Maria Mariana II (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Maria Mariana 2)
Lompat ke: pandu arah, cari
Maria Mariana II
Mariah Mariana II.jpg
Pengarah Dato' Yusof Haslam
Penulis Dato' Yusof Haslam
Dibintangi oleh Erra Fazira
Ziana Zain
Awie
Ning Baizura
Rosyam Nor
Disunting oleh Salehan Samsuddin
Syarikat
produksi
Skop Productions Sdn Bhd. & Grand Brilliance Sdn Bhd.
Mula ditayangkan
April 2, 1998 (1998-04-02)
Tempoh tayangan
110 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Maria Mariana II ialah filem drama Malaysia tahun 1998, dan sekuel untuk filem tahun 1996, Maria Mariana. Filem ini diarahkan oleh Dato' Yusof Haslam, dan ditayangkan pada 2 April, 1998.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Maria dikejarkan ke hospital dan diselamatkan oleh Dr. Faris yang berjaya mengeluarkan peluru dari tubuhnya. Kemudian dia ditugaskan ke Unit Khas PDRM. Cintanya dengan Dr. Faris mula berputik. Unitnya telah diarahkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal di kotaraya. Mariana didatangi Remy,rakan sekerja yang menyukai Mariana. Roy, bekas teman lelakinya muncul semula dan menyebabkan jiwa Mariana memberontak dan kehidupannya liar kembali. Mariana bertekad untuk membalas dendam terhadap Roy, namun Roy yang menyedari rancangan Mariana itu bertindak memperdaya dan mencuba untuk menodai Mariana buat kali kedua namun berjaya diselamatkan oleh Sazali. Sejak itu Mariana mulai rapat dan jatuh cinta kepada Sazali. Sazali kemudian menawarkan Mariana untuk menjadi penyanyi utama di kelab malam yang diusahakannya. Mariana menerima tawaran itu namun ditentang oleh ibunya, akan tetapi Maria berjaya memujuk ibu mereka agar membenarkan Mariana menyanyi di kelab malam itu. Maria kemudiannya dikejutkan bahawa kelab malam yang dimana tempat Mariana menyanyi itu merupakan sarang kegiatan pil Estasy dan dadah. Lebih memeranjatkan bahawa dalang disebalik kegiatan haram itu adalah Sazali. Maria segera memberitahu Mariana agar memutuskan hubungannya dengan Sazali. Mariana yang keliru dengan permintaan kakaknya itu bertindak melarikan diri dari rumah dan ingin menemui Sazali, namun segalanya terbongkar apabila Mariana mengetahui bahawa Sazali hanya memperalatkan dirinya untuk menutup segala kegiatan haramnya itu. Manakala Maria berjaya menumpaskan Sazali. Mariana akhirnya mengahwini Remy, lelaki yang sanggup menerima dirinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]


Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon Tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Jesslyn
  • Noraini Hashim
  • Shaharon Anuar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Info mengenai Filem Maria Mariana II di Laman Web Sinema Malaysia