Bisikan Syaitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bisikan Syaitan
PengarahFaizul A. Rashid
PenerbitTengku Iesta Tengku Alaudin (eksekutif)
Abdul Latiff Mohaideen
PenulisFaizul A. Rashid
Dibintangi oleh
SinematografiKhalid Zakaria
Syarikat
penerbitan
Lightbulb Pictures
Grand Brilliance
PengedarPrimeworks Studios
Mula ditayangkan
2 Mei 2013
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Bisikan Syaitan merupakan sebuah filem seram Malaysia 2013 arahan Faizul A. Rashid dalam kerjaya sulungnya sebagai pengarah. Filem ini ditayangkan pada 2 Mei 2013.[1]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Soraya (Nabila Huda) dan Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian berdarah dengan kuasa kejahatan demi mendapatkan kesenangan hidup. Mereka kemudiannya hidup dengan serba mewah hasil daripada perjanjian itu. Segalanya bertukar menjadi porak peranda apabila Soraya telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan membunuh. Rahsia perjanjian pasangan Kamil dan Soraya ini mula terbongkar sedikit demi sedikit apabila keluarga Kamil mula diganggu makhluk-makhluk ghaib.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Nurezzatul Aqmar Mustaza mengulas untuk Sinar Harian menyifatkan Bisikan Syaitan mempunyai "perjalanan plot yang agak perlahan dengan durasi pada satu babak yang agak lama ada kalanya merencatkan sedikit perhatian penonton".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khairul Amri Hassan (2 Mei 2013). "Perjanjian durjana dengan syaitan". Kosmo!. Dicapai 16 Mei 2018. 
  2. ^ "Sinopsis Filem Bisikan Syaitan Lakonan Fizz Fairuz". Sensasi Selebriti. 9 April 2013. Dicapai 16 Mei 2018. 
  3. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (5 Mei 2013). "Perjanjian berdarah!". Sinar Harian. Dicapai 16 Mei 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]