Rosnah Rashid Shirlin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk
 Rosnah Rashid Shirlin
Rosnah Rashid Shirlin

Tempoh berjawat
16 Mei 2013 – kini

Ahli Parlimen
untuk P175 Ahli Parlimen Papar, Sabah
Majoriti 10,535 (PRU-13)

Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional UMNO
Pekerjaan Timbalan Menteri, Ahli Parlimen
Agama Islam

Biografi Ringkas[sunting | sunting sumber]

Datuk Rosnah Rashid Shirlin dilahirkan pada 10 Julai 1972 di Kota Belud Sabah.[1] Beliau mendirikan rumah tangga dengan Fadli Juanas dan mempunyai 3 orang anak angkat.Merupakan anak kelapan dari sembilan adik beradik.Bapanya merupakan seorang jurutera manakala ibunya pula suri rumah.Hobi Datuk Rosnah Rashid Shirlin adalah membaca terutama buku mengenai siri penyiasatan dan juga menonton bola.Mempunyai latar belakang dalam bidang guaman bagaimanapun, ia bukan penghalang untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dan berharap pengalaman sebagai peguam boleh membantu terutama dari segi perundangan.selain itu juga beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang guaman dilantik sebagai ahli jawatankuasa Penerangan mewakili guaman di bawah biro negeri Sabah.Memperoleh Pencapaian Akademik: Disember 1991-1995 - Bachelor in LLB (Hons)UIA.Dianugerahkan Darjah Kebesaran: ADK, ASDK, Jaksa Pendamai (JP), PGDK.Jawatan yang disandang beliau Timbalan Pengerusi Rakan Pengguna,Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd,dan Ahli Lembaga Malaysia France Institutes Sdn Bhd.

Datuk Rosnah Rashid Shirlin merupakan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia pada 2009.[2]. Kini beliau merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya yang dilantik oleh Perdana Menteri pada 15 Mei 2013 untuk jawatan didalam kebinet Malaysia 2013.[3]

Dalam pemilihan UMNO 2009 di PWTC,beliau terpilih menjadi Ketua Puteri UMNO MALAYSIA.[4]

Pengalaman dan Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Master of Arts (Political & International Relations) 2004

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

  • Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 2009 - Sekarang[5]
  • Admitted as a Partner of Jeffrey Chu & Shirlin 2002
  • Attached as Legal Assistant at Jeffrey Chu & Shirlin Aug 1999
  • Attached as Legal Assistant at Messrs Raj & Co. Oct 1998 -July 1999
  • Attached as Legal Assistant at Messrs Francis Liong & Co. Sept 1998
  • Admitted to Practise as an Advocate and Solicitor of the High Court in Sabah & Sarawak March 1997
  • Chambering at Messrs Francis Liong & Co. Feb 1996

Timbalan Menteri Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.[6] Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rosnah Bte Hj Abd Rashid Shirlin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Papar, negeri Sabah. Rosnah Bte Hj Abd Rashid Shirlin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15352.

Calon lawan ialah Mohd Hashim Bin Yussup @ Yusof dari (Bebas) mendapat 429 undi dan hilang deposit. Patrick Bin Sindu (Bebas) mendapat 2,268 undi dan hilang deposit. Wahap Bin Idris dari PKR mendapat 5,778 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 77.18%. Undi rosak sebanyak 651.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]