Haslinda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Haslinda
Haslinda singer.jpg
Haslinda pada 1999
Latar belakang
Nama lahirNor Haslinda binti Aripah
Kelahiran (1978-03-18) 18 Mac 1978 (umur 44)
Klang, Selangor, Malaysia
GenrePop, Balada, R&B
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1997–kini
Syarikat rakaman
Audio One

Nor Haslinda Aripah (lahir 18 Mac 1978) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia, berasal Klang, Selangor. Beliau terkenal dengan lagu hit "Sehati Dan Sejiwa" pada tahun 1998. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun-tahun terawal kerjaya muziknya, Haslinda terkenal dengan lagu "Sehati dan Sejiwa" yang menjadi lagu tema drama Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun, sekaligus meraih kejayaan komersial Sepanjang tempoh itu, beliau telah menerbitkan tiga album studio sebelum menyepi pada ketika puncak populariti. Pada tahun 2018, Haslinda bersama dengan beberapa penyanyi senior termasuk Mac Ruhayu muncul dengan album kompilasi 5 Suara Artis 90an.

Gegar Vaganza 2020[sunting | sunting sumber]

Haslinda ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Yantzen, Ashira dan Noraniza Idris dan lain-lain, namun tersingkir di konsert minggu kedua.[2] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Sehati Sejiwa" Dirinya sendiri Ke-2 SELAMAT
Minggu 2 Sama Naik "Kerana Terluka" Nurul Ke-4 TERSINGKIR

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Haslinda berkahwin dengan kakitangan Bank Negara Malaysia, Syarinoor Sahimi dan dikurniakan tiga anak—Eidorra Kasih, Eidorra Sofia dan Scyazriee di Maria.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Sebening Cinta (1997)
  • Telus Asmara (1999)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Cinderella (2003)
  • Kompilasi 5 Suara Artis 90an (2018)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ramlah Zainal (30 Jun 2018). "Saya rindu menyanyi". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (19 Oktober 2019). "Masalah tempo, Haslinda jadi peserta pertama tersingkir dari GV7, netizen luah rasa tak puas hati - "Dia nyanyi lagi bagus daripada peserta lain"". mStar Online. Dicapai pada 24 Oktober 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]