Pusa, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusa
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
Luas
 • Jumlah362.47 km2 (139.95 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah14,921
 • Kepadatan41/km2 (110/batu persegi)

Pusa merupakan sebuah daerah, di Bahagian Betong, Sarawak, timur Malaysia. (Latitud: 1° 35' N Longitud: 111° 15' E). Ia terletak berhampiran dengan Kampung Beladin.

Dalam pengajian sejarah, Pusa dahulunya merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Saribas yang lebih masyur dikenali sebagai "Tandang Sari" dibawah Kesultanan Melayu Brunei. Dengan kedudukan geografi terletak di muara Sungai Rimbas dan berada di tengah Batang Saribas, ia merupakan lokasi yang amat strategik untuk dijadikan sebagai pusat pemerintahan bagi mana-mana Kesultanan. Dalam kajian oleh Datu Dr. Hj Sanib Said (seorang sejarawan terkemuka Sarawak); kerajaan negeri ini ada di sebutkan di dalam satu manuskrip sejarah yang berbentuk puisi yang memperihalkan tentang Temenggung Abdul Kadir dan Dato' Godam yang berjudul "Syair Tarsilah Cetera Dato' Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas'', atau judul pendeknya digelar "Syair Tarsilah Negeri Saribas''.

Monumen iaitu makam para pembesar ini masih dapat di jumpai di Kampung Dang Esah (Skim Penempatan Baru Kalok, Pusa). Dayang Isah merupakan sebuah lagenda yang cukup sinonim dengan Daerah Pusa dan Tandang Sari, bahkan dikenali sebagai "Dayang Isah Tandang Sari", justeru berkait rapat dengan Dato' Godam dan sejarah permulaan kerajaan Saribas amnya. Bahkan, sebuah kampung di dalam Daerah Pusa juga mengambil nama salahsatu dari pembesar berkenaan, iaitu Kampung Dato' Godam.

Daerah Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Selepas persempadanan semula daerah pentadbiran oleh Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pimpinan Allahyarham Tan Sri Pehin Seri Adenan Satem, Daerah Kecil Pusa telah diisytiharkan sebagai Daerah Penuh iaitu Daerah Pusa pada 1 Ogos 2015. Dalam persempadanan semula sebagai sebuah Daerah Penuh, pentadbiran Daerah Kecil Maludam diletakkan dibawah pentadbiran Daerah Pusa bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif disamping merancakkkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan setempat.

DAERAH PUSA :-

1) Pekan Pusa

2) Kampung Pusa

3) Kampung Kalok

4) Kampung Tambak

5) Kampung Beladin

6) Kampung Dayang Esah

7) Kampung Dato' Godam


DAERAH KECIL MALUDAM :-

1) Kampung Spinang

2) Kampung Semarang

3) Kampung Maludam

4) Kampung Sungai Suak

5) Kampung Tanjung Baru

6) Kampung Sungai Daun

7) Kampung Sungai Pedada

8) Kampung Sungai Mulon

9) Kampung Sungai Meranti

10) Kampung Triso

Tempat Bersejarah[sunting | sunting sumber]

Makam Dayang Isah Tandang Sari berada di kawasan Skim Penempatan Semula Kalok (kampung Lot),Pusa kira-kira 150 kilometer dari Sibu dan 90 kilometer dari Betong. Makam inilah yang menjadi bukti wujudnya bukti sejarah dan terdapat kisah yang sangat menarik disebaliknya. Makam Raja Godam Makam Pengiran Kadir; Raja Bertanduk juga terdapat di daerah ini.

Dato' Godam (Putera dari Minang).


Dato Godam atau Dato Gudam atau Abang Godam atau Raja Umar Bin Datuk Bendahara Harun adalah seorang putera kepada bendahara negeri Pagar RuyungMinangkabau yang datang merantau ke Borneo sekitar tahun 1690 – 1710 semasa era pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15). Ayah beliau, Datuk Bendahara Harun atau Bendaro Harun bin Datuk Bendahara Ismail merupakan anggota “Basa Ampek Balai” yang menjalankan administrasi kerajaan bersama-sama Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat. Ibu Dato Godam pula ialah seorang wanita Belanda iaitu anak kepada Jan Van Groenewegen yang ditugaskan di pejabat VOC sebagai Residen Belanda di Padang, Sumatera Barat pada tahun 1662. Datuk Bendahara Harun dikatakan berketurunan Raja Suran yang merupakan dari susur-galur Iskandar Zulkarnain.

Dato' Godam datang ke Borneo untuk berdagang setelah dipertikaikan pertabalan menjadi pengganti ayahnya kerana ibunya bukan keturunan diraja Minangkabau.

Sampainya di muara Saribas, Borneo (lebih tepat di Tandang Sari) beliau bertemu Datu Temenggung Kadir iaitu seorang pembesar dari Negara Brunei.



Setelah Dato Godam dan Datu Temenggong Kadir berkenalan, beliau bersetuju untuk membantu mendapatkan kembali anak Datu Temenggong Kadir yang bernama Pengiran Kachi atau Dayang Chi yang diyakini sebagai Dayang Isah Tandang Sari.

Setelah berlabuh di Brunei, Dato Godam berjumpa Sultan dan membawa hajatnya berniaga kain. Perwatakannya, cara berpakaian dan adabnya sungguh menarik perhatian Sultan. Barang-barangan berupa kain bermutu tinggi yang dibawa juga amat menarik perhatian Sultan. Dato' Godam dijemput ke istana untuk majlis makan-makan. Beliau memberi hadiah kepada Sultan. Sebagai balasan Sultan juga menghadiahkannya beberapa orang gundik, namun kesemuanya ditolak oleh Dato Godam. Setelah beliau terjumpa Dayang Chi, iaitu anak Datu Temenggong Kadir beliau membawanya naik ke kapal untuk melihat barangan yang dijual. Setelah melihat meriam yang dikirimkan oleh ayahnya di dalam kapal, tahulah dia bahawa Dato Godam datang untuk menyelamatkannya. Melalui kebijaksanaan berunding/berdiplomasi dengan Sultan dan pembesar, Dato Godam akhirnya berjaya membawa Dayang Chi keluar dari Brunei terus ke Tandang Sari (sekarang, Pusa) Saribas bertemu ayahnya yang menunggu di sana.

Datu Temenggong Kadir yang sangat gembira, menikahkan anaknya itu dengan Dato Godam. Mereka mendapat dua orang anak, iaitu Dato Bandar Abdul Rahman digelar Menteri Uban dan Dato Said digelar Menteri Puteh.

Dato' Godam pula menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Brunei dan banyak membantu Sultan dalam hal-hal pentadbiran dan ekonomi. Anak beliau, iaitu Menteri Uban menetap di Saribas dan memulakan penempatan Melayu disitu. Anak keduanya pula, Menteri Puteh diangkat Sultan Brunei sebagai golongan bangsawan yang membantu mentadbir pemerintahan Sultan bagi membalas jasa Dato Godam di negara tersebut.

Dari keturunan Dato Godam inilah lahirnya keturunan Abang atau perabangan di Saribas Sarawak, melalui anak pertamanya Menteri Uban manakala keturunan Awang Awang Damit di Brunei melalui anak keduanya Menteri Puteh.

Demografi dan Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk Pusa adalah Melayu Islam dan dianggarkan sebanyak 92% Melayu disamping kaum Cina, Iban, Melanau dan lain-lain. Pusa terkenal dengan ikan terubuk hasil Batang Saribas, selain itu terdapat pembuatan Gula Apong berkualiti tinggi yang masih aktif di Kampung Tambak. Sebelum tahun 2017, pengangkutan air masih menjadi nadi utama menghubungkan antara kampung di seberang Pusa dengan Pekan Pusa. Tetapi pembinaan Jambatan yang menghubungkan Kampung Pusa (seberang) dan Pekan Pusa telah memudahkan penduduk kampung untuk bergerak dan menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.