Pergi ke kandungan

Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada MRSM Pengkalan Chepa)
Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa
مكتب رنده ساءين س مارا ڤڠكالن چيڤا
Lokasi
Ralat Lua pada baris 419 di Modul:Peta_lokasi: Nilai koordinat salah bentuk.
Jalan 14/44
Pengkalan Chepa, 16100, Kelantan
Malaysia
Koordinat6°09′23″U 102°17′43″T / 6.15635°U 102.29535°T / 6.15635; 102.29535
Maklumat
Nama lainMRSM Pengkalan Chepa
MRSM PC
MRSMPC
MRSM KBPC
MRSM Kota Bharu (nama asal)
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanBeroperasi sejak 1973, dirasmi pada 1975
StatusBeroperasi
Penyandang PengetuaEn. Nik Mohd Ariff bin Hj. Nik Ab Rahman
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Nor Azlyana binti Aziz
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Nik Mohd Ariff bin Hj. Nik Ab Rahman
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Abang Johanizam Bin Abang Robil
Sistem pendidikanProgram BITARA
SPMRSM
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganLook Ahead, Go Beyond
"PC Number One"
Nama alumniANSARA Kota Bharu
Laman sesawang
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: Januari 2026

Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa (singkatan: MRSM Pengkalan Chepa) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh paling lama beroperasi di bawah institusi MRSM (selepas MRSM Seremban, yang kemudian ditukar menjadi Kolej MARA Seremban), yang dikelolakan oleh MARA.

Ianya terletak di bandar Pengkalan Chepa, dalam jajahan Kota Bharu di negeri Kelantan. Ianya terletak kira-kira 8.2 km dari bandar Kota Bharu dan 4.7 km daripada Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Penubuhan maktab

[sunting | sunting sumber]
Pemandangan MRSM Pengkalan Chepa

MRSM Pengkalan Chepa (asalnya MRSM Kota Bharu) merupakan MRSM yang ke-2 ditubuhkan pada 1973 selepas penubuhan MRSM Seremban (Kolej MARA Seremban) pada 1971.

Ia dirasmikan pada 12 Ogos 1975 oleh Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Luasnya 17 ekar. MRSM Kota Bharu ditukar nama kepada MRSM Pengkalan Chepa secara rasmi pada tahun 1995.

Pertubuhan alumninya, ANSARA Kota Bharu, ditubuhkan pada tahun 1997.

Pengambilan pelajar

[sunting | sunting sumber]

Buat permulaan, seramai 149 pelajar diambil dan 20 kakitangan.

MRSM Pengkalan Chepa merupakan salah satu daripada 3 buah MRSM yang menjalankan program khusus BITARA (asalnya digelar PKP), selain MRSM Taiping dan MRSM Tun Ghafar Baba.

Kaedah pengambilan pelajar serupa dengan kaedah pengambilan pelajar bagi MRSM lain, namun begitu terdapat penekanan terhadap beberapa kriteria penting.

Berikut ialah syarat kelayakan untuk memasuki salah satu daripada MRSM Bitara (ciri yang ditebalkan hanya khusus kepada program BITARA):

  • Mendapat markah tertinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang diadakan bagi calon-calon MRSM dan kementerian di pusat-pusat tertentu.
  • Mendapat markah tinggi dalam ujian darjah kecerdasan (ujian IQ) dalam UKKM.
  • Aktif dalam bidang ko-kurikulum.
  • Memiliki penguasaan tinggi dalam subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.

Selain itu, terdapat faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke sesebuah MRSM BITARA seperti taraf hidup, penduduk luar bandar dan anak kakitangan MARA.

MRSM BITARA Pengkalan Chepa hanya mengambil pelajar-pelajar baru untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja pada setiap tahun. Pengambilan pelajar baru biasanya dilakukan pada akhir tahun.

Perangkaan pelajar

[sunting | sunting sumber]

MRSM BITARA Pengkalan Chepa mempunyai dua kumpulan pelajar pada satu-satu masa, iaitu pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. MRSM PC mampu menampung kapasiti pelajar di antara lingkungan 500 sehingga 700 orang pelajar. Untuk setiap tahun, pengambilan pelajar baru adalah lebih kurang 300 orang pelajar.

Selepas peperiksaan SPMRSM, para pelajar akan diraikan dalam Majlis Graduasi untuk menandakan kejayaan melahirkan anak-anak MARA yang mampu menerajui tonggak negara pada masa hadapan.

Nota: Kerana terdapatnya perubahan pengambilan pelajar bagi tahun 2026, maklumat di bawah kurang tepat dan harus dikemas kini mengikut perubahan semasa:

Setiap tingkatan, terdapat 15 kelas, bermula dari kelas A hingga kelas O bergantung kepada kapisiti pelajar dan pengambilan pelajar pada sesuatu tahun. Setiap kelas boleh memuatkan kira-kira 18 hingga 25 orang pelajar, berbanding kelas sekolah kementerian yang menampung sehingga 40 orang pelajar.

Tempoh pengajian di MRSM PC ialah selama lima tahun ataupun sepuluh semester bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1 manakala dua tahun ataupun empat semester bagi pengambilan pelajar Tingkatan 4.

Keputusan bagi Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa MRSM PC merupakan antara maktab terbaik seluruh Malaysia apabila mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) 0.83[1] pada tahun 2010 dan 1.1911 pada tahun 2009 serta menjadi sekolah terbaik peringkat menengah di seluruh Malaysia.

[2]Pada tahun 2024, pelajar-pelajar "batch" Stelliven 50' telah mencatatkan keputusan SPM terbaik bagi MRSM Pengkalan Chepa selepas lebih 15 tahun dengan Gred Purata Sekolah 1.43. Berdasarkan laporan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, kejayaan ini turut menobatkan MRSM Pengkalan Chepa sebagai MRSM dengan pencapaian SPM terbaik di peringkat negeri Kelantan dan juga mendapat tempat ke-20 bagi sekolah menengah terbaik di seluruh Malaysia.

Pada tahun 2025, pelajar-pelajar "batch" XTROVIA 51' dan Astrix 52' telah mendapat tempat pertama daripada 57 buah MRSM se-Malaysia dalam peperiksaan Semester 3 dan Semester 1, manakala "batch" XTROVIA 51' telah berjaya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan SPMRSM (Semester 4) dengan Gred Purata Sekolah 2.7774 dengan hanya beza 0.0585 daripada MRSM Tun Ghafar Baba yang mendapat tempat pertama.

Kejayaan bagi tahun 2024 dan 2025 tidak akan tercapai tanpa sumbangan mantan pengetua MRSM PC, Tn. Haji Naszeri bin Salleh (yang lebih mesra digelar sebagai Walid) yang telah berpindah secara rasmi ke MRSM Dungun pada 30 November 2025. Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat, En. Nik Mohd Ariff bin Hj. Nik Ab Rahman menyandang jawatannya sehingga kemasukan pengetua baharu pada tahun 2026.

Lagu rasmi

[sunting | sunting sumber]

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera



Lihat juga

[sunting | sunting sumber]