Timur Laut (Pulau Pinang)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Timur Laut Pulau Pinang)
Daerah Timur Laut
داٴيرە تيمور لاٴوت
வடகிழக்கு மாவட்ட
Timur Laut Pulau Pinang
东北县
Lokasi Daerah Timur Laut di dalam negeri Pulau Pinang
Lokasi Daerah Timur Laut di dalam negeri Pulau Pinang
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
PusatGeorge Town
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Pulau Pinang
Keluasan
 • Jumlah122.79 km2 (47.41 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah556,575
 • Kepadatan4,500/km2 (12,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diamalkan
Poskod
11xxx
Kod panggilan+604-2xxxxxx, 604-6xxxxxx, 604-8xxxxxx (talian tetap sahaja)
Awalan plat kenderaanP

Daerah Timur Laut ialah salah satu daripada lima daerah di Pulau Pinang. Ibu negeri Pulau Pinang, George Town, terletak di daerah ini. Daerah ini juga merupakan daerah paling maju dan paling ramai penduduk di Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah ini dibahagikan kepada enam mukim yang merangkumi beberapa bandar;[1]

Peta daerah Timur Laut

.

mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim 13 (Bukit Ayer Itam)
  2. Mukim 14 (Bukit Paya Terubong
  3. Mukim 15 (Ayer Itam)
  4. Mukim 16 (Paya Terubong)
  5. Mukim 17 (Batu Ferringi)
  6. Mukim 18 (Tanjong Tokong)
  7. Mukim 19 (Tanjung Santai)

bandar[sunting | sunting sumber]

  1. Bandar Ayer Itam
  2. Bandar Batu Ferringgi
  3. Bandar Bukit Bendera
  4. Bandar Glugor
  5. Bandar George Town
  6. Bandar Jelutong
  7. Bandar Tanjong Bungah
  8. Bandar Tanjong Tokong
  9. Bandar Tanjong Pinang

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991395,714—    
2000416,369+5.2%
2010510,996+22.7%
2020556,575+8.9%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Timur Laut ialah seramai 556,575 orang dengan kepadatan penduduk 4,403 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Timur Laut berbangsa Cina, dengan peratusan 64.5 peratus daripada jumlah penduduk.[2]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[2]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 121,900
Cina 324,943
India 51,520
Lain-lain 5,270
Bukan warganegara - 52,942
Jumlah 556,575

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Timur Laut. Terdapat sebanyak 110 buah sekolah di daerah ini;[3]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 29
Sekolah Jenis Kebangsaan 42
Sek. Keb. Pendidikan Khas 2
Sekolah Menengah Kebangsaan 30
Sek. Men. Kebangsaan Agama 2
Sekolah Menengah Agama 1
Sekolah Menengah Teknik 1
Sek. Men. Pendidikan Khas 1
Kolej Vokasional 1
Kolej Tingkatan 6 1

Daerah Timur Laut juga mempunyai 17 buah balai polis, lima balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Pulau Pinang" (PDF). Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. 2011. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  2. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ "Sekolah di PPD Timur Laut | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]