Portal:Hal semasa di Malaysia/2011
Penampilan
2011
[sunting sumber]- 31 Disember - Himpunan Kebebasan Akademik 2011 diadakan di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
- 30 Disember - Kumpulan Osbon (gabungan Mr. Os dan Abon) menjuarai rancangan realiti Maharaja Lawak Mega.
- 25 Disember - Pertandingan realiti Vokal dimenangi oleh Norhasmidar Ahmad.
- 17 Disember - Sekumpulan mahasiswa berarak ke PWTC dan menurunkan bendera Perdana Menteri & Presiden UMNO Mohd Najib bin Abdul Razak buat sementara.
- 16 Disember - Novel Interlok ditarik balik sebagai teks komponen sastera pelajaran Bahasa Melayu.
- 13 Disember - Kontroversi Bil Juru Komputer Mosti 2011 meletus.
- 13 Disember - Sultan Kedah Sultan Abdul Halim mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, kali kedua baginda menyandang jawatan tersebut.
- 12 Disember - Berakhirnya tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin selama 5 tahun.
- 7 Disember - LIMA 2011 dirasmikan di Langkawi.
- 5 Disember - Kontroversi KLIA2 tercetus antara AirAsia dan Malaysia Airports Holdings Berhad.
- 5 Disember - Dong Jiao Zong menghantar memorandum mengenai isu sekolah Cina.
- 3 Disember - Himpunan Aman 2011 diadakan di perkarangan KLCC bagi membantah pelulusan Akta Perhimpunan Aman 2011.
- 2 Disember - Banjir kilat melanda bandar Kajang, Selangor.
- 29 November - Perhimpunan Agung UMNO 2011 diadakan di PWTC, KL.
- 28 November - Akta Perhimpunan Aman 2011 diluluskan Parlimen selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.
- 25 November - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2011 diadakan di Johor Bahru.
- 22 November - Konsert kontroversi Elton John di Genting Highlands berlangsung seperti dijadualkan.
- 21 November - Pasukan Malaysia B-23 berjaya mempertahankan pingat emas dalam pertandingan bola sepak Sukan SEA ke-26.
- 20 November - Festival Filem Malaysia ke-24 dilangsungkan di PICC, dengan Hikayat Merong Mahawangsa dinobatkan sebagai filem terbaik.
- 16 November - 13 rakyat Malaysia dan Filipina ditahan di bawah ISA, kerana dikatakan merancang membunuh seorang ADUN Sabah.
- 14 November - Kontroversi saham MAS-AirAsia tercetus selepas penukaran 20% saham MAS dengan 10% saham AirAsia.
- 12 November - Anugerah Industri Muzik ke-18 dilangsungkan di Stadium Putra, Kuala Lumpur.
- 10 November - Kontroversi Pusat Fidlot Nasional berbangkit berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010.
- 4 November - Anugerah Skrin ke-15 dilangsungkan di PWTC, Kuala Lumpur.
- 4 November - Seksualiti Merdeka 2011 diharamkan.
- 1 November - Terminal Bas Pasarama Kota, KL ditutup untuk pembinaan stesen baharu MRT Aliran 1.
- 31 Oktober - Mahkamah Rayuan mendapati AUKU bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
- 29 Oktober - Negeri Sembilan menewaskan Terengganu untuk menjuarai Piala Malaysia 2011.
- 28 Oktober - Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-8 berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.
- 24 Oktober - Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan di Dewan Rakyat.
- 23 Oktober - Pelumba motosikal Itali Marco Simoncelli meninggal dunia selepas satu kemalangan di Grand Prix motosikal Malaysia.
- 22 Oktober - "Perhimpunan Sejuta Umat" diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor.
- 15 Oktober - Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2011 diadakan di Cheras, Kuala Lumpur.
- 11 Oktober - Penyanyi pop yeh-yeh Ahmad Jais meninggal dunia akibat penyakit lelah.
- 26 September - Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
- 15 September - Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) bakal dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu.
- 12 September - Kapal tangki minyak MT Cendanawati karam selepas berlanggar kapal lain berhampiran Pulau Tioman.
- 12 September - Persidangan CEO Global Forbes 2011 diadakan di Kuala Lumpur.
- 9 September - Wacana Merdeka diadakan di Ipoh, Perak.
- 2 September - Wartawan Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor maut akibat tembakan peluru sesat semasa membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia.
- 1 September - Singapura memulangkan kembali empat kemudahan utama perbekalan air kepada kerajaan negeri Johor yang tamat kontrak.
- 31 Ogos - Fasa pertama program 6P tamat.
- 21 Ogos - Mohamad Sabu menimbulkan kontroversi dengan mengatakan Muhammad Indera selayaknya digelar "wira negara" dalam Peristiwa Bukit Kepong kerana menentang British.
- 7 Ogos - Tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli, Sungai Ruil, Cameron Highland menyebabkan tujuh orang maut.
- 3 Ogos - Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya menimbulkan kontroversi.
- 29 Julai - Enam aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan.
- 26 Julai - Perkhidmatan tren di laluan Kuang–Rawang terhenti apabila kabel milik Tenaga Nasional Berhad terputus dan jatuh melintang di laluan tren Keretapi Tanah Melayu di KM375.721.
- 17 Julai - Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali meninggal dunia akibat barah.
- 14 Julai - Ansonia latidisca, sejenis spesies kodok yang hilang sejak 1924, ditemui semula di Sarawak dan diambil gambarnya buat pertama kali.
- 9 Julai - Polis menahan lebih 1,600 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 2011 di Kuala Lumpur.
- 7 Julai - Seorang lelaki menjadikan sekumpulan murid tadika dan guru mereka sebagai tebusan, namun mati ditembak polis.
- 6 Julai - Kelantan FA muncul juara Liga Super Malaysia 2011.
- 6 Julai - Kumpulan Elecoldxhot menjuarai pertandingan Showdown 2011.
- 24 Jun - Kumpulan Sepah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak.
- 24 Jun - Datuk T mengaku bersalah menayangkan video lucah lalu didenda RM5,500 dalam kes video seks Anwar Ibrahim.
- 12 Jun - Hazama Ahmad Azmi menjuarai Akademi Fantasia Musim 9.
- 4 Jun - Kelab Taat Suami dilancarkan di Rawang, Selangor.
- 24 Mei - Anak didik Erra Fazira, Salmah binti A. Asis menjuarai Mentor (musim 5).
- 21 Mei - Tanah runtuh di Hulu Langat menimbus sebuah rumah anak yatim, menyebabkan 16 penghuninya maut dan sembilan lagi cedera.
- 20 Mei - Spesies baharu kulat Spongiforma squarepantsii dilaporkan ditemui di Taman Negara Bukit Lambir, Sarawak.
- 16 April - Barisan Nasional mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya DUN Sarawak 2011, namun dengan margin lebih rendah.
- 3 April - Shaheizy Sam terpilih sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2010.
- 8 Mac - 60 rumah terbakar dalam siri kebakaran terbaru di Tawau, Sabah.
- 6 Mac - Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang selepas memenangi pilihan raya kecil dua kerusi itu.
- 1 Februari - Tour de Langkawi 2011 berlangsung.
- 30 Januari - Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor selepas memenangi pilihan raya kecil kerusi itu.
- 27 Januari - Novel Interlok kekal sebagai buku teks komponen sastera Tingkatan Lima, tetapi dengan beberapa pindaan.
- 20 Januari - Operasi Fajar 9: Teluk Aden oleh Tentera Laut Diraja Malaysia berjaya menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel daripada lanun perairan Somalia.
- 9 Januari - Lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25.