Bahagia Bukan Bidaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagia Bukan Bidaan
Genre
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Hessa Widad
PenciptaHessa Widad
Ditulis olehHessa Widad
PengarahEoon Shuhaini
Pengarah kreatif
Hairul A. Masdol
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sang Pemilik Hati" oleh Ronnie Hussein
Lagu penutup"Kekasihku" oleh Syam Razalie
Penggubah
  • Aepul Roza
  • Daus SRK
  • Syed Syahmir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyawal Aiman
PenerbitJalena Rejab
Penyunting
  • Njohari
  • Min Johari
  • Adam Zaraiee
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambarTVDT 1080i
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 September 2018 – 3 Oktober 2018
Kronologi
MengikutiSemerah Cinta Humairah
Diikuti olehMawar Murni

Bahagia Bukan Bidaan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Eoon Shuhaini dibintangi oleh Adi Putra, Nora Danish, Zamarul Hisham dan Ika Nabella.[1] Diadaptasi daripada novel 2018 dengan tajuk sama karya Hessa Widad, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 3 September 2018 hingga 3 Oktober 2018 menggantikan Semerah Cinta Humairah dan digantikan oleh Mawar Murni.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang sanggup mempertahankan rumah tangga dibina dengan Azlan selama 16 tahun demi dua anak mereka iaitu Hakimi dan Haida. Namun selepas mengetahui Azlan menjalin hubungan sulit dengan Aina, staf kepercayaannya, memberi satu impak besar pada kesabaran dan maruah dirinya sebagai isteri dan majikan. Pengakuan Azlan bersama niatnya nak memadukan Hana dengan Aina menyedarkan Hana yang pengorbanannya dan usahanya menyelamatkan rumah tangga mereka selama ini sia-sia. Hana nekad untuk bercerai.

Lepas talak dijatuhkan, Hana bayangkan dia bebas dari seksa cinta. Tapi tidak. Azlan nak mereka rujuk semula dan dalam masa yang sama, niatnya untuk memperisterikan Aina tetap diteruskan. Tempoh berfikir yang diminta oleh Azlan bagaikan neraka buat Hana yang sering didatangi oleh bayang-bayang Aina yang kononnya rasa bersalah dan nak mohon maaf. Azlan tak sedar yang tindakannya buatkan Hana lebih tertekan. Keluar hospital, Hana berpindah terus ke rumah Paksi. Tapi, Azlan tetap mengesanya untuk mereka kembali rujuk. Desakan Azlan yang tak putus-putus buatkan emosi Hana tertekan. Lebih-lebih lagi ugutan Azlan untuk menghalang Hana terus daripada berjumpa anak-anaknya, Hakimi dan Haida.

Kemunculan Talha dalam hidup Hana sebagai teman lama yang baru berjumpa tak memberikan impak pada emosinya. Namun, kesungguhan Talha menjadi pendengar dan sabar dengan sikapnya yang menyendiri buatkan Hana selesa. Murni dan Talha tak putus usaha buatkan Hana kembali bersemangat untuk hidup. Talha yang merupakan psikologi telah menawarkan diri untuk merawati Hana hingga sembuh.

Nik Zachary muncul dalam hidup Hana namun salam perkenalan itu tidak dilayan. Ini kerana Hana mahu hidup tanpa insan bernama suami. Kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Namun, Hana mengetahui Nik sebenarnya suami orang.[3]

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Bahagia Bukan Bidaan (TV3)". myinfotaip.com. 2 September 2018.
  2. ^ Bahagia Bukan Bidaan (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  3. ^ "Drama Bahagia Bukan Bidaan". layandrama. 3 September 2018.
TV3: Slot Samarinda, Isnin–Rabu, 10:00 malam
Sebelumnya Bahagia Bukan Bidaan Berikutnya
Semerah Cinta Humairah Mawar Murni