Reformasi (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Reformasi
Maklumat am
Tarikh bermula pada September 1998
Lokasi Malaysia
Punca
Matlamat
  • Perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia paling lana berkhidmat, Mahathir Mohamad
  • Menamatkan Mahathirisme
  • Membentuk pergerakan untuk kesaksamaan sosial, keadilan sosial dan meritokrasi
  • Kaedah
  • Keingkaran awam
  • Demonstrasi
  • Duduk dalam
  • Rusuhan
  • Pendudukan
  • Aktivisme dalam talian
  • Hasil
  • Pembentukan Parti Keadilan Nasional
  • Kekalahan kebanyakan ahli politik Barisan Nasional kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 1999
  • Perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat, Mahathir Mohamad pada 2003
  • Pembebasan Anwar dari penjara pada 2004
  • Barisan Nasional kehilangan dua-tiga majoriti pada Parlimen pada pilihanraya umum 2008 dan 2013
  • Barisan Nasional menjadi pembangkang di 5 dan 3 negeri dewan undangan masing-masing pada tahun 2008 dan 2013
  • Pihak yang bertelagah
    Slogan: Mahathir Undur, Undur Segera, Selamatkan Malaysia, Mahathir Letak Jawatan, Mahafiraun Mahazalim & Reformasi
    ----
    GERAK termasuk 25 NGO dan PAS
    GAGASAN termasuk SUARAM, DAP, PRM
    Reformis
    Aktivis
    Slogan: Hidup Mahathir & Sayang Dr. Mahathir
    ----
    Kerajaan Malaysia
    Polis Diraja Malaysia
    Penyokong setia Mahathir
    NGO
    Slogan: Mahathir Undur, Negara OK & Biar Tak Suka PM, Janji Undi BN
    ----
    Pembenci Mahathir tetapi menyokong Barisan Nasional
    Tokoh dan pemimpin utama
    Ahli politik Barisan Nasional
    Bilangan
    Beberapa ribu ratus
    sunting
    Lihat pendokumenan templat ini

    Pergerakan Reformasi di Malaysia dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya sebaik sahaja beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998.[perlu rujukan] Gerakan ini terdiri daripada beberapa acara tunjuk perasaan dan perbarisan besar-besaran untuk menentang kerajaan campuran Barisan Nasional yang lama memerintah, yang berterusan sehingga Anwar ditahan lalu dipenjarakan pada tahun 1998, lalu pudarnya pergerakannya. Sasaran kempen reformasi ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipandang sebagai pemimpin yang korup dan sudah terlalu lama memegang jawatannya.[1]

    Kesan peninggalan gerakan reformasi akhirnya terasa ketika pilihan raya umum pada tahun 2008, apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar Ibrahim memenangi 31 kerusi parlimen, dan bersama-sama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mematahkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.[2]

    Ulasan dan kritikan[sunting | sunting sumber]

    Di Sidang Kemuncak APEC 1998 di Kuala Lumpur, Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Al Gore, memberi ucapan yang menyokong Anwar dan pergerakan reformasi di hadapan Mahathir dan pemimpin Asia-Pasifik yang lain.

    "Demokrasi mengurniakan mohor keabsahan yang perlu untuk pembaharuan agar berkesan." Tambahnya lagi: "Oleh itu, di kalangan negara yang mengalami krisis ekonomi, kita masih mendengar laungan demi demokrasi, laungan demi pembaharuan, dalam pelbagai bahasa - People Power, doi moi, reformasi. Kita mendengarnya hari ini - di sini dan sekarang - di kalangan rakyat Malaysia yang berani."[3]

    Sebagai pengulas politik, bekas TPM Musa Hitam berkata "Jika pergerakan dan tunjuk perasaan "reformasi" harus diberi kepentingan dari segi politik Malaysia — seandainya ada apa-apa yang dapat saya katakan sebagai kesimpulan positif tanpa teragak-agak — ianya tidak berbaur perkauman. Menakjubkan. ... lebih kepada isu daripada kaum. Saya kagum." Musa mengulas bahawa sebelum reformasi, "apa jua sekalipun tunjuk perasaan di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang sentiasa berbaur perkauman. Sekalipun menentang kerajaan, mereka membakar kedai-kedai Cina."[4]

    Kesan[sunting | sunting sumber]

    Gerakan Reformasi ini membawa kepada penubuhan parti berbilang kaum yang bernama Parti Keadilan Nasional. Menjelang pilihan raya umum tahun 1999, Parti Keadilan Nasional, PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif dalam inisiatif bersama untuk menggantikan kerajaan BN. Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, UMNO selaku parti utama dalam parti campuran BN menerima kurang separuh daripada jumlah undian kaum Melayu.[perlu rujukan]

    Walaupun begitu, Barisan Nasional kekal sebagai parti campuran terbesar di Parlimen, hasil sokongan padu dari bukan Melayu yang mengkhuatiri ketidakstabilan yang mungkin terjadi seandainya parti campuran pemerintah ditumbangkan seperti yang berlaku pada Mei 1969. Pergerakan reformasi seakan-akan pudar selepas pilihan raya tahun 1999, diikuti pilihan raya 2004 apabila Parti Keadilan Nasional kehilangan semua kerusinya di Parlimen kecuali satu yang dipertahankan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim. Kemenangan besar BN pada tahun 2004 adalah berpunca daripada harapan tinggi terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan tempat Dr. Mahathir pada Oktober 2003.[5]

    Namun demikian, Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara pada September 2004, dan Parti Keadilan Nasional bangkit semula sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR menang besar di pilihan raya umum 2008, dengan memenangi 31 kerusi lalu menjadi parti pembangkang terbesar di Parlimen. Selain itu, lima daripada sebelas kerajaan negeri di semenanjung Malaysia jatuh di tangan campuran PKR, PAS dan DAP yang kemudian membentuk Pakatan Rakyat. Kerajaan BN buat pertama kalinya sejak tahun 1969, kehilangan majoriti dua pertiganya di Parlimen.[6]

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

    • Alejandro Reyes. Tim Healy. Asiaweek. Shattered Summit.
    • Allers, C. (2014). Anwar Ibrahim: The Evolution of a Muslim Democrat. Singapore: Monsoon.
    • Billington, G. G (1998). Malaysia's Mahathir trumps 'anti-corruption' crowd. EIR, 25.
    • Case, W. (1996). Elites and Regimes in Malaysia: Revisiting A Consociational Democracy. Clayton, VIC, Australia: Monash.
    • Case, W. (2004). New Uncertainties for an Old Pseudo-Democracy: The Case of Malaysia. Comparative Politics. 37(1), New York: University of New York, pp. 83–104.
    • Funston, J. (2000). Malaysia's Tenth Elections: Status Quo, "Reformasi" or Islamization? Contemporary Southeast Asia. 22(1) Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, pp 23–59.
    • Hwang, I. W. (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-230-185-2.
    • Jones, D. (2000). What Mahathir Has Wrought. The National Interest. 59, Center for the National Interest. pp. 101–112.
    • Khoo, B. T. (2003). Beyond Mahathir: Malaysia Politics and its Discontent, London: Zed Books Ltd.
    • Lee, H. G. (2002). Malay Dominance and Opposition Politics in Malaysia. Southeast Asian Affairs. Institute of Southeast Asian Studies, pp. 177–195.
    • Liow, J. (2005). The Politics behind Malaysia's Eleventh General Election. Asian Survey. 45(6). University of California Press, pp. 907–930.
    • Mohamed, M. (2001). The Unravelling of "Malay Consensus". Southeast Asian Affairs. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, pp. 208–225.
    • O' Shannassy, M. (2009). Beyond the Barisan Nasional? A Gramscian Perspective of the 2008 Malaysian General Election. Contemporary Southeast Asia, 31(1). Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, pp 88–109.
    • Subramaniam, S. (2001). The Dual Narrative of "Good Governance": Lessons for Understanding Political and Cultural Change in Malaysia and Singapore, Contemporary Southeast Asia. 23(1). Singapore: Institute of Southeast Asia, pp. 65–80.
    • Vidhu, V. (2000). Malaysian Elections 1999: Unfinished Journey. Economic and Political Weekly. 35(31), pp. 2717–2724.
    • Weiss, M. (1999). What Will Become of Reformasi? Ethnicity and Changing Political Norms in Malaysia. Contemporary Southeast Asia. 21(3), Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, pp. 424–450.
    • Khoo,B.,T. (2002) Democracy and Transition in Malaysia: An Analysis of the Problems of Political Succession. Macalester International: Vol. 12, Article 11. pp. 59–79.
    • Nair,S. (2007) The Limits of Protest and Prospects for Political Reform in Malaysia. Critical Asian Studies 39:3. New York: Toutledge Taylors and Francis Group. pp 339–368
    • Ufen,A. (2009) The transformation of political party opposition in Malaysia and its implications for the electoral authoritarian regime. Democratization Vol. 16, No. 3. Germany: Routledge Group. Pp. 604 –627.
    • Lin, J.,Y. (2016) A Structural Analysis of the 1999 Malaysian General Election: Changing Voting Preference of Ethnic Chinese and Malay Groups and Party. Taiwan : Graduate Institute of Southeast Asian Studies. pp. 1–17