Onde-onde
![]() | |
Nama alternatif | Kuih Klepon |
---|---|
Tempat asal | Jawa, Indonesia[1][2] |
Dicipta oleh | orang Jawa dan orang Sunda |
Bahan utama | tepung pulut, gula melaka, kelapa parut |
![]() ![]() |
Onde-onde (Jawi: اوندي٢ , Sum., Sem. Mel.), klepon (Jawi: كليڤون , Jw.) atau buah melaka (Jawi: بواه ملاك )[3] merupakan sejenis hidangan yang sering dijumpai di Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Ia diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung beras pulut, manisan, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum)[4] yang dikukus sebelum bersalut kelapa parut.[5]
Asal[sunting | sunting sumber]
Berdasarkan sumber sejarah,[nyatakan menurut siapa?] kuih ini berasal dari masakan masyarakat pulau Jawa[1] [2] dalam rantau kepulauan Indonesia kini. Warnanya hijau ketika dibumbui dengan pasta yang terbuat dari pandan atau pohon naga , daunnya banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara.
Pembuatan[sunting | sunting sumber]
Dohnya diperbuat daripada tepung pulut yang adakalanya dicampur dengan ubi kayu. Doh ini diwarnakan dengan air perahan daun pandan wangi atau suji.[2]
Penyebaran[sunting | sunting sumber]
Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.
Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.
Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]
Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.
Galeri[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b 101 Kue Nusantara. Dapur Lestari. Puspa Swara. 2013. m/s. 57. ISBN 9786028453684.
- ^ a b c Geneeskundig tijdschrift voor Nederlandsch-Indië, Volume 75 (dalam bahasa Belanda). G. Kolff & Company. 1935.
- ^ Tan Bee Hong (22 June 2016). "Break fast with scenic view". New Straits Times. Dicapai pada 3 October 2016.
- ^ Jual 700 biji Akok Sehari. (dalam bahasa Bahasa Melayu)[pautan mati]
- ^ Heinz Von Holzen (2014). A New Approach to Indonesian Cooking. Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. m/s. 191. ISBN 9789814634953.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Onde-onde. |