M. Kayveas
Datuk Dr. M. Kayveas ialah Presiden Parti Progresif Rakyat dan bekas Ahli Parlimen bagi kawasan Taiping serta bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Isi kandungan |
Kekalahan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008 [sunting]
Pada Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, M. Kayveas yang merupakan calon tunggal dari Parti Progresif Rakyat dan bertanding untuk Parlimen Taiping telah dikalahkan oleh lawannya Nga Kor Ming dari Parti Tindakan Demokratik. Kegagalan ini bermakna kerajaan pusat Barisan Nasional buat penggal ini tidak akan ada wakil dari Parti Progresif Rakyat.
Isu-isu yang dibangkitkan [sunting]
Tahun 2007 [sunting]
Isu CTOS [sunting]
Berikutan ramai rakyat Malaysia merungut tentang Credit Tip Off Service Sdn. Bhd.(CTOS), didakwa disenarai hitam dalam sistem CTOS setelah menghadapi masalah kewangan seperti gagal menjelaskan bayaran ansuran atau melunaskan pinjaman, agensi itu juga didakwa gagal untuk mengeluarkan nama peminjam walaupun telah melangsaikan tunggakan pinjaman, selain memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang. Pada 25 Jun 2007, beliau berkata kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf CTOS ntuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.[1] Dalam kenyataan balas CTOS menyatakan bahawa maklumat yang diberikan adalah hasil dari maklumat yang terdapat bagi umum, contohnya laporan muflis dari akhbar harian dan sebagainya.
MIC monyet dalam sangkar [sunting]
Anak Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu, Vel Paari, dilaporkan berkata seorang pemimpin akar umbi PPP mengesahkan bahawa Kayveas telah mencerca MIC pada satu perjumpaan PPP . Pada 19 Mei 2009, Kayveas menafikan kononnya beliau menyifatkan MIC sebagai "monyet dalam sangkar".[2]
Tahun 2009 [sunting]
Krisis Kepimpinan [sunting]
Berlaku krisis kepimpinan di antara beliau dan Datuk T. Murugiah.
Rujukan [sunting]
- ↑ Sila lihat:
- Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS, 25 Jun 2007, Utusan Malaysia
- Momen (1987), p.176
- ↑ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/19/mstar_berita/20090519153717&sec=mstar_berita Kayveas nafi anggap MIC 'monyet dalam sangkar'