Mega (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Myra yusni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 146: Baris 146:


== Anugerah/Pencapaian ==
== Anugerah/Pencapaian ==
{| class="wikitable"
! colspan="3" |'''Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia''' (kini Radio Klasik)
|-
!Tahun
!Tajuk
!Kedudukan
|-
|(10 Mei - 20 Jun) 1993
|''Bayangan Gurauan''
!1
|}


Kumpulan Mega pernah dua kali menyertai pertandingan akhir [[Anugerah Juara Lagu]] iaitu pada tahun [[Anugerah Juara Lagu ke-5|1990]] menerusi lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara (ketika bersama Zarith) dan tahun [[Anugerah Juara Lagu ke-6|1991]] menerusi lagu Takdir Dan Waktu (ketika bersama Rahmad). Lagu Takdir dan Waktu telah meraih kejayaan besar pada AJL 1991 iaitu sebagai Lagu Terbaik (Juara Keseluruhan).
Kumpulan Mega pernah dua kali menyertai pertandingan akhir [[Anugerah Juara Lagu]] iaitu pada tahun [[Anugerah Juara Lagu ke-5|1990]] menerusi lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara (ketika bersama Zarith) dan tahun [[Anugerah Juara Lagu ke-6|1991]] menerusi lagu Takdir Dan Waktu (ketika bersama Rahmad). Lagu Takdir dan Waktu telah meraih kejayaan besar pada AJL 1991 iaitu sebagai Lagu Terbaik (Juara Keseluruhan).



Semakan pada 22:43, 2 Jun 2021

Mega
Berasal dariJohor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock/Slow Rock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1988–2001
2015 (reunion)
Syarikat rakaman
JOJO's Production Sdn. Bhd.
BMG Music
Music Valley Sdn.Bhd.
Nova Music Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
M. Nasir
Rahim Othman
Zarith Mega
Rahmad Mega
Gerimis
AhliZarith - vokal
Adie - gitar utama
Sam - gitar kedua
Mat Mega - bass
Munir - dram
Bekas ahliRahmad - vokal
Lomaq - bass
Joey - dram
Reyno - vokal

Kumpulan Mega merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Pada tahun 2020, kumpulan Mega telah bergabung semula dengan line-up asal ketika bertanding di peringkat akhir Juara Lagu 1990 iaitu Zarith (vokal), Adie (gitar utama), Sam (gitar kedua), Mat Mega (bass) dan Munir (dram).

Sejarah

Ditubuhkan di Johor sekitar tahun 1988, Mega pernah beberapa kali mengadakan persembahan bersama kumpulan Search antaranya di Dewan Jubli Intan Johor Bahru pada 7 dan 8 Oktober 1988, Dewan Jubli Intan Kluang pada 10 Oktober 1988 dan Konsert Fenomena Search di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 3 Disember 1988. Mereka kemudiannya ditawarkan menjadi artis pertama syarikat Jojo's Production Sdn. Bhd.

Kemunculan Mega sebagai artis rakaman di tengah-tengah kehangatan irama rock menguasai persada muzik tanah air seangkatan dengan kumpulan Fotograf, XPDC, Ekamatra, Gamma dan Ariwatan. Mereka berpeluang menghasilkan lima buah album penuh dan menikmati populariti sebelum menyepi selama beberapa tahun berikutan kejatuhan pasaran muzik Malaysia pada akhir dekad 90-an.

Pada pertengahan dekad 2000-an menyaksikan musim penggabungan semula (reunion) di mana kumpulan-kumpulan rock era 80-an dan 90-an kembali aktif dalam industri muzik. Para vokalis yang telah melancarkan karier solo berlumba-lumba untuk 'kembali ke pangkuan' kumpulan asal masing-masing, antaranya Amy dan Search, Awie dan Wings, Mus dan May serta Nash dan Lefthanded. Giliran Mega tiba pada tahun 2007 di mana Mega telah berpeluang beraksi bersama kedua-dua bekas vokalis mereka iaitu Rahmad dan Zarith dalam siri persembahan 'live' di pusat hiburan Planet Hollywood. 'Showcase' tersebut menggandingkan Mega dengan kumpulan Fotograf.

Anggota kumpulan

Mega 1988 :

  1. Zarith - vokal
  2. Adie - gitar
  3. Sam - gitar
  4. Lomaq - bass
  5. Joey - dram

Mega 1989 (album MEGA) :

  1. Zarith - vokal
  2. Adie - gitar
  3. Sam - gitar
  4. Mat Mega - bass
  5. Joey - dram

Mega 1990 (AJL '90) :

  1. Zarith - vokal
  2. Adie - gitar
  3. Sam - gitar
  4. Mat Mega - bass
  5. Munir - dram
Line-up Mega bermula dari album kedua. Dari kiri Mat Mega, Sam, Rahmad, Munir dan Adie (depan).

Mega 1991-1995 :

  1. Rahmad - vokal
  2. Adie - gitar utama
  3. Sam - gitar kedua
  4. Mat Mega - bass
  5. Munir - dram

Mega 1996 (album Megalomania) :

  1. Rahmad - vokal
  2. Sam - gitar utama
  3. Mat Mega - bass
  4. Munir - dram

Mega 2001 (album Potret) :

  1. Rahmad - vokal
  2. Boy - gitar utama
  3. Jai - bass
  4. Amy - dram

Mega 2015 :

  1. Reyno - vokal
  2. Adie - gitar utama
  3. Sam - gitar kedua
  4. Lomaq - bass
  5. Joey - dram

Mega 2020 :

  1. Zarith - vokal
  2. Adie - gitar utama
  3. Sam - gitar kedua
  4. Mat Mega - bass
  5. Munir - dram

Diskografi

Album studio

Tahun Tajuk Jualan
1989 Mega
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 19 September 1989
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Jojo's Production
  • Edaran : PMC
80,000 unit
1991 Ilustrasi
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 30 April 1991
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Jojo's Production
  • Edaran : BMG Pacific
1993 Rentak Kaki Lima
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 1993
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Jojo's Production
  • Edaran : BMG Pacific
1994 Kita
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 24 Mei 1994
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Jojo's Production
1996 Megalomania
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 27 Ogos 1996
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Jojo's Production
2001 Potret
  • Album studio
  • Dikeluarkan: 7 Julai 2001
  • Format: CD, Kaset
  • Label: Jojo's Production
  • Edaran : Nova Music

Anugerah/Pencapaian

Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik)
Tahun Tajuk Kedudukan
(10 Mei - 20 Jun) 1993 Bayangan Gurauan 1


Kumpulan Mega pernah dua kali menyertai pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu iaitu pada tahun 1990 menerusi lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara (ketika bersama Zarith) dan tahun 1991 menerusi lagu Takdir Dan Waktu (ketika bersama Rahmad). Lagu Takdir dan Waktu telah meraih kejayaan besar pada AJL 1991 iaitu sebagai Lagu Terbaik (Juara Keseluruhan).

Pada tahun 1993 lagu Bayangan Gurauan telah memenangi kategori Lagu Paling Popular Pujaan 10 Nescafe kategori artis berkumpulan. Mega turut memenangi kategori Persembahan Terbaik Berkumpulan.

Anugerah Industri Muzik (AIM) edisi pertama pada tahun 1993 turut menyenaraikan Mega menerusi album Rentak Kaki Lima dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Berkumpulan). Kategori tersebut bagaimanapun dimenangi oleh kumpulan Iklim menerusi album Dunia Iklim.

Trivia

  • Pemain bass kumpulan Kris, Lomaq merupakan pemain bass asal kumpulan Mega. Namun beliau meninggalkan kumpulan ini ketika proses rakaman album MEGA sedang dijalankan.
  • Lomaq atau nama sebenarnya, Musa bin Mohd Taib merupakan anak kepada komposer Allahyarham Taib Othman dan juga anak saudara kepada Allahyarham Rahim Othman. Kehadiran beliau dalam industri muzik tanah air telah menyebabkan wujudnya Taib Brothers di mana beliau juga merupakan saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan Search iaitu Kid (gitar utama, sebelum ini pernah bersama kumpulan Gersang) dan Din (gitar irama).
  • Pemain dram, Joey juga menarik diri selepas album MEGA dikeluarkan dan kemudiannya mengikut Lomaq untuk bersama dalam kumpulan Kris.
  • Pemain gitar kumpulan Mega, Adie dan Sam adalah adik-beradik. Ini menjadikan Mega salah satu dari tiga kumpulan rock 80-an di Malaysia yang mempunyai gitaris adik-beradik selain Search (Kid dan Din) & Ekamatra (Shahrul dan Nurul).
  • Mat Mega (bass) dan Munir (dram) pernah menganggotai Kumpulan FRU pada tahun 1988 di mana kumpulan tersebut pernah diterajui oleh penyanyi Dato' Hattan.
  • Mat Mega merupakan bapa saudara kepada penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti TV Akademi Fantasia Musim Ketujuh iaitu Akim Ahmad.
  • Bekas vokalis Mega, Zarith pernah menghasikan dua album solo selepas meninggalkan Mega iaitu Eva pada tahun 1992 dan Sejuta Rahmat pada tahun 1999. Selepas itu beliau tidak lagi aktif menyanyi.
  • Kumpulan ini juga merupakan senior kepada kumpulan pop rock terkenal Malaysia, Exists ketika kedua-dua kumpulan ini sama-sama bernaung di bawah pengurusan Jojo's Production, sebuah syarikat rakaman yang berpusat di Johor Bahru pada ketika itu.
  • Rahmad pula kini aktif menyanyi secara solo dan telah menghasilkan sebuah album mini berjudul Hujan pada tahun 2014.
  • Dua komposer terkenal tanahair iaitu Saari Amri dan LY mula mencipta nama setelah menyumbangkan lagu hit kepada kumpulan Mega. Saari dengan lagu Pasti dan LY menerusi lagu Bayangan Gurauan.
  • Lagu Bayangan Gurauan telah diubah judulnya kepada Gadis Misteri untuk pasaran Indonesia dan mendapat sambutan baik dari penggemar muzik di sana.
  • Mega merupakan salah satu daripada tiga kumpulan rock yang pernah menyertai Anugerah Juara Lagu beberapa kali dengan vokalis yang berlainan selain Wings dan Exists. Mereka menyertai pertandingan akhir Juara Lagu buat pertama kali pada tahun 1990 dengan lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara, ketika bersama Zarith. Mereka menyertai AJL kali kedua pada tahun berikutnya (1991) dengan lagu Takdir Dan Waktu di mana vokalisnya pada ketika itu ialah Rahmad.
  • Pada tahun 2007, Rahmad akhirnya dipertemukan dengan vokalis asal Mega iaitu Zarith, selepas 16 tahun Zarith meninggalkan kumpulan tersebut. Pada waktu itu, Mega telah mengadakan konsert live di Planet Hollywood bersama kumpulan Fotograf.

Rujukan