Masjid Kota Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Kota Damansara
مسجد كوتا دمنسارا
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada15 Disember 2008
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamUstaz Wan Muhammad Abd. Halim (Imam Besar)
Ustaz Muhammad Al Namawi Borhad (Timb. Imam Besar)
BilalUstaz Shazili
Ustaz Muhammad Lutfi
Ustaz Feizal
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahPetaling Jaya
LokasiJalan Sepah Puteri 5/21,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Koordinat3°09′42″N 101°35′14″E / 3.161727°N 101.587169°E / 3.161727; 101.587169Koordinat: 3°09′42″N 101°35′14″E / 3.161727°N 101.587169°E / 3.161727; 101.587169
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaModen
Bil. kubah1
Bil. menara1
Laman sesawang
Masjid Kota Damansara

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Kota Damansara juga dikenali sebagai Masjid Kuning merupakan sebuah masjid kariah yang terletak di kawasan perumahan Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor iaitu sebuah negeri dalam Malaysia. Ianya dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.[1]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Masjid Kota Damansara terletak di Jalan Sepah Puteri 5/21, Seksyen 5 Kota Damansara, salah satu perbandaran di Petaling Jaya. Masjid ini dapai dicapai dengan mengambil persimpan Jalan Sepah Puteri 5/21 dari Persiaran Mahogani ataupun Jalan Sepah Puteri 5/1. Secara geografi, ialah terletak di koordinat 3°09′42″N 101°35′14″E / 3.161727°N 101.587169°E / 3.161727; 101.587169 manakala dari segi pentadbiran ialah terletak di bawah Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling. Terletak berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5, Pangsapuri Carmila dan Stesen Minyak Shell Seksyen 11 Kota Damansara.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Masjid Kota Damansara digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat dan berhampiran dengan Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5. Permohonan memperuntukkan kewangan pembinaan masjid ini dibuat melalui Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor. Pada 8 Jun 2004, satu jawatankuasa sementara telah ditubuhkan untuk menggerakkan dan memohon kepada kerajaan negeri Selangor untuk membina masjid di Kota Damansara. Ianya siap sepenuhnya pada 2 Oktober 2008.[3]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan yang tersedia di Masjid Kota Damansara ialah ruang solat yang berhawa dingin, bilik seminar, bilik kuliah, perpustakaan, pejabat, bilik imam dan bilal, van jenazah, dapur, tandas dan stor.[3]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Masjid Kota Damansara dapat dicapai dengan mengunakan perkhidmatan Bas Perkhidmatan MRT dari Stesen MRT Kota Damansara di Pintu A stesen, laluan T805 (Stesen Kota Damansara–Seksyen 4, 5 Kota Damansara dan Taman Sains Selangor) dengan mengambil perhentian bernama "Masjid Kota Damansara" ataupun di perhentian Sekolah Rendah Agam Seksyen 5.[4][5]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Masjid Kota Damansara
  2. ^ "Peta dan Data Rangkaian Masjid-MasjidMalaysia di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ a b "Masjid Kota Damansara". 2010. Dicapai pada 27 Februari 2021 – melalui masjid.islam.gov.my.
  4. ^ "MRT Kota Damansara (T805) & (T806) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-07-20.
  5. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T805 - MRT Kota Damansara Seksyen 4, 5 Kota Damansara". Moovit. 6 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]