Sungai Ayer Tawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pekan Sg Ayer Tawar, Disember 2007

Pekan kecil ini terletak kira-kira 15 km daripada Pekan Sabak yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Dikelilingi kebun kelapa, kelapa sawit dan pisang, pekan ini menjadi tumpuan petani dan pekebun kecil bagi mendapatkan barang keperluan asas mereka. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam dari keturunan Jawa. Terdapat juga penduduk Melayu dari suku Mandailing, Rawa, Banjar dan Kampar. Terdapat sedikit kaum Cina yang kebanyakannya menjadi peraih dan peruncit. Kegiatan ekonomi lain ialah menangkap ikan. Terdapat pengkalan bot yang menghubungkan kawasan ini dengan negeri Perak. Malah penunggang motorsikal juga boleh memanafaatkan perkhidmatan bot di pengkalan yang dipanggil 'kilang sabut' itu bagi memendekkan perjalanan ke Hutan Melintang, Perak. Pekan kecil ini menjadi tumpuan penduduk dari kampung berhampiran seperti kampung Sungai Tengar dan kampung Datuk Hormat Rafie.

Pengangkutan Di Sungai Ayer Tawar[sunting | sunting sumber]

Jeti bot kilang sabut ladang Sungai Bernam
Jeti bot sebelah Hutan Melintang

Bot UP Berhad merupakan pengangkutan tertua di DUN Sg Air Tawar. Dahulunya ia adalah pengangkutan utama penduduk setempat untuk ke Hutan Melintang, Perak. Perkhidmatan yang berusia 50 tahun ini masa digunakan sehingga saat ini. Tambang seorang dewasa ialah RM 1.50,dan RM 3 bersama motorsikal. Bot ini akan berhenti selama 15 minit di jeti dan masa perjalanan ialah selama 10 minit. Bot ini dikendali oleh Syarikat United Plantation (UP) Berhad.

Politik[sunting | sunting sumber]

Parlimen:Sabak Bernam(P.92) Ahli Parlimen: YB Dato' Hj M.Fasiah Bin Fakeh(Barisan Nasional).

DUN: Sg Air Tawar(N.1) ADUN: YB Kamarol Zaki Bin Malik(Barisan Nasional)

PENGERUSI JKKKP DUNSAT ;

1.       SIDANG RAMLI BIN ISMAIL - KG TELUK RHU  

2.       SIDANG KHALID BIN MAT ZAIN - KG SUNGAI TENGAR  

3.       SIDANG MOHD HAIRUL NIZAM BIN SAMRIN - KG SUNGAI TENGAR UTARA

4.       SIDANG HAJI MOHD SAFUAN BIN DIMYATI - KG SUNGAI AIR TAWAR

5.       SIDANG HAJI MOHD YUSOF BIN JAMALUDDIN - KG PERENGGAN  

6.       SIDANG MOHD BAJURI BIN IBRAHIM PPA , PPS , PPN - KG SEKENDI

7.      SIDANG AHMAD BIN SIDEK - KG TEBUK BERIHUN

8.       SIDANG AISAH BINTI MAHIDIN - KG BARU

9.       SIDANG  ZULKIFLI BIN ABU HASAN - KG TANJUNG JAWA

10.   SIDANG RIZAM BIN HAJI ISMAIL - KG TEBUK MUFRAD  

11.   SIDANG NOOR ASMADI BIN MOHD YAHYA - KG PARIT BARU PEKAN

12.   SIDANG HAJI JOHARI BIN TAMSI PJK - KG BANTING  

13.   SIDANG HAJI MOGHNI BIN ISHAK - KG TEBUK JAWA

14.   SIDANG MOHD YASIN BIN SAAD - KG SIMPANG 4 BNO  

15.   SIDANG AHMAD BIN HAJI IKHSAN - KG PARIT BARU BARUH  

16.   SIDANG ZULHAZMI BIN HAJI TALIBIN - KG BATU 38  

17.   SIDANG MAT NAZIR BIN ARIFFIN - KG TENGAH

18.   SIDANG BAHRIN BIN ASROWI - KG SUNGAI APONG