Pergi ke kandungan

Nasi ulam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nasi ulam (ناسي اولم) adalah hidangan nasi kukus dicampur dengan pelbagai herba, terutama daun pegaga atau sering digantikan dengan ruku-ruku, sayur-sayuran, rempah dan disertakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Hidangan ini adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai dalam Malaysia dan selatan Thailand . Nasi ulam di Malaysia terdiri daripada beras dimasak sejuk yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus, bawang dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain juga ditambah. Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur masuk.

Di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Nasi ulam di Malaysia berasal daripada Kedah terdiri daripada nasi yang dicampur dengan herba cincang seperti daun kaduk, pucuk gajus bawang dan pelbagai jenis ulam; lain-lain rempah seperti kerisik, Kelapa parut yang di sangai dan isi ikan goreng kemudian di gaul sebati.

Terdapat sejenis nasi ulam yang lazim di timur laut Semenanjung Malaysia digelar nasi kerabu di mana beras diwarnakan biru (hasil dari bunga telang sebelum dimasak.

Ada juga makanan di Utara Malaysia seperti Nasi lemak dan Nasi ulam tetapi bukan iaitu Nasi Lemuni.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]