Portal:Hal semasa di Asia/2011
Penampilan
2011
[sunting sumber]- 29 Disember - Kim Jong-un secara rasmi diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung Korea Utara baharu.
- 28 Disember - Kes penyekatan Bhagavad Gita Seperti Yang Ada ditolak oleh Hakim Persekutuan Rusia.
- 27 Disember - Sistem pandu arah satelit China COMPASS mula beroperasi, meliputi rantau China dan sekitarnya.
- 22 Disember - Satu siri pengeboman terlaras di Baghdad membunuh sekurang-kurangnya 65 orang.
- 21 Disember - Soyuz TMA-03M dilancarkan dari Baikonur (gambar), membawa tiga anak kapal ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 19 Disember - Korea Utara mengumumkan kematian Pemimpin Agungnya Kim Jong-il (gambar).
- 17 Disember - Ribut Tropika Washi melanda Filipina, menyebabkan lebih 950 kematian.
- 15 Disember - Amerika Syarikat secara rasminya mengumumkan tamatnya Perang Iraq.
- 13 Disember - Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin.
- 29 November - United Kingdom mengusir semua diplomat Iran selepas kedutaanya di Teheran diserang.
- 28 November - Akta Perhimpunan Aman diluluskan Parlimen Malaysia selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.
- 23 November - Selepas berbulan-bulan bantahan dan berjanji berundur, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh akhirnya menandatangani perjanjian pemindahan kuasa.
- 22 November - Sukan Asia Tenggara ke-26 berakhir dengan tuan rumah Indonesia mendapat pingat terbanyak.
- 12 November - Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana tindakan keras terhadap kebangkitan dalaman.
- 11 November - Sukan Asia Tenggara ke-26 dibuka secara rasmi (gambar) di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia.
- 31 Oktober - UNESCO menjadi agensi PBB pertama menerima Palestin sebagai negara angggota penuh.
- 23 Oktober - Gempa bumi bermagnitud 7.2 melanda bandar Van, Turki, menyebabkan lebih 400 maut.
- 23 Oktober - Pelumba motosikal Itali Marco Simoncelli meninggal dunia selepas satu kemalangan di Grand Prix motosikal Malaysia.
- 22 Oktober - Putera Mahkota Arab Saudi Sultan bin Abdul Aziz Al-Saud (gambar) meninggal dunia di New York.
- 18 Oktober - Askar Israel Gilad Shalit dibebaskan Hamas sebagai pertukaran pembebasan 1,027 tahanan Palestin.
- 13 Oktober - Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (gambar) berkahwin dengan orang kebanyakan, Jetsun Pema.
- 13 Oktober - Banjir berterusan di Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya 283 orang.
- 11 Oktober - Penyanyi pop yeh-yeh Malaysia Ahmad Jais meninggal dunia akibat penyakit lelah.
- 30 September - Anwar al-Awlaki, dikatakan anggota kanan al Qaeda, terbunuh dalam serangan udara di Ma'rib, Yaman.
- 29 September - Taufan Nesat mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang di Filipina dan Republik Rakyat China.
- 25 September - Raja Abdullah mengumumkan yang wanita Arab Saudi akan dibenarkan mengundi dan bertanding.
- 21 September - Dua pengembara A.S. dibebaskan dengan ikat jamin oleh Iran sebagai tanda kemanusiaan selepas dua tahun dipenjarakan, atas kesalahan mengintip.
- 20 September - Mantan Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani dibunuh di Kabul.
- 18 September - Hujan monsun menyebabkan banjir di wilayah Sindh, Pakistan, menyebabkan lebih 340 orang maut dan sejuta rumah rosak.
- 18 September - Gempa bumi bermagnitud 6.9 berhampiran sempadan India–Nepal menyebabkan sekurang-kurangnya 102 kematian.
- 12 September - Loji Kuasa Nuklear Bushehr, kemudahan kuasa nuklear awam pertama di Timur Tengah, mula beroperasi di Iran.
- 8 September - Rusia membuka bahagian pertama paip gas Sakhalin–Khabarovsk-Vladivostok sepanjang 1,800-kilometer.
- 8 September - Tanya siasat awam terhadap kematian Baha Mousa mendapati askar British bersalah "berlaku ganas berat dan tidak sepatutnya".
- 7 September - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam letupan bom berhampiran Mahkamah Tinggi Delhi, India.
- 4 September - Taufan Talas (gambar) melanda Jepun, mengorbankan sekurang-kurangnya 53 orang.
- 3 September - Turki mengusir duta Israel selepas Israel enggan memohon maaf berkenaan serbuan 2010nya terhadap armada bantuan Gaza.
- 30 Ogos - Taufan Nanmadol mengorbankan 36 orang di Filipina, Taiwan dan Fujian, China.
- 29 Ogos - Yoshihiko Noda (gambar) menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Naoto Kan meletak jawatan.
- 27 Ogos - Tony Tan Keng Yam menang tipis dalam pilihan raya untuk menjadi Presiden Singapura.
- 18 Ogos - Aktivis sosial India Anna Hazare bersetuju keluar dari penjara selepas polis Delhi membenarkan mogok lapar 15-hari menentang rasuah.
- 6 Ogos - Taliban menembak jatuh sebuah helikopter CH-47 Chinook tentera A.S. di Wilayah Wardak, Afghanistan, mengorbankan kesemua 38 orang di dalamnya.
- 31 Julai+ - Kerajaan bertindak keras terhadap pembantah di Hama, pusat pemberontakan Syria, mengorbankan lebih 260 orang.
- 30-31 Julai - Satu siri serangan, dipercayai oleh Pergerakan Islam Turkestan Timur, terjadi di kawasan Xinjiang, China, dua minggu selepas serangan serupa.
- 26 Julai - Truong Tan Sang menjadi Presiden Vietnam manakala Nguyen Tan Dung kekal sebagai Perdana Menteri.
- 23 Julai - Dua kereta api laju tinggi berlanggar dan tergelincir berhampiran Wenzhou, China, mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang.
- 15 Julai - Ansonia latidisca, sejenis spesies kodok yang hilang sejak 1924, ditemui semula di Sarawak dan diambil gambarnya buat pertama kali.
- 13 Julai - Serangkai pengeboman di Mumbai membunuh lebih 19 orang dan mencederakan 130 lagi.
- 12 Julai - Ahli politik Afghan dan adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai (gambar) dibunuh.
- 9 Julai - Polis menahan lebih 1,600 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 2011 di Kuala Lumpur.
- 8 Julai - Sesuai dengan keputusan pungutan suara, Sudan Selatan (gambar bendera) berpisah dari Sudan, menjadi negara berdaulat terbaharu.
- 6 Julai - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan yang Pyeongchang, Korea Selatan, akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.
- 3 Julai - Dalam pilihan raya umum Thai, Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck Shinawatra mendapat kemenangan besar menewaskan Parti Demokrat pimpinan PM Abhisit Vejjajiva.
- 30 Jun - Jambatan Teluk Jiaozhou (gambar), jambatan rentas laut terpanjang dunia, dibuka di Shandong, Republik Rakyat China.
- 30 Jun - Laluan Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing–Shanghai sepanjang {{convert|1318|km|abbr=on]] - dibuka selepas 39 bulan dalam pembinaan.
- 27 Jun - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar al-Gaddafi, mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya kini.
- 23 Jun - AirAsia membuat pesanan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersil, membeli 200 pesawat Airbus A320neo.
- 21 Jun - Ban Ki-moon terpilih untuk penggal kedua sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 20 Jun - Bekas Presiden Tunisia Zainal Abidin bin Ali (gambar) dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun.
- 17 Jun - Sebagai tindak balas bantahan berterusan di Maghribi, Raja Mohammed VI mengumumkan cadangan pembaharuan perlembagaan untuk diundi dalam satu pungutan suara.
- 16 Jun -Ayman al-Zawahiri mewarisi Osama bin Laden sebagai ketua al-Qaeda.
- 12 Jun - Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan (gambar) terpilih untuk penggal ketiga dan AKP mengekalkan majoriti parlimennya.
- 4 Jun - Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh cedera dalam serangan terhadap istana presiden dan dipindahkan ke Arab Saudi untuk rawatan.
- 29 Mei - Presiden Abkhazia Sergei Bagapsh (gambar) meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan di Moscow.
- 28 Mei - Mesir membuka semula Sempadan Rafah dengan Genting Gaza, dijangka secara tetap.
- 20 Mei - Spesies baharu kulat Spongiforma squarepantsii dilaporkan ditemui di Taman Negara Bukit Lambir, Sarawak.
- 13 Mei - Dalam pilihan raya dewan undangan negeri di Bengal Barat, India, kerajaan komunis terpilih secara demokratik memerintah terlama di dunia kehilangan kuasa.
- 13 Mei - Satu pengeboman berganda di daerah Charsadda, Pakistan, mengorbankan lebih 80 orang dan mencederakan lebih 150 lagi.
- 8 Mei - Dalam pilihan raya umum Singapura, Parti Tindakan Rakyat pimpinan Lee Hsien Loong (gambar) kembali berkuasa, manakala pembangkang memenangi Kawasan Perwakilan Berkumpulan pertama mereka.
- 4 Mei - Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmud Abbas dan pemimpin Hamas Khaled Meshal memeterai perjanjian perdamaian di Kaherah.
- 2 Mei - Pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden dibunuh pasukan operasi khas A.S. di Abbottabad, Pakistan.
- 27 April - Hamas dan Fatah memeterai satu perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan Palestin sebelum pilihan raya akan datang.
- 23 April - Selepas empat bulan bantahan anti-kerajaan, Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh bersetuju meletak jawatan dalam masa 30 hari.
- 13 April - Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya ditahan, dua bulan selepas meletak jawatan di tengah-tengah bantahan meluas.
- 12 April - Jepun menaikkan keterukan kemalangan nuklear Fukushima I ke tahap 7, yang tertinggi dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa.
- 3 April - Adel Safar menjadi Perdana Menteri Syria selepas Muhammad Naji al-Otari meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
- 24 Mac - Gempa bumi bermagnitud 6.8 melanda timur laut Myanmar, mengorbankan lebih 100 orang.
- 19 Mac - Angkatan A.S., British dan Perancis melancarkan serangan (gambar) terhadap askar pro-Gaddafi di Libya untuk menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1973.
- 18 Mac - Para pekerja berusaha membendung radiasi selepas satu siri kemalangan loji kuasa nuklear akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun.
- 14 Mac - Majlis Kerjasama Teluk bersetuju menghantar askar ke Bahrain di tengah-tengah bantahan berterusan.
- 14 Mac - Dalai Lama ke-14 menghantar surat peletakan jawatan sebagai pemimpin politik kerajaan Tibet dalam buangan.
- 11 Mac - Gempa bumi bermagnitud 9.0 di pesisir Jepun mencetuskan tsunami setinggi 10 meter, mengorbankan ribuan orang dan menyebabkan kerosakan meluas (gambar).
- 10 Mac - Di tengah pemberontakan di Libya, Perancis menjadi negara pertama mengiktiraf Majlis Peralihan Nasional sebagai kerajaan Libya yang sah.
- 3 Mac - Essam Sharaf dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir oleh Majlis Tertinggi Tentera selepas Ahmed Shafik meletak jawatan.
- 27 Februari - Beji Caid el Sebsi menjadi Perdana Menteri Tunisia selepas Mohamed Ghannouchi meletak jawatan akibat bantahan berterusan.
- 26 Februari - Akibat kekerasan terhadap pembantah, Majlis Keselamatan PBB merujuk Libya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mengenakan sekatan terhadap Muammar al-Gaddafi.
- 19 Februari - Ketegangan di Timur Tengah dan Afrika Utara terus berlaku dengan bantahan di Bahrain, Libya dan Yaman.
- 14 Februari - Republik Rakyat China menggantikan Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia mengikut KDNK nominal.
- 11 Februari - Selepas 18 hari bantahan meluas di Mesir (gambar), Presiden Hosni Mubarak berundur dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera.
- 4 Februari - Parlimen Nepal melantik Jhala Nath Khanal sebagai Perdana Menteri, mengakhiri kebuntuan politik tujuh bulan.
- 4 Februari - Perdana Menteri Myanmar Thein Sein dinamakan sebagai Presiden, ekoran pilihan raya umum 2010.
- 1 Februari - Di tengah-tengah pergolakan politik di Mesir, Presidennya Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya pada September.
- 1 Februari - Marouf al-Bakhit dilantik sebagai Perdana Menteri Jordan dalam rombakan kabinet oleh Raja Abdullah II, selepas berlaku bantahan ramai.
- 30 Januari - Keputusan awal pungutan suara kemerdekaan Selatan Sudan menunjukkan hampir 99% pengundi mahukan Sudan Selatan berpisah dari Sudan.
- 29 Januari - Dalam bola sepak, Jepun memenangi Piala Asia setelah menewaskan Australia dalam perlawanan akhir.
- 29 Januari - Bantahan anti-kerajaan (gambar) seluruh Mesir semakin tegang, ditambah dengan tindakan kerajaan menggantung capaian ke rangkaian Internet dan SMS seluruh negara.
- 28 Januari - Orang utan Sumatera menjadi spesis hominid ketiga yang genomnya diturutkan selepas manusia dan cimpanzi.
- 25 Januari - Najib Mikati menjadi Perdana Menteri Lubnan selepas kejatuhan kerajaan Saad Hariri.
- 24 Januari - Al-Jazeera mendedahkan ~ 1,700 dokumen sulit yang memerincikan rundingan rahsia dalam proses pendamaian konflik Israel-Palestin.
- 14 Januari - Presiden Zine El Abidine Ben Ali meninggalkan Tunisia akibat bantahan di seluruh negara dan Fouad Mebazaa menjadi pemangku.
- 11 Januari - Chengdu J-20 Republik Rakyat China, sebuah prototaip pesawat pejuang siluman generasi kelima, membuat penerbangan sulungnya.
- 9 Januari - Penerbangan 277 Iran Air terhempas berhampiran Lapangan Terbang Urmia, Azarbaijan Barat, Iran, mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 maut.
- 1 Januari - Colombia, Jerman, India, Portugal dan Afrika Selatan memulakan penggal dua tahun sebagai ahli sementara Majlis Keselamatan PBB.