Parti Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox_Political_Party
{{Infobox_Political_Party
|party_name = Parti Rakyat Malaysia
''Malaysian People's Party''
ڤرتي رعيت مليسيا
PRM
|party_name = Parti Rakyat Malaysia
''Malaysian People's Party''
马来西亚人民党
ڤرتي رعيت مليسيا
PRM
|colorcode = red
|colorcode = red
|party_logo = [[Imej:PRM.gif|200px]]
|party_logo = [[Imej:PRM.gif|200px]]

Semakan pada 04:44, 14 Februari 2017

Parti Rakyat Malaysia
Malaysian People's Party
马来西亚人民党
ڤرتي رعيت مليسيا
PRM
PresidenAriffin Salimon
Timbalan PresidenG.Palaniandy
Setiausaha AgungKoh Swe Yong
Ditubuhkan11 November 1955
Ibu pejabatBatu Caves, Malaysia
Sayap beliaAngkatan Rakyat Muda
IdeologiDemokrasi sosial, Nasionalisme Progresif
WarnaMerah, Hitam, Putih
Laman sesawang
Blog Rasmi PRM
Blog Lama PRM

Parti Rakyat Malaysia (singkatan: PRM) atau Malaysian People's Party merupakan sebuah parti politik bergerak bebas yang berhaluan tengah di Malaysia.

Sejarah

Penubuhan Parti Rakyat 1955

Parti Rakyat merupakan salah satu daripada parti politik tertua di Malaysia yang diasaskan oleh aktivis berhaluan kiri Ahmad Boestamam dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada 11 November 1955. Parti ini diinspirasikan menerusi perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh Sukarno, parti ini sesuai untuk semangat patriotisme ke atas Se-Malaya/Indonesia. Parti ini bertentangan dengan sifat UMNO yang bercirikan kontemporari (yang kemudiannya menjadi parti pemerintah sehingga hari ini). Parti Rakyat mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan British.

Kerjasama Barisan Sosialis

Pada era 1950-an dan 1960-an, Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 1958, terdiri daripada Parti Rakyat Malaya, Parti Buruh Malaya dan Parti Perhimpunan Kebangsaan (PPK)[1] bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia. Pengaruh puak berhaluan kiri yang semakin kuat telah menghasilkan tindakan keras dari kerajaan Perikatan pimpinan UMNO. Pada 1963, sejurus selepas kejadian Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah pemimpin Barisan Sosialis Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM) serta Abdul Aziz Ishak (ketua GERAM), Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.

Barisan Sosialis kemudiannya akhirnya semakin lemah kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum Peristiwa Mei 13 pada 1969, pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan.

Penukaran nama Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) 1970

Pada tahun 1970, kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh Kassim Ahmad, seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi sosialis lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat bertukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Disebabkan perkembangan ini, pihak pemerintah mengambil kesempatan dan membuat momokan bahawa parti ini mirip kepada komunis. Diatas tuduhan-tuduhan yang dikatakan palsu, ramai pemimpin dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malah Presiden Parti Rakyat ketika itu, Kassim Ahmad juga telah ditahan. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak dimomokan. Pada awal tahun 1980-an, Datuk Kampo Radjo, bekas Exco Selangor telah dipilih menjadi Presiden menggantikan Kassim Ahmad.

Penukaran semula dan penubuhan serpihan Parti Sosialis Malaysia (PSM) 1989

Pada 1989, PSRM bertukar nama balik semula kepada nama asalnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan menggugurkan perkataan sosialis dari nama parti dan perlembagaan. Ini mengakibat bantahan sesetengah ahli yang berpendapat parti itu telah mengendahkan perjuangan asal ideologi sosialisme mereka dan menyebabkan kumpulan serpihan yang diterajui Dr. Mohd Nasir Hashim dan kemudiannya menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30 April 1998 yang berjaya didaftarkan akhirnya pada 10 September 2008.

Perpecahan, pembubaran dan pergabungan dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) 2003

Semasa berlaku gerakan Reformasi yang melahirkan sebuah parti baru iaitu Parti Keadilan Nasional (KeADILan) yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim (Presiden ialah isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, kerana Anwar dipenjarakan) memulakan penerokaan untuk bergabung antara dua parti. Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan Barisan Alternatif. Ketika itu Presiden PRM ialah Syed Husin Ali. Walaupun hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan keengganan pihak berkuasa. Dua parti ini secara rasmi bergabung pada 3 Ogos 2003. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden PKR.

Pembubaran dibatalkan

Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak menyetujui penggabungannya kepada sebuah entiti lain yang baru. Pada 17 April 2005, ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di Johor Bahru dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti. Ini menyebabkan 8 orang bekas pemimpin PRM yang telah menyertai PKR, antaranya timbalan presiden PKR Dr. Syed Husin Ali (bekas presiden PRM), naib presiden PKR dan ahli pahlimen Subang Jaya R. Sivarasa (bekas naib presiden PRM) dan ahli jawatankuasa pusat PKR Dr. Sanusi Osman (bekas setiausaha agung PRM), naib ketua pemuda PKR Faizal Sanusi (bekas Ketua Angkatan Muda PRM), ketua penerangan PKR Latheefa Koya (bekas AJK Angkatan Muda PRM ), AJK pusat PKR yang dilantik Ban Ah Kam (bekas AJKP PRM yang dilantik), Lim Yong Pang (bekas AJKP PRM) dan Tai Kim Tat (bekas AJKP PRM) memohon kepada mahkahmah untuk PRM dibubarkan, namun Mahkahmah Tinggi mengisytiharkan bahawa penolakan ROS terhadap permintaan bekas pemimpin PRM tersebut untuk membubarkan PRM adalah sah kerana ianya hanya boleh dilakukan sekiranya 60% ahlinya mengundi untuk berbuat demikian di dalam kongres khas parti dan Kongres khas ini tidak diadakan oleh pemimpin tersebut. Tambahan lagi, pemohon petisyen agar PRM dibubarkan sudah tidak mempunyai locus standi kerana mereka telah meninggalkan parti.[2] Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS)[3] dan malahan PRM telah terus bertanding di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008.

Presiden PRM

Presiden Tempoh
Ahmad Boestamam 1955-1966
Kassim Ahmad 1966-1980
Kampo Radjo 1980-1989
Syed Husin Ali 1989-2003
- Kosong - 2003-2005
Hassan Abdul Karim 2005-2009
Ariffin Salimon (Pemangku) 2009-2010
Dr. Rohana Ariffin 2010-2015
Ariffin Salimon 2015-kini

Kepimpinan

Kepimpinan PRM Pusat

Bagi sesi 2014-2017, kepimpinan PRM Pusat adalah seperti berikut:-

Nama Jawatan
Presiden Ariffin Salimon
Timbalan Presiden G.Palaniandy
Naib Presiden Giman Maskandar
Naib Presiden Goh Chuin Loon
Naib Presiden Mohd Syafiq Sazuan Mohd Najib
Ketua Angkatan Rakyat Muda Mohd Syafiq Sazuan Mohd Najib
Setiausaha Agung Koh Swe Yong
Timbalan Setiausaha Agung R. Nadarajah
Bendahari Alex Tham Poh Seng

Ahli Jawatankuasa Pusat PRM

• Dr Rohana Ariffin
• Tan Chin Hong
• Mohd Rizal Ibrahim
• Lukman Hakim Mustapa
• Kamarul Aizat
• Lee Tze Kwang
• Abdul Muti Jalaluddin
• Seth Akmal
• Aaron Dinesh Monteiro
• Fozi Addhwa Mohamad Fozi

Lihat juga

Rujukan

Pautan Luar