Wann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wann
Nama lahirWan Rashidah binti Meor Abdul Rashid
Juga dikenali sebagai
Wann
Kelahiran (1970-04-17) 17 April 1970 (umur 50)
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
GenrePop rock, jazz, pop, balada
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1988–kini

Wan Rashidah binti Meor Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Wann (lahir 17 April 1970) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian sekitar lewat 80 an. Album pertamanya iaitu Lamunan Hati telah diterbitkan pada tahun 1988.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Wann merupakan anak sulung dalam keluarga seramai tujuh orang. Ketika berusia 18 tahun, Wann telah berjaya menanggung keluarganya hasil dari kerjayanya dalam bidang nyanyian.[2]

Pada tahun 1993, beliau telah berkahwin dengan Mohamed Thazah Hamzah. Setahun selepas melangsungkan perkahwinan, Wann telah berhijrah bersama suaminya ke Singapura. [3] Hasil dari perkahwinan tersebut, beliau telah dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Israfael dan Natasha. Setelah berkahwin, Wann memperlahankan rentak kariernya bagi memberi fokus kepada keluarga. [4]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Wann memulakan kerjayanya apabila menjadi artis dalam sebuah syarikat rakaman iaitu 'Suara Cipta Sempurna' (SCS) pada tahun 1988. Album pertama yang diterbitkan adalah Lamunan Hati. Sejak album pertamanya terjual di pasaran, beliau semakin dikenali ramai dan mendapat banyak undangan untuk mengadakan persembahan pentas. Ibunya, Puan Junaidah bertindak sebagai pengurus beliau pada ketika itu.

Setelah album keduanya, Terlerai Kasih dirakamkan, sebanyak 30,000 unit terpaksa dihentikan jualan akibat konflik yang dihadapi oleh penerbit albumnya iaitu A.Ali dengan syarikat rakaman NSR. Ketika konflik tersebut berlaku, lagu-lagu di dalam album tersebut tidak dibenarkan untuk dimainkan di corong-corong radio. Tindakan saman oleh pihak NSR terhadap A.Ali yang mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan menyebabkan syarikat SCS Records membuat keputusan dengan merakam semula album tersebut. Pihak SCS Records telah bekerjasama dengan John Goh untuk menerbitkan album gantian tersebut. [5]

Bersempena dengan ulang tahun yang ke 25 penglibatan beliau di dalam industri, Wann telah membuat kemunculan khas bersama peminat-peminatnya iaitu sebuah persembahan pentas "Live Bersama Wann dan Peminat" di The Pearl Hotel Kuala Lumpur pada 7 September 2019. [6]

Gegar Vaganza 6[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini, Wann pernah dilamar oleh pihak Astro bagi menyertai program realiti Gegar Vaganza. Namun, Wann terpaksa menolak lamaran tersebut sebanyak 3 kali kerana masih belum bersedia. [7] Beliau secara peribadi berminat untuk menyertai program berkenaan tetapi perlu mengambil kira pelbagai faktor sebelum bersetuju menerima tawaran tersebut. Beliau sangat berbesar hati kepada pihak Astro yang sanggup datang sehingga ke Singapura semata-mata untuk menjemputnya menjadi sebahagian daripada program pertandingan nyanyian GV. [8]

Pada 25 September 2019, nama Wann telah diumumkan sebagai salah seorang peserta sebuah program realiti Gegar Vaganza (musim 6). [9] Konsert pertama telah bermula pada 13 Oktober 2019.

Lagu Tugasan Mingguan[sunting | sunting sumber]

Konsert Tema Lagu Penyanyi Asal Markah Kedudukan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? Bossanova Wann / Saloma 74.33% 2
Minggu ke-2 CarMa (Cari Makan) Lamunan Hati Wann 68.00% 6
Minggu ke-3 Yang Aneh Aneh Asmaradana Tiara Jacquelina 74.00% 3
Minggu ke-4 Haa... Tepuk Engkau Laksana Bulan berduet bersama Aris Ariwatan P.Ramlee 57.00% 8
Minggu ke-5 CurHat (Curahan Hati) Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu Uji Rashid 71.00% 5
Minggu ke-6 Melets/Meletop Pengemis Cinta Ella 59.00% 7
Minggu ke-7 Caras (Cara Sendiri) Terlalu Memuja Wany Hasrita 61.00% 8
Minggu ke-8 Reset Wajah Rahsia Hati Fauziah Ahmad Daud 63.00% 5
Minggu ke-9 (Suku Akhir) Suara Komposer Hitam Putih Kehidupan Sheila Majid 56.00% 8
Minggu ke-10 (Separuh Akhir) Fabulous Ku Gembira Disampingmu Khadijah Ibrahim 57.00% 7
Dua Insan berduet bersama Zarul Umbrella M. Nasir & Yunizar Hussein

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Di minggu pertama, nyanyian Wann dikritik oleh salah seorang juri iaitu Hetty Koes Endang kerana terlalu banyak bunyi desahan ketika menyampaikan lagu Bossanova sehingga sebutan lirik menjadi kurang jelas. [10]

Semasa konsert di minggu ke-4, busana yang digayakan oleh Wann telah dikatakan menciplak rekaan salah seorang pereka fesyen terkenal. Menurut pereka fesyen busana yang dipakai oleh Wann, rekaan tersebut adalah mengikut konsep yang sesuai seperti yang diberikan oleh pihak pengurusan dan produksi Astro. [11]

Pada minggu ke-7, Wann menerima kritikan yang kurang menyenangkan oleh sebahagian netizen apabila diumumkan tidak tersingkir kerana pihak pengurusan dan produksi Astro telah menambahkan bilangan minggu konsert tersebut walaupun beliau berada di kedudukan paling rendah dan turut berkongsi markah yang sama dengan Sham Visa. Wann sememangnya sudah bersedia untuk disingkirkan seandainya namanya tidak tersenarai untuk meneruskan perjuangan di minggu yang ke-8. [12] Beliau akan terus mencuba untuk membuat persembahan yang terbaik sekiranya masih diberikan peluang bertanding di dalam program tersebut.

Pada minggu ke-9, Wann sekali lagi menerima hentaman daripada netizen kerana diumumkan terselamat daripada tersingkir dengan mendapat kedudukan paling rendah walaupun keputusan tersebut adalah ditetapkan sendiri oleh pihak pengurusan dan produksi Astro. Wann sebenarnya sudah bersedia untuk disingkirkan namun masih diberi peluang untuk membuat persembahan pada minggu separuh akhir. Bagi Wann, perkara itu adalah adat pertandingan dan terpulang pada juri-juri untuk membuat penilaian. Beliau langsung tidak mengetahui tentang keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Astro. [13]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Kulit album Koleksi Nostalgia Wann.

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Album Reissue[sunting | sunting sumber]

Album Pelbagai[sunting | sunting sumber]

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

  • Lamunan Hati
  • Terlerai Kasih
  • Mengapa Terkenang baru
  • Nilai Cinta - duet Azwan Ali baru
  • Beban Asmara
  • Bossanova
  • Dalam Air Ku Terbayang Wajah duet Azmer
  • Darah Muda
  • Di mana Suara Burung Kenari - Duet Azmer
  • Istana Cinta
  • Kuala Lumpur
  • Pahit Dan Manis
  • Kau Bagai Cermin
  • Aku Dalam Teka Teki
  • Menjejak Bayang-Bayang - duet Saleem Iklim

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ‘Biodata Wann’ Shah (1 Februari 2017). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  2. ^ - ‘Dari Kacamata Keluarga Wann’ Shah (1 Februari 2017). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  3. ^ ‘Wann Rindu Masuk Studio’ SGMS Faida (26 September 2019). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  4. ^ 'Wann Bangga Besarkan Anak Sendiri' MUZLINA ABU BAKAR (04 Mei 2009). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  5. ^ ‘Wann Buat Album Ganti’ Varia-Pop, Shah (7 April 2017). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  6. ^ 'Penyanyi 90an WANN Bakal Hiburkan Peminat di Makan Malam Live di The Pearl KL' Budiey (August 4, 2019). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  7. ^ 'Wann 3 kali tolak lamaran Gegar Vaganza; teringin rakam lagu baru' FREDA HASSAN (19 September 2019). Dicapai pada 13 Disember 2019.
  8. ^ 'Astro sanggup datang ke Singapura' TubeViral (4 Ogos 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  9. ^ 'Wann sertai Gegar Vaganza musim ke 6' Astro (25 September 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  10. ^ 'Wann komen isu di konsert pertama' Gempak (14 Oktober 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  11. ^ 'Baju Wann diciplak' Khai Azfar (4 November 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  12. ^ 'Wann sedia tersingkir' AMRI HASSAN (25 November 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.
  13. ^ 'Wann bersyukur diberikan peluang' AZWA RAHMAN (9 Disember 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]