Nasi bogana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nasi Bogana

Nasi Bogana atau Nasi Begana, ialah suatu hidangan nasi gaya Indonesia, berasal dari Tegal, Jawa Tengah. Ia biasanya dibalut dalam daun pisang dan dihidangkan dengan pelbagai hidangan sampingan.(Winneke 2009)[1]

Hidangan nasi ini adalah sejenis "nasi rames" atau nasi campur, yang adalah istilah digunakan untuk hidangan yang mempunyai nasi dan pelbagai hidangan sampingan.(Apriadji 2007, m/s. 7-11)[2]

Nasi Bogana adalah sangat masyhur di Indonesia dan dijual di sepanjang jalan-jalan Jakarta, ibu negara Indonesia, dengan harga 12,000 ke 20,000 Rupiah setiapnya. Ia dijual di hampir semua kedai makan Sunda atau Jawa dan kadang-kadang di Warung atau Warteg, sejenis kedai makan tradisional luar atau kafe.(Witton, 2003) [3] Ia juga dianggap sebuah hidangan mudah oleh kerana ia dibalut dalam daun pisang dan sedia untuk dibawa dan dimakan bila-bila masa. Ia juga dianggap sejenis makanan segera di mana ia dibawa ke tempat kerja untuk dimakan.(Erwin 2007, m/s. 82-86)[4]

Persediaan[sunting | sunting sumber]

Nasi Bogana disediakan dengan membentangkan daun pisang lebar di sebuah pinggan, dan memenuhinya dengan nasi. Di atas nasi, sehelai daun pisang lebih kecil dibentangkan dan hidangan tepi, kari ayam putih (opor ayam), dendeng, hati dan hempedal ayam goreng dalam cili dan kelapa, sambal cili, telur rebus "'pindang'", serunding dengan kacang, tempe goreng dan kacang panjang goreng diletak di suatu sisi sebagai lauk. Semua itu kemudian dibalut dan ditutupi dengan bahagian luar daun pisang. Tali plastik kemudian digunakan untuk mengetatkan bungkusan. Ia akibatnya diletak dalam sebuah pengukus untuk menetapkan suhu darjah panasnya dan bersedia untuk dikutip dan dimakan bila-bila masa.("Resep NASI BEGANA" 2007)[5] Waktu lain mereka hanya disediakan sebagai hidangan nasi tanpa daun pisang kerana hidangan ini telah menjadi sangat umum dan kedai makan tidak kisah pun untuk mengikut tradisi.

Penyediaan hidangan sampingan[sunting | sunting sumber]

Opor ayam biasanya disaji sebagai ketulan tanpa tulang. Ini biasanya dilakukan kerana mereka dapat membalutnya dalam daun pisang lebih mudah tanpa mengambil terlalu banyak ruang. Dendeng kadang-kadang diletakkan dalam suatu batang dan dimakan cara yang sama dengan satay. Telur rebus pindang dipotong dua dan hanya setengah disaji. Ini terpulang pada upacara. Serunding, hati dan hempedal ayam goreng dalam cili dan kelapa, sambal cili dan tempe goreng dan kacang panjang goreng disaji seringkali, satu sudu penuh mengelilingi nasi putih.("Resep NASI BEGANA" 2007)[5]

Tradisi dan budaya[sunting | sunting sumber]

Di Jawa, Nasi Bogana sering digunakan dalam perayaan khas seperti Perkahwinan, Ulang Tahun, tetapi ia sangat umum ditemukan di pengumpulan keluarga dan pengumpulan sosial (Arisan). Dalam perkahwinan, Nasi Bogana biasnaya mempunyai pondoknya sendiri di mana orang dapat memilih hidangan tepi mereka sendiri dan menambah kuah berlainan. Kebanyakan orang lebih suka Nasi Bogana untuk dimakan dengan keropok atau emping, dan sebagai akibat ia menjadi sebahagian dari hidangan tepi. Sesetengah orang juga suka sos tambahan seperti kicap manis dan sambal belacan. Minuman yang mereka ada sementara kebanyakan waktu teh hitam panas atau ais. (Apriadji 2001 p. 8)[2]

Pemakanan berkhasiat[sunting | sunting sumber]

Nasi Bogana mengandungi berjumlah protein dan karbohidrat dari daging dan nasi (Winneke 2009), tetapi juga mengandungi banyak lemak dan minyak ia menggunakan banyak kelapa dan minyak kelapa swait dalam persediaan hidangan tepi. Hampir semua hidangan tepi disediakan dengna goreng. Hidangan berlingkungan dari 1000-1600 kalori tiap khidmat. Ia hampir dianggap sebagai makanan segara. ("Resep NASI BEGANA" 2007)[5]

Jenis lain nasi uduk atau nasi rames[sunting | sunting sumber]

[6][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Winneke, Odilia. "detikFood: Nasi Bogana." Nasi Bogana, Sedap dan Komplet. 19 Mei 2009. Detikcom, Web. 24 Jan 2010. <http://food.detik.com/read/2009/05/19/112554/1133803/294/nasi-bogana-sedap-dan-komplet>.
  2. ^ a b Apriadji, Wied. Healthy Tumpeng - Hidangan Tumpeng. 1. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 2001. 7-11. Print.<http://books.google.com/books?id=kjsc9dAUnZUC&source=gbs_navlinks_s>. ISBN 9792234101
  3. ^ Witton, Patrick, and Mark Elliott. Indonesia. 7 illustrated. 1. Lonely Planet Publications, 2003. 106-112. Print.<http://books.google.com/books?id=dmDYLxcPDPoC&source=gbs_navlinks_s>. ISBN 1740591542
  4. ^ Erwin, Lilly. 100 PTM: Makanan Khas Daerah. Jakarta Selatan: Gramedia Pustaka Utama, 2007. 81-86. Print.<http://books.google.com/books?id=LIrFeMpsX24C&source=gbs_navlinks_s>. ISBN 9792238379
  5. ^ a b c "Resep NASI BEGANA." 15 OCT 2007. ERESEP.COM, Web. 24 Jan 2010. <http://www.eresep.com/1763/4/resep-masakan-NASI-BEGANA-recipes/>
  6. ^ (Habsari 2007, p.14-20)
  7. ^ Habsari, Rinto. Info boga Jakarta. Jakarta Selatan: Gramedia Pustaka Utama, 2007. Print.<http://books.google.com/books?id=zAQMZo8POkEC&source=gbs_navlinks_s> ISBN 9792228608