Dwight D. Eisenhower
| Dwight David Eisenhower | |
|
|
|
|---|---|
| Tempoh berjawat 20 Januari 1953 – 20 Januari 1961 |
|
| Naib Presiden | Richard Nixon |
| Didahului oleh | Harry S. Truman |
| Digantikan oleh | John F. Kennedy |
|
Komander Bersekutu Eropah Pertama
|
|
| Tempoh berjawat 2 April 2 1951 – 30 Mei 1952 |
|
| Digantikan oleh | Gen. Matthew Ridgway |
|
|
|
| Tarikh lahir | 14 Oktober 1890 |
| Tempat lahir | Denison, Texas, United States |
| Meninggal | 28 Mac 1969 (umur 78) Washington, D.C., United States |
| Kerakyatan | Amerika Syarikat |
| Parti politik | Republik |
| Pasangan | Mamie Doud Eisenhower |
| Alma mater | Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, New York, United States |
| Pekerjaan | Askar |
| Agama | Presbyterian |
| Tandatangan | |
Dwight David Eisenhower atau dikenal juga dengan nama panggilan Ike ialah Presiden Amerika Syarikat ke-34 dan berkhidmat pada tahun 1953 hingga 1961.
Pada Perang Dunia II, beliau adalah ketua pasukan Sekutu di Eropah dengan pangkat General of the Army. Pada 3 Januari 1959, beliau merasmikan penetapan Alaska sebagai negeri yang ke-49 yang merupakan wilayah terluas di Amerika. Eisenhower adalah satu-satunya presiden yang pernah berkhidmat dalam Perang Dunia I mahupun Perang Dunia II.
Isi kandungan |
Perjalanan kerjaya [sunting]
Dwight D. Eisenhower dilahirkan di Denison, Texas, pada 14 Oktober 1890.
Sebelum menjadi Presiden Amerika ke-34, Dwight Eisenhower telah mempunyai kerjaya yang kukuh bidang ketenteraan. Beliau amat mahir dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota staf, dan ia menjalankan tugas di bawah tiga Jeneral, antara lain Jeneral Douglas McArthur.
Setelah Jepun menyerang Pearl Harbor di Hawaii, pada Disember 1940, Ketua Staf Amerika Jeneral George Marshall, mengangkat Dwight Eisenhower menjadi Ketua Bahagian Perancangan Perang Staf Umum Jabatan Perang Amerika, dan kemudian menjadi Pembantu Ketua Staf. Tak lama sesudah itu, beliau naik pangkat menjadi Major Jeneral.
Pada November 1942 sebagai Leftenan Jeneral, Dwight Eisenhower memimpin pendaratan tentara bersekutu di Afrika Utara.
Pada 1944, beliau diangkat menjadi Panglima Tertinggi Pasukan Sekutu yang menyerang Perancis. Serangan itu akhirnya menghasilkan penyerahan Jerman pada 8 Mei 1945.
Sebagai presiden [sunting]
Sesudah perang, Dwight Eisenhower berturut-turut menjadi Kepala Staf Angkatan Darat Amerika, Presiden Universiti Columbia di New York, dan Panglima Tertinggi pasukan Pakta Pertahanan Atlantik Utara atau NATO, di Paris. Pada saat itu, baik Parti Demokrat mahupun Parti Republik memujuknya supaya bersedia menjadi calon Presiden masing-masing. Akhirnya, beliau terpilih menjadi Presiden dengan perbezaan undi yang banyak sekali.
Dengan berunding berdasarkan kekuatan tentera, Presiden Dwight Eisenhower berusaha meredakan ketegangan akibat perang dingin. Beliau antara lain berjaya mengadakan penghentian tembak-menembak sepanjang sempadan Korea Selatan, dan menutup perjanjian perdamaian yang menjadikan Austria sebuah negara neutral.
Presiden Dwight Eisenhower, yang dua kali berturut-turut menjadi Presiden hingga 1960, menyebutkan dirinya seorang sederhana.
- Beliau berpegang pada sistem pasaran bebas.
- Menentang pengawasan pemerintah atas harga-harga barang-barang dan kenaikan gaji.
- Mencegah keterlibatan pemerintah dalam pertentangan antara kaum buruh dan pihak majikan.
- Mendorong program-program peluru berpandu dan melanjutkan bantuan luar negeri.
Dalam awal masa pentadbirannya, Mahkamah Agung Amerika Syarikat memerintahkan pengasingan kaum sekolah di seluruh Amerika. Untuk menjamin agar sekolah-sekolah di kota Little Rock di negeri Arkansas taat pada keputusan mahkamah persekutuan untuk mengadakan pengasingan kaum, Presiden Dwight Eisenhower mengirim pasukan tentera ke kota tersebut. Beliau juga memerintahkan pengasingan kaum dijalankan sepenuhnya di kalangan angkatan bersenjata Amerika.
| “ | Di Amerika Syarikat tidak boleh ada warga negara kelas dua | ” |
|
—Presiden Dwight D. Eisenhower |
||
Presiden Dwight Eisenhower memusatkan perhatiannya pada usaha memelihara perdamaian dunia;
- Beliau mengadakan program rakyat ke rakyat yang mengajurkan agar rakyat biasa dari semua negara saling bertemu dan berbicara untuk memupuk saling pengertian dan persahabatan. Dari program ini timbullah program hubungan persaudaraan antara kota-kota Amerika dan kota-kota negara-negara lain. Kini lebih dari 100 bandar Amerika mempunyai hubungan semacam itu dengan bandar-bandar di seluruh dunia. Program ini dinamakan bandar kembar.
- Presiden Eisenhower dengan gembira menyaksikan perkembangan programnya, "atom untuk perdamaian." Dalam program itu, Amerika menyumbangkan uranium kepada negara-negara membangun demi kesejahteraan manusia. Pada 1964, Indonesia mendapat bantuan sebanyak AS$350,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan reaktor atom di Bandung.
Setelah tamat penggal [sunting]
Sebelum meninggalkan Rumah Putih pada Januari 1961, Presiden Eisenhower menganjurkan agar kekuatan ketenteraan Amerika tetap dipelihara, tetapi juga memperingatkan bahwa pengeluaran anggaran belanja yang sangat besar dan terus menerus untuk keperluan ketenteraan dapat membahayakan cara hidup rakyat Amerika. Dalam kata perpisahannya, beliau berdoa semoga semua bangsa di dunia ini hidup bersama dalam damai, berdasarkan rasa kasih sayang dan saling menghargai antara sesama manusia.
Eisenhower meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac 1969 di Washington, D.C.. Beliau meninggalkan isterinya dan seorang anak lelaki yang sewaktu itu sedang bertugas sebagai Duta Besar Amerika di Belgium.
Rujukan [sunting]
- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Dwight D. Eisenhower |
- (Inggeris) Biografi Rumah Putih