Hilmi Yahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hilmi Haji Yahya)
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Seri Dr.

Hilmi Haji Yahya
Hilmi Haji Yahya.jpg

Timbalan Menteri Kesihatan
Tempoh jawatan
16 Mei 2013 – kini

Member of Parliament
for P54 Balik Pulau
Tempoh jawatan
5 Mei 2013 – kini
Majoriti 1,539 (PRU-13)

Lahir 6 Mac 1949
Balik Pulau, Pulau Pinang
Parti politik UMNO
Pasangan Jamilah Mohd Zain
Pekerjaan doktor, ahli politik
Religion Islam

Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kewangan Malaysia setelah memenangi kerusi Parlimen Balik Pulau pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Hilmi Yahya pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1999 setelah menang pilihan raya di N40 Teluk Bahang dengan majoriti 3019 undi .

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hilmi Yahya dilahirkan pada 6 Mac 1949 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Hilmi adalah anak sulung kepada bekas guru besar Sekolah Agama Permatang Pasir, Balik Pulau, Yahaya Che Mat atau dikenali sebagai Pak Ngah Yahaya .

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Jamilah Mohd Zain dan mempunyai lima orang anak. Hilmi memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Malaya (1977). Ketika di Fakulti Perubatan UM, beliau dan rakan-rakan sekuliah menubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam Perubatan sebagai wadah kepada pelajar bersuara. Di UM, beliau sempat mendengar syarahan Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia. Penceramah lain ialah Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).[perlu rujukan]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam politik UMNO bermula pada tahun 1977 dan menjadi Jawatankuasa UMNO Bahagian Balik Pulau. Tahun 1990, kepimpinan PAS menjemput beliau bertanding atas tiket PAS tetapi ditolak.[1] Beliau menjadi Adun Teluk Bahang selama 3 penggal dan beralih ke parlimen Balik Pulau pada 2004. Beliau dipilih sebagai Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 2000. [2]

Beliau dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Pulau Pinang selama dua penggal . Antaranya sebagai Jawatankuasa Agama Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah, Perancangan dan Penyelarasan Program Pembangunan Negeri Pulau Pinang serta pelbagai portfolio lain.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenagi kerusi Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang di Pulau Pinang.

Menang pilihan raya Balik Pulau 2004[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Hilmi Yahaya (Barisan Nasional/UMNO mendapat 21,114 undi di kawasan parlimen P053 Balik Pulau. Sementara Rohana Ariffin (Keadilan) mendapat 8,177 undi. Sebelum itu, Balik Pulau dimemangi oleh Datuk Mohd Zain Omar (BN/UMNO). Tahun 2008, terlepas kepada PKR iaitu Mohd Yusmadi Mohd Yusuff.Datuk Dr. Norraesah Mohamad BN/UMNO kalah dengan majoriti 708 undi.

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau 2008-kini

Dato' Seri Dr Hilmi b Yahaya adalah seorang ihsan yang mesra rakyat serta amat rendah diri serta mudah untuk berbicara.Beliau memulakan kliniknya sendiri iaitu Klinik Seri Pulau yang banyak memberikan rawatan serta caj yang berpatutan kepada penduduk setempat di Balik Pulau.

Ketika beliau berjinak-jinak dengan arena politik beliau telah banyak memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar setempat di sekolah sekitar Balik Pulau .

Kata-kata semangatnya juga masih berkesan kepada pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA , Balik Pulau. Beliau juga banyak membantu masyarakat Balik Pulau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]