Aku Tak Bodoh (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aku Tak Bodoh
Aku-tak-bodoh-jpg.jpg
Pengarah Boris Boo
Penerbit Ahmad Puad Onah
Dibintangi oleh Riezman Khuzaimi
Amy Mastura
Namron
Adibah Noor
Syarikat
produksi
Grand Brilliance
J Team Production
Asia Media Contert
RAM Entertainment
PMP Entertainment
Pengedar Primeworks studio
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Aku Tak Bodoh ialah sebuah filem komedi kekeluargaan yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 2 Disember 2010. Filem yang dibintangi Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Adibah Noor dan Namron ini merupakan naskhah adaptasi dari filem Singapura, iaitu I'm Not Stupid Too Penerbit Eksklusif Jack Neo Arahan Boris Boo

Sinopis[sunting | sunting sumber]

Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.

Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.

Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut. Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.

Plot[sunting | sunting sumber]

Roy adalah seorang remaja yang berumur 16 tahun, yang menghadapi liku-liku hidup remaja. Dia mempunyai seorang adik, iaitu Jefri.

Cerita bermula apabila Jefri menyiapkan kerja sekolah manakala abangnya, Roy yang baru menang anugerah Best Blogger, tetapi ibunya yang bernama Aisyah, tidak puas hati dalam kemenangan Roy, menasihati Roy supaya buat bakat karangan di sekolahnya.

Sudin, yang bermasalah sama seperti Roy dan Jefri, enggan makan sayur yang dibuburkan oleh ayahnya yang bernama Jaffar, ternampak DVD yang bertajuk filem berlawanan yang diletak di dalam beg yang terjatuh di atas lantai. Sudin bergaduh dengan ayahnya apabila ayahnya melihat beg Sudin yang ada sesuatu, begnya terkoyak berhabis-habisan dan terus keluar dari rumahnya.

Pada waktu persekolahan, Cikgu Anwar ingin memberi ujian markah kepada pelajarnya, termasuk Sudin yang mendapat ujian ialah markahnya kosong dan selalu tidak membuat kerja rumahnya sendiri. Pelajar-pelajar didenda di luar kelas (termasuk Sudin dan Roy) oleh Cikgu Anwar yang memanggil semua pelajar iaitu 'Telur Busuk' kerana mereka yang tidak habis membuat kerja rumah mereka.

Di dalam sekolah Jefri, kawan-kawan Jefri menjelaskan kepada Jefri bahawa dia akan menjadi isteri dan anaknya akan lahir tidak lama lagi. Tetapi apabila Jefri terjaga mimpi semasa di waktu kelas, Jefri terkejut apabila Fatin telah mengandung dan mempeluk bayinya. Di taman permainan, Jefri memaksa Fatin untuk makan semua nanas supaya dia tak akan mengandung lagi. Apabila Fatin menangis teresak-esak, Jefri membawa Fatin ke klinik. Doktor menjelaskan kepada Jefri kenapa membuat Fatin menjadi macam ni. Ibu bapanya sangat kecewa dengan sikap Jefri.

Budak-budak samseng mengejar Roy sehingga Sudin menyelamatkan Roy dalam kesusahan itu. Berlaku pertarungan di antara Sudin dan Roy serta budak-budak samseng manakala Cikgu Anwar ternampak mereka bergaduh di parking sekolah. Pengetua memangil ibu bapa mereka bahawa mereka bergaduh di parking sekolah pagi tadi. Aishah dan Hisyam sering bergaduh sehingga Hisyam menceraikan Aishah manakala Kak Yati membelajakan RM 10 kepada Roy.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]