Kampung Changkat Tin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kampung Changkat Tin semakin lesu akibat tidak ada lagi kegiatan perlombongan bijih timah. Ramai penduduknya pindah ke Ipoh, Kuala Lumpur dan lain-lain untuk mencari pekerjaan baru. Pada suatu masa dahulu Changkat Tin cukup meriah dengan pelbagai aktiviti ekonomi terutama sekali bijih timah dan getah. Segalanya kini tinggal kenangan. Inilah bahana yang ditanggung oleh sebahagian besar pekan-pekan dan kampung di Perak yang terlalu bergantung kepada bijih timah. Kini bekas-bekas lombong-lombong diusahakan dengan ternakan itik dan ikan air tawar.

Untuk maklumat semua kg Changkat Tin sekarang ini telah bertukar wajah, dari sumber perlombongan ke sumber pertanian dan penternakan.Sekiranya anda datang ke kg Changkat Tin, anda akan lihat bekas lombong telah dipenuhi dengan ternakan itik dan kelapa sawit. Begitu juga dengan penduduknya yang kini mula menternak binatang perliharaan, seperti kerbau, lembu, kambing dan lain-lain.