Daerah Bukit Mabong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bukit Mabong)
Bukit Mabong
Lokasi Bukit Mabong
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianKapit
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Bukit Mabong
Keluasan
 • Jumlah11,976 km2 (4,624 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah
22,145 orang

Daerah Bukit Mabong merupakan sebuah daerah di negeri Sarawak. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Kapit merangkumi daerah Kapit, Song, Belaga dan Bukit Mabong.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Bukit Mabong merupakan antara 9 daerah yang baharu diwujudkan di Sarawak dan secara rasminya diisytiharkan sebagai daerah pada 3 November 2015 yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Bukit Mabong ditadbir oleh Pejabat Daerah Bukit Mabong. Persempadan pentadbiran daerah Bukit Mabong adalah bermula daripada kawasan Batu Bansu sehingga kawasan hulu termasuk 3 perkampungan yang sebelum ini dibawah pentadbiran Daerah Belaga iaitu Long Busang, Long Unai dan Sang Anau. Daerah Bukit Mabong mempunyai keluasan kira-kira 11,976 kilometer persegi dan dihuni kira-kira 22,145 orang.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Seramai kira-kira 22,145 orang tinggal di daerah Bukit Mabong. Di Long Busang, terdapat kira-kira 1000 orang yang menetap di kampung tersebut. Mereka terdiri daripada suku Kenyah Badeng yang berasa dari Miri dan Baram. 70 peratus penduduk di Long Busang menganut agama Kristian manakala selebihnya menganut agama Islam.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Bukit Mabong terletak di kawasan Tunoh iaitu di bahagian utara Baleh. Ia juga terletak di Pergunungan Hose.[2] Antara ciri pandang darat budaya yang terdapat di sini ialah Bukit Batu yang menjadi titik tertinggi di daerah ini iaitu dalam 2,028 meter, Gunung Gelanggang, Bukit Batu Tiban yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia, Sungai Balleh dan Sungai Balui.[3] Bukit Mabong bersempadan dengan daerah Kapit,Belaga dan Song serta provinsi Kalimantan Timur dan Kalimantan Barat di Indonesia.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Daerah Bukit Mabong terutamanya di Long Busang. Di Long Busang, terdapat sekolah kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan Long Busang, klinik, masjid dan gereja dibina untuk penduduk kampung.[1] Penduduk juga mendapat bekalan elektrik melalui janakuasa menggunakan diesel. Namun, penduduk di Sang Anau kurang mendapat kemudahan. Kanak-kanak di Sang Anau perlu belajar di Sekolah Kebangsaan Tunoh yang terletak kira-kira 34 km dari kampung mereka. Bekalan ubat juga tidak mencukupi kerana ketiadaan klinik.[4]

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Daerah Bukit Mabong boleh dihubungkan dengan jalan raya yang dibina dan dihubungkan dengan aliran sungai. Perjalanan dari Sibu ke Kapit yang menggunakan aliran sungai mengambil masa selama empat jam. Perjalanan dari Kapit ke Nanga Mujong yang menggunakan jalan darat pula mengambil masa selama 30 minit. Di Nanga Mujong, perjalanan melalui Sungai Baleh mengambil masa selama 5 minit sebelum sampai di jeti. Perjalanan diteruskan melalui jalan darat sepanjang 47 km yang mengambil masa selama 3 jam sebelum tiba di Bukit Mabong. Jalan perhubungan ini amat penting dalam kegiatan ekonomi penduduk Bukit Mabong dan juga pelancong yang melancong di sini.[2]

Masa yang diambil untuk tiba di Long Busang pula ialah selama lebih setengah hari menggunakan jalan darat dan sungai.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]