Pergi ke kandungan

Risotto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Risotto
Risotto cendawan panggang berlemak dari Italia
JenisHidangan nasi, first course Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianhidangan pembuka
Tempat asalItali
Suhu penghidanganpanas
Bahan utamaberas, kaldu, mentega, bawang
Bahan yang biasa digunakanBeras, mentega, Allium, Parmigiano-Reggiano, white wine, meat stock Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Risotto ([riˈzɔtto] daripada pengecilan kata Itali: riso "beras") ialah hidangan nasi khas dari masakan Itali Utara terutamanya Lombardia[1], Veneto[2] dan Piemonte[3] Beras dimasak dengan kaldu berasaskan daging, ikan atau sayuran sehingga lengkit dan berlemak menyerupai krim malah ditambah mentega, keju, wain, dan bawang. Risotto adalah cara paling lazim memasak nasi dalam kalangan masyarakat Itali.

Nasi ini biasanya disajikan sebelum hidangan utama.

Beras yang digunakan untuk memasak sajian nasi ini adalah beras putih berbutir sederhana atau kecil dengan kandungan kanji (amilopektin) tinggi serta rendah amilosa lalu memberikan rasa lebih melekit daripada jenis padi yang ada. Baka-baka padi yang utama ditanam di Itali adalah baka Arborio, Baldo, Carnaroli, Maratelli, Padano, Roma, dan Vialone Nano.[4] Baka-baka padi ini banyak bergantung kepada genangan air yang dialirkan dari Sungai Po.[5]

  1. ^ "Storia del risotto".
  2. ^ "Risoitto tra origini e storia molto ricche e le tante varianti per cucinarlo".
  3. ^ "Storia del risotto". risotti.it.
  4. ^ Green, Aliza (2006). Starting with Ingredients. Running Press. m/s. 810. ISBN 978-0-7624-2747-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-28.
  5. ^ Moens, Jonathan (21 Julai 2022). "Extreme drought threatens Italy's rice crops–and its beloved risotto". National Geographic. Dicapai pada 25 Julai 2022.