Dia Fadila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dia Fadila
Nama lahirNur Fardilla Nadia binti Abu Bakar
Juga dikenali sebagai
Dia Fadila, Dia
Kelahiran (1984-09-23) 23 September 1984 (umur 35)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
GenrePop, Balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1999 - 2011
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Kegiatan berkaitan
Hattan, Andy Flop Poppy

Nur Fardilla Nadia binti Abu Bakar (lahir 23 September 1984) atau lebih dikenali sebagai Dia Fadila ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.

Dia Fadila merupakan pelajar muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bakat Dia Fadila mula menyinar selepas menyertai pertandingan Bintang Gala RTM 1999. Tewas kepada penyanyi, Nur Fatima, namun bakatnya berjaya memikat hati penggubah, Jari. Malah, Jari juga yang memperkenalkannya kepada Warner Music.

Album Dia ini lahir dengan konsep pop bebas. Lebih menarik, album ini diberi sedikit sentuhan alternatif, blues, klasikal dan folk.

Dia begitu sinonim dengan sentuhan Edrie Hashim, Andai. Namun, penyanyi ini turut mengabadikan sebuah lagu lama nyanyian penyanyi kesayangannya, Salamiah Hassan, iaitu Surat Terakhir.

Nikmati vokal berkarektor Dia lewat lagu Aku Masih Setia, Tunggu Dulu, Pintu Hatiku, Penawar Dukaku, Kaca, Lut sinar, Dia dan Tentang Cinta Ini, duet penyanyi itu bersama Andy (Flop Poppy).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Redza Tan Sri Dr. Hj Abdullah Sanusi di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober 2010[1] dan dikurniakan 2 orang anak perempuan, iaitu Qaseh Dhiya dan Chinta Qadisa. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Muzik dari Universiti Malaya.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nur Fardilla Nadia pernah menduduki tempat kedua dalam pertandingan Bintang Gala 2 RTM pada 1999, dan mewakili Malaysia ke pertandingan Asia Bagus di Bali, Indonesia pada 1998. Nur Fardilla Nadia mendapat tempat ketiga tetapi sekembalinya daripada pertandingan tersebut, Dia dilamar menjadi artis Warner Music Malaysia. Pun begitu, pada awal kemunculan Dia, imejnya yang berambut kerinting, memang sukar diterima peminat sehinggalah dia mengubah gaya rambutnya menjadi lurus, penampilannya kali ini tampak lebih segar dan sesuai dengan usia remajanya.

Album sulungnya, Dia akhirnya muncul pada tahun 2004 dan lagu Andai serta Aku Masih Setia yang berkonsepkan free pop itu akhirnya mengangkat nama Dia berada di kedudukan selesa untuk memberi saingan kepada artis baru seangkatannya sehinggalah dia mampu menjulang trofi Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2005 (APM'05) di Singapura, baru-baru ini dan dalam masa sama tercalon ke peringkat akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 (ABPBH2004) di Arena of Stars, Genting Highlands.

  • Tinggi: 1.65 meter
  • Berat: 52 kg
  • Warna Kegemaran: Merah dan merah jambu
  • Makanan Kegemaran: Laksa Utara
  • Minuman Kegemaran: Karot Susu

Album[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Juara Bintang MPPJ 1998
  • Pertandingan Akhir Asia Bagus! 1998
  • Tempat kedua Bintang Gala RTM

Rujukan[sunting | sunting sumber]