7 Perhentian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tujuh Perhentian)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Tujuh Perhentian" dilencongkan di sini.
7 Perhentian
Tujuh perhentian 02.jpg
Poster keluaran tayangan
Pengarah A. Razak Mohaideen
Penerbit
  • Abdul Latiff Mohaideen
  • David Teo (eksekutif)
  • Ahmad Puad Onah (eksekutif)
Penulis Azhari Zain (lakon layar)
Saniboey M. Ismail (skrip)
A. Razak Mohaideen (konsep)
Dibintangi oleh Erra Fazira
Farid Kamil
Muzik oleh Hattan
Disunting oleh Mariam Ibrahim
Syarikat
produksi
Mula ditayangkan
14 November 2004
Tempoh tayangan
90 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

7 Perhentian (juga disebut Tujuh Perhentian)[1] ialah filem seram misteri Malaysia 2004 arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen, lakonan Erra Fazira dan Farid Kamil sebagai watak utama.[2] Skrip filem ini terpaksa dipinda setelah mendapat bantahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana dikatakan mengandungi unsur tahyul apabila menunjukkan perhubungan roh dengan manusia.[3] Filem ini ditayangkan di pawagam pada 14 November 2004. Filem ini ditayangkan serentak dengan filem I Know What You Did Last Raya (2004) pada Hari Raya Aidilfitri.[4][5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Amir ialah seorang CEO di sebuah syarikat kurier. Dia mengalami masalah besar apabila barang kurier berharga RM150,000 didapati hilang. Ini menyebabkan Amir mengalami kerugian dan menyebabkan syarikat yang dibukanya bersama isterinya itu jatuh ke tangan rakan kongsi mereka. Lebih mengecewakan, isterinya Mira tidak pernah memberi kata semangat sebaliknya memperkecil-kecilkan Amir dan sering saja mencari punca bertikam lidah.

Pada suatu hari Amir bertekad untuk meninggalkan rumah bagi mencari ketenangan. Amir memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru melalui tujuh perhentian lebuh raya iaitu Nilai, Seremban, Ayer Keroh, Machap, Pulai, Yong Peng dan Skudai. Sewaktu di perhentian pertama dia berkenalan dengan seorang gadis jelita bernama Sue. Dalam masa yang singkat Amir telah jatuh cinta pada Sue, kerana Sue memiliki kualiti yang tidak pernah dimiliki isterinya. Namun, ketika mereka hampir sampai ke perhentian ke tujuh, suatu halangan datang menduga. Amir akhirnya mengetahui bahawa Sue, gadis yang dicintainya itu sudah meninggal dunia, dua hari lalu!

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

7 Perhentian diarahkan oleh Profesor Madya Abdul Razak Mohaideen, dengan lakonlayar ditulis bersama Azhari Zain dan skrip oleh Saniboey Mohd Ismail. Tenaga kerja termasuk Erman Maharam sebagai Penolong Pengarah, Hashim Rejab sebagai Penerbit Penyelaras dan Zainal Abidin Othman sebagai Pengarah Fotografi. Penggambaran dijalankan selama 23 hari, bermula 20 Disember 2003 hingga 11 Januari 2004. Lokasi penggambaran terdiri daripada Restoran Jejantas Sungai Buloh, kawasan rehat dan rawat Nilai dan Seremban, Janda Baik (Pahang), Shah Alam (Selangor) dan Kuala Lumpur. Skrip filem ini terpaksa dirombak selepas menerima bantahan daripada JAKIM kerana didapati mengandungi unsur tahyul apabila menunjukkan perhubungan roh dengan manusia.

Keluaran[sunting | sunting sumber]

7 Perhentian ditayangkan pada 14 November 2004 di pawagam seluruh Malaysia, serentak dengan tayangan filem I Know What You Did Last Raya pada Hari Raya Aidilfitri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 7 Perhentian (2004) Filemkita.com. Diperoleh pada 24 Februari 2010.
  2. ^ Abdul Aziz Itar (9 Oktober 2004). "7 Perhentian - Lakonan Erra paling berani". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Disember 2011. 
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid, "Skrip 7 Perhentian dirombak", Berita Harian, 22 Disember 2003.
  4. ^ Khadijah Ibrahim (15 Januari 2004). "Filem 7 Perhentian - Watak Erra mendatar". Utusan Malaysia. Dicapai 22 Disember 2011. 
  5. ^ Ellyna Ali, "A. Razak Mohaideen kembali dengan Tujuh Perhentian", Harian Metro, 12 November 2004.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]