Raqib Majid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Raqib Majid
Kelahiran
Fahrur Raqib bin Abdul Majid

(1990-06-17) 17 Jun 1990 (umur 31)
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanPenyanyi, penyampai radio
Tahun aktif2011–kini
PasanganTasha Manshahar (k. 2018)
Anak1
SaudaraFadh Majid (adik)

Fahrur Raqib Abdul Majid (lahir 17 Jun 1990) merupakan seorang penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Kerjaya muziknya bermula pada 2011 sewaktu menyertai Akademi Fantasia musim ke-9 antara lain turut disertai oleh Amir Jahari dan Ayda Jebat.[1][2] Sejak 2017, beliau merupakan salah seorang penyampai radio Zayan.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, Raqib terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta Akademi Fantasia musim ke-9 yang turut disertai oleh Amir Jahari dan Ayda Jebat, beliau tersingkir selepas mara selama lima minggu.

Pada tahun 2013, beliau berkolaborasi bersama kumpulan nasyid UNIC menerusi lagu "Bintang Syurga". Album pertamanya, Luahan Rasa dikeluarkan pada 2014 di bawah label UNIC dotmyPRO di mana beliau turut menyumbangkan 3 lagu ciptaannya.[4]

Beliau juga mengacarakan rancangan travelog Pasport Ziarah yang bersiaran di TV AlHijrah. Raqib juga ialah salah seorang penyampai radio Zayan, stesen radio keislaman yang dikendalikan oleh Astro Radio.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Raqib Majid dilahirkan dan dibesarkan di Melaka.

Pada 8 September 2018, Raqib berkahwin dengan penyanyi Tasha Manshahar.[5] Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muammar Rafiqi yang dilahirkan pada 21 Jun 2019.[6] Beliau ialah abang kepada peserta Big Stage musim ketiga, Fadh Majid.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Luahan Rasa (2014)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Akademi Fantasia 9 (2011) - sebagai peserta
  • Dikir Zikir (2013) - sebagai tetamu undangan
  • Pasport Ziarah (2014) - sebagai pengacara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Akademi Fantasia 9: Raqib tersingkir". mStar Online. 1 Mei 2011. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  2. ^ Asraf Adied (15 April 2020). ""Pakai cermin mata bingkai putih... Rasa handsome dah!" - Raqib Majid kongsi foto zaman Akademi Fantasia 9". Astro Gempak. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  3. ^ Khaleeda Rashikin (22 Mac 2018). "Pernah rasa nak berhenti, Raqib Majid akui tugas seorang penyampai radio bukan mudah". Media Hiburan. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  4. ^ "Raqib Majid: Industri hiburan tidak memesongkan". Sinar Harian. 12 September 2014. Dicapai pada 12 Oktober 2014.
  5. ^ Zulaikha Yusof (8 September 2018). ""Tasha Manshahar pilihan yang tepat" - Raqib Majid". Astro Gempak. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  6. ^ ""Selamat datang anakandaku" - Raqib Majid timang cahaya mata pertama". Astro Awani. 21 Jun 2019. Dicapai pada 6 Oktober 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]