
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahZamri Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan
Lagu penutup"Bicara Menanti" - Tika Nasir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod63
Penerbitan
Penerbit eksekutifAmilia Amrina Dato' Wira Dr Affifudin
PenerbitDatin Wira Wan Kalsom Wan Yusof
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary - Musim 1 / Slot Akasia - Musim 2)
Disney+ Hotstar
Mediacorp Suria (Tayangan 2024)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal
  • 27 Mei 2022 — 15 Julai 2022 (musim 1)
  • 16 Mac 2023 — 21 April 2023 (musim 2)
Kronologi
Mengikuti
Diikuti oleh

Melur Untuk Firdaus ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Zamri Zakaria dengan skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan. Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Anna Jobling dan Meerqeen, siri ini merupakan adaptasi dari novel 2019, My Rude Wife karya Cik Nor Cinta.[1][2] Musim pertama drama ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 bermula 27 Mei 2022 sehingga 15 Julai 2022 menggantikan Do You Love Me Captain.[3][4][5] Musim keduanya memulakan tayangan perdananya di Slot Akasia TV3 dari 16 Mac 2023 sehingga 21 April 2023 menggantikan Ku Akad Kau Dengan Bismillah.[6][7][8] Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di Disney+ Hotstar. Drama ini kembali ditayangkan di Mediacorp Suria pada tahun 2024.

Ringkasan siri

[sunting | sunting sumber]
SiriEpisodTayangan asal
Tayangan pertamaTayangan terakhirRangkaian
12827 Mei 202215 Julai 2022TV3
23516 Mac 202321 April 2023

Musim 1 (2022)

[sunting | sunting sumber]

Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat. Melur sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Firdaus dan sedih apabila mengetahui Firdaus tidak merasakan perkara yang sama. Namun dia sedaya upaya untuk memikat hatinya malah meletakkan 7 syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee.

Musim 2 (2023)

[sunting | sunting sumber]

Perhubungan Melur dan Firdaus terus diuji dengan pelbagai rintangan. Namun, mereka nekad untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka. Kemunculan Mawar menggoyahkan lagi rumah tangga mereka.

Mawar merupakan anak tunggal kepada Tuan Idrus, pemilik Idrus Platinum Sdn Bhd. Mawar terjatuh cinta pandang pertama pada Firdaus dan sentiasa cari peluang berduan dengan Firdaus.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Drama ini telah mencetuskan fenomena di Malaysia dan Asia Tenggara setelah ditayangkan di TV3 apabila ia mencatatkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada 15 Julai 2022 dan mencapai 823 juta interaksi dalam media sosial sepanjang tayangan, berdasarkan sumber penarafan Nielsen 2022 bagi tempoh Mei hingga Julai 2022.[12]

Penarafan

[sunting | sunting sumber]
PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
PENONTON DI MALAYSIA TONTONAN DI TIKTOK MEDIA SOSIAL KELAB PEMINAT SUMBER
11 Juta 2.7 Bilion 823 Juta 200 Akaun [13][14][15]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2023 Gempak Most Wanted Awards 2022 Drama Trending Tergempak Melur Untuk Firdaus Menang [16][17]
Anugerah Drama Sangat 2023 Drama Adaptasi Novel Terbaik Menang [18][19][20]
Drama Popular Tercalon
Pelakon Lelaki Popular Meerqeen Tercalon
Pelakon Wanita Popular Anna Jobling Menang
Pasangan Drama Terbaik Meerqeen & Anna Jobling Menang
OST Terbaik "Duka Sebalik Tawa" - Puteri Khareeza Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 Aktor TV Popular Meerqeen Menang
Aktres TV Popular Anna Jobling Menang
Couple TV Popular Meerqeen & Anna Jobling Menang
Drama TV Popular Melur Untuk Firdaus (Penerbit: A-Ten Alliance Sdn Bhd/Datin Wira Wan Kalsom Wan Yusof) Menang
Anugerah Telenovela Ke-9 Telenovela Popular Melur Untuk Firdaus TBA
  1. ^ Drama Melur Untuk Firdaus MyInfoTaip. Dicapai 26 Mei 2022
  2. ^ "Drama Melur Untuk Firdaus jadi kegilaan ramai". Kosmo!. 11 Jun 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  3. ^ Fatin Farhana Ariffin (8 Jun 2022). "Melur Untuk Firdaus 'luar biasa'". Berita Harian. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  4. ^ Aqmar Mustaza (21 Jun 2022). "Melur Untuk Firdaus terus tarik perhatian". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 20 Julai 2022.
  5. ^ "Drama 'Melur Untuk Firdaus' Sampai Ke Penghujung, Peminat Dah Minta Musim Kedua". Oh Bulan!. 15 Julai 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  6. ^ Drama Melur Untuk Firdaus 2. Myinfotaip. Dicapai 4 Mac 2023
  7. ^ "Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju". MyKMU. 14 September 2022. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  8. ^ "Tak Sabar! 'Melur Untuk Firdaus Season 2' Trending Di Twitter, Anna Jobling & Meerqeen Buat Peminat Excited". XTRA. 8 Januari 2023. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  9. ^ a b Fatin Farhana Ariffin (16 Ogos 2022). "Anna, Meerqeen dilayan bagaikan bintang di Jakarta". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  10. ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Julai 2022). "Anna tak kisah dipanggil Melur". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  11. ^ Georgie Joseph (27 Mei 2022). "Berdebar respons peminat". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  12. ^ Affan Rostam (6 Jun 2022). "Tiada masalah ditayangkan di negara jiran". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  13. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (1 Ogos 2022). "Drama Melur Untuk Firdaus ditonton 11 juta orang". Berita Harian. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  14. ^ Ridzuan Abdul Rahman (31 Julai 2022). "Melur Untuk Firdaus catat 11 juta penonton". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  15. ^ Padin (30 Julai 2022). "Penangan Melur Untuk Firdaus Raih 11 Juta Penonton, Capai 832 Juta Interaksi Di Media Sosial". XTRA. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  16. ^ FZ (15 Disember 2022). "Dolla, 'Casablanca', 'Melur Untuk Firdaus' & Chombi Antara Calon 'Top 5' Anugerah Gempak Most Wanted 2022". Remaja. Dicapai pada 13 April 2023.
  17. ^ Budiey (27 Februari 2023). "Senarai Penuh Pemenang Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022)". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 April 2023.
  18. ^ Ramlah Zainal (15 Mac 2023). "Dominasi naskhah berat". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  19. ^ Syafil Syazwan Jefri (15 Mac 2023). "Gandingan mantap 'Meerna'". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  20. ^ Deegun Rahman (12 Mac 2023). "Diiktiraf Drama Novel Terbaik, Melur Untuk Firdaus Angkat Pasangan Meerqeen Dan Anna". Boom Malaysia. Dicapai pada 16 Mac 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]