Pergi ke kandungan

Parti Sosialis Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Sosialis Malaysia
PSM
SingkatanPSM Sunting nilai ini di Wikidata
Pemimpin/ketuaMichael Jeyakumar Devaraj
PengerusiMichael Jeyakumar Devaraj Sunting nilai ini di Wikidata
Setiausaha amSivaranjani Manickam
Diasaskan30 April 1998
(Didaftarkan pada 19 Ogos 2008)
Disahkan19 Ogos 2018
Didahului olehPRM
Digantikan oleh-
Ibu pejabatNo.140A, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
AkhbarSosialis
Think Left
Socialist Perspectives
Sayap belia/pemudaPemuda PSM
Keanggotaan (2024)59,990
IdeologiProgresivisme
Marxisme
Sosialisme
Sosialisme Demokratik
Eko-Sosialisme
Populisme Sayap Kiri
Sekularisme
Kedudukan politikPolitik haluan kiri
Hubungan kebangsaanSekutu Politik
Parti Rakyat Malaysia (sejak 2018)
Ikatan Demokratik Malaysia (sejak 2023)
WarnaMerah Marun, Putih
LaguInternationale
Tapak sesawangpartisosialis.org
Pautan lain
Facebook: partisosialis X: partisosialis Sunting nilai ini di Wikidata
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat :
0 / 222
Dewan Undangan Negeri :
0 / 607
Dewan Majlis Undangan tempattan :
880 / 1,206
Bendera parti
Catatan kaki
Parti Sosialis Malaysia di Facebook
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Sosialis Malaysia (Tulisan Jawi: - ) (singkatan: PSM) merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia.

PSM ditubuhkan hampir sembilan tahun setelah Parti Rakyat Malaysia (PRM) lantaran parti itu yang menggugurkan 'Sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). PSM ini ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tiket parti pembangkang lain. Akhirnya PSM dapat pendaftaran pada 19 Ogos 2008 setelah penyelesaian kes itu di luar mahkamah. Akhirnya pada 10 September 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket PKR.

Pilihan raya

Disebabkan parti ini tidak dapat didaftarkan, oleh itu calon-calon yang dihantar terpaksa bertanding dengan tiket parti lain. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, mereka menggunakan tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP). Tetapi menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, DAP enggan membantu PSM dengan tuduhan "tidak pernah bertegur sapa", oleh itu calon-calon PSM beralih mendapat bantuan daripada Parti Keadilan Nasional (KeADILan).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggantikan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) terus membenarkan calon-calon PSM bertanding dengan tiket PKR. Namun terdapat seorang calon PSM yang bertanding sebagai seorang calon bebas menggunakan lambang kunci, iaitu calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Jelapang di negeri Perak. Di kawasan ini sudah terdapat seorang calon parti pembangkang, iaitu Hee Yit Foong dari DAP. S. Arutchelvan juga bertanding bagi DUN Semenyih di Selangor. Akhirnya, PSM mempunyai dua orang calon yang menang di bawah tiket PKR, iaitu Michael Jeyakumar dari kawasan Parlimen Sungai Siput negeri Perak, dan Pengerusi parti Dr. Mohd Nasir Hashim dari kawasan DUN Kota Damansara negeri Selangor.[1]

Presiden PSM

bil Presiden Tempoh
1 Mohd Nasir Hashim 2008 - 2019
2 Michael Jeyakumar 2019 - Kini

Kepimpinan

  • Pengerusi
  • Timbalan Pengerusi
    • S. Arutchelvan
  • Setiausaha Agung
    • Sivaranjani Manickam
  • Timbalan Setiausaha Agung
  • Bendahari
    • Soh Sook Hua
  • Timbalan Bendahari
    • Madhavi
  • AJK Pusat
    • Julius Choo Chon Kai
    • Karthiges
    • Chong Yee Shan
    • Parameiswary Elumalai
    • Nik Aziz Afiq
    • Arveent Kathirtchelvan
    • Gandipan Nantha Gopalan
  • Ketua Pemuda PSM
    • Amanda Shweeta Louis

Lihat juga

Rujukan

  1. Choo Chon Kai (November 2008). "Socialist Party of Malaysia: Building socialism while capitalism crumbles". Links.org.au. Dicapai pada 19 April 2013.

Pautan Luar