Pergi ke kandungan

Stesen MRT Pavillion-Bukit Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pavillion-Bukit Bintang Rapid KL
ڤاۏيليون-بوکيت بينتڠ
LokasiStesen Bukit Bintang, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′47.41″N 101°42′39.41″E / 3.1465028°N 101.7109472°E / 3.1465028; 101.7109472Koordinat: 3°8′47.41″N 101°42′39.41″E / 3.1465028°N 101.7109472°E / 3.1465028; 101.7109472
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
Sambunganstesen sambungan  MR6  AirAsia-Bukit Bintang
Pengangkutan bas Rapid Bus: 400, 420, 421
Pengangkutan bas Bas GoKL: Hijau, Ungu, Biru
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SBK18A 
Sejarah
Dibuka16 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen MRT Bukit Bintang (atau Stesen MRT Pavillion-Bukit Bintang atas sebab penajaan)[1] ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di Bukit Bintang. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[2] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Bukit Bintang Sentral.[3]

Stesen MRT ini, walaupun dinamakan Bukit Bintang, stesen ini tidak disepadukan dan perlu dibezakan dengan Stesen Monorel Bukit Bintang, dimana laluan Monorel KL berkhidmat. Sebuah laluan pejalan kaki berbayar telah dicadangkan tetapi tidak dibina pada masa kini.

Ciri-ciri Stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di bawah Jalan Bukit Bintang di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia. Disebabkan stesen ini terletak di Segi Tiga Emas Bukit Bintang, terdapat banyak pusat membeli-belah di sekitar stesen antaranya Plaza Sungei Wang, Lot 10, Plaza Low Yat, Fahrenheit88 dan Pavillion Kuala Lumpur (pemilik hak nama stesen). Selain itu, terdapat banyak hotel mewah di sekitar stesen ini antaranya JW Marriot Kuala Lumpur, Hotel Capitol Kuala Lumpur, Hotel Royal Kuala Lumpur, Hotel ParkRoyal Kuala Lumpur, Hotel Meliá Kuala Lumpur, Hotel The Federal Kuala Lumpur dan Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran adalah stesen AirAsia-Bukit Bintang dan pasar malam Jalan Alor.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, Plaza Sungei Wang, Lot 10, Stesen Monorel AirAsia-Bukit Bintang, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
B2
Platform
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Tun Razak Exchange)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
B3
Platform
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Merdeka)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan empat tingkat: aras tanah, aras legar dan dua aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]

Reka Bentuk Dalaman

[sunting | sunting sumber]

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Pavillon-Bukit Bintang telah diberi tema "Dinamik" dimana sebuah dinding setinggi empat tingkat di stesen ini dihiasi dengan geometri trapeziod dinamik dengan tona warna merah berbeza.[5]

Pertukaran

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di utara 8 AirAsia-Bukit Bintang. Walaupun terletak bersebelahan, tiada sambungan berbayar dibina antara dua stesen. Penumpang perlu membeli tiket baharu untuk menukar laluan MRT ke Monorel dan sebaliknya.

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 400, 420 dan 421 berkhidmat di utara stesen ini di Jalan Sultan Ismail. Bas GOKL laluan Hijau, Ungu dan Biru juga berkhidmat di hentian bas yang sama dimana hentian tersebut adalah hentian utama bagi rangkaian bas ini.

  1. ^ M. Hafidz Mahpar (11 Jul 2017). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  2. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  3. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  4. ^ "Pavillion Bukit Bintang — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  5. ^ Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). THE Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.