Tom (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tom
Kelahiran
Raja Farah Afzal Raja Ikram

(1986-10-31) 31 Oktober 1986 (umur 36)
Nama lainTom My Starz LG3, Tom Anggun
PekerjaanPenyanyi, duta produk
Tahun aktif2010–kini
Kampung asalTaiping, Perak
PasanganAhmad Khairul Mizan (k. 2007; c. 2010)
Fuad Rahman (k. 2023)
Anak-anakMegat Ariel Shakur
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
My Starz LG, Noh Salleh, LY, Baiduri, Taja MUH, Tun Teja, Manusia Putih

Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom adalah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga merupakan juara program realiti TV terbitan TV3, iaitu My Starz LG musim ketiga pada tahun 2010.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tom menamatkan zaman gadisnya di usianya yang cukup muda iaitu 21 tahun dengan mengahwini seorang pemuda Johor, Mohd. Farhan, pada tahun 2007. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Megat Ariel Shakur Mohd. Farhan. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila pada April 2010 mereka disahkan bercerai selepas hampir tujuh bulan tidak tinggal bersama.[2]

Pada 2012 Tom kembali berkahwin dengan dengan pemuzik Ahmad Khairul Mizan. Bersama Khairul, Tom mendapatkan dua buah hati iaitu Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra. Perkahwinan kedua ini bagaimanapun kembali berakhir dengan perceraian.

Pada 2016, Tom kembali berumahtangga dan berkahwin dengan pemuzik Eme Termizie Kaha, namun juga berhujung dengan perpisahan.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai program realiti TV My Starz LG musim ketiga, Tom pernah bekerja sebagai penyanyi kelab malam di sekitar bandar Kuala Lumpur sebagai rezeki pendapatan beliau untuk menyara hidupnya. Sebelum bergelar artis, beliau juga turut mengembangkan bakat nyanyiannya dengan menyertai sebuah pertandingan pertunjukan bakat, iaitu World Championship Performing Arts (WCPA) pada tahun 2009 yang diadakan di Los Angeles dimana ketika itu beliau turut berkongsi pentas bersama artis-artis luar negara dan penyanyi tempatan seperti Siti Sarah Raisuddin, Bob AF2 dan Asmidar.[3] Namun, sayangnya kejayaan beliau yang turut memenangi pingat emas di dalam pertandingan tersebut tidak mendapat perhatian daripada pihak media disebabkan ketika itu beliau bukan daripada golongan artis.[4] Namun keadaan tersebut tidak sedikitpun mematahkan semangatnya untuk bergelar anak seni. Pada tahun 2010, Tom sekali lagi mencuba nasib dengan menghadiri ujibakat My Starz LG dan hasilnya beliau terpilih diantara 10 peserta program realiti TV tersebut. Setelah beradu suara hampir 12 minggu, beliau dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim ketiga. Kejayaan Tom tersebut sekaligus mengekalkan takhta juara wanita yang ketiga dalam program realiti TV terbitan TV3 tersebut selepas Tasya (musim 1) dan Wana (musim 2). Beliau kemudian mengikat kontrak bersama Warner Music Malaysia dan pada Disember 2010 beliau telah menerbitkan album rakaman pertamanya berjudul Redha. Dua buah lagu hits daripada album tersebut ialah Lagu Untuk Kuala Lumpur dan Redha sering diputarkan dicorong radio pada ketika itu.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2010, nama Tom cukup hangat diperkatakan apabila beliau dituduh sebagai orang ketiga apabila beliau terlibat dengan hubungan sulit bersama seorang lelaki yang berstatus sebagai suami orang. Beliau turut mendakwa telah dipukul dan diserang oleh isteri kepada lelaki tersebut namun kejadian pergaduhan tersebut sempat dileraikan oleh keluarga wanita tersebut. Ekoran daripada kejadian tersebut, beliau berasa tidak berpuas hati apabila dirinya telah difitnah oleh wanita tersebut dan kemudian beliau membuat laporan polis sekaligus membawa kes mereka tersebut ke mahkamah serta membuat keputusan untuk tidak akan menarik balik kes selagi namanya tidak dibersihkan oleh pihak wanita tersebut. [5]

My Starz LG 3[sunting | sunting sumber]

Konsert Lagu Penyanyi asal
Konsert 2 "My Immortal" Evanescence
Konsert 4 "Maha Karya Cinta" Faizal Tahir
Konsert 6 "What's Up" 4 Non Blondes
"Sejati"

(duet bersama Alyah)

Wings
Konsert 7 "Bengang" Akim
Minggu 8 "Lagu Untukmu" Meet Uncle Hussain
Konsert 9 "Objection" Shakira
Konsert 10 "Sepi Sekuntum Mawar Merah" Ella
Konsert Akhir "Isabella" / "Revolusi" Search / Bunkface
"Senja Man Merah"

(duet Mus May)

Awie & Ziana Zain

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Lagu Untuk Kuala Lumpur" (2010)
  • "Redha" (2011)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kemalia Othman (2 Februari 2010). [1] mStar. Dicapai pada 2 Februari 2010.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (11 Mac 2010). [2] Kosmo. Dicapai pada 11 Mac 2010.
  3. ^ Budiey (Admin) (14 September 2009). [3] Budiey. Dicapai pada 14 September 2009.
  4. ^ Kemalia Othman (2 Februari 2010).[4] mStar. Dicapai pada 2 Februari 2010).
  5. ^ Siti Azira Abd. Aziz (24 Disember 2010). [5] mStar. Dicapai pada 24 Disember 2010.