Kampung Pasir Tuntung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Pasir Tuntung
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°17′11″N 101°17′40″E / 3.286371°N 101.29455°E / 3.286371; 101.29455Koordinat: 3°17′11″N 101°17′40″E / 3.286371°N 101.29455°E / 3.286371; 101.29455
NegaraMalaysia
DaerahKuala Selangor
MukimApi-api
Pentadbiran
 • PBT KawasanMajlis Perbandaran Kuala Selangor
 • Ketua kampungAmran Mohd Noor
 • Ahli Dewan Undangan NegeriJuwairiya Zulkifli
 • Ahli Parlimen Kuala SelangorDzulkefly Ahmad
Keluasan
 • Jumlah419.18 ha (1,035.82 ekar)
Penduduk
 (2016)[2]
 • Jumlah5,060
 • Kepadatan1,200/km2 (3,100/batu persegi)
 • Bilangan rumah
400
Poskod
45700

Kampung Pasir Tuntung (atau Kampung Pasir Tuntong) ialah sebuah kampung dibawah pentadbiran Mukim Api-Api dalam Daerah Kuala Selangor, Malaysia. Kawasan perkampungan ini mempunyai poskod terdiri iaitu 45700 Bukit Rotan.[3] Kawasan petempatan ini bersempadan dengan Taman Selesa, Kuala Sungai Buloh, Taman Aman, Komersial Taman Pari dan Assam Jawa.[4] Kampung Pasir Tuntung diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).[5]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan laman web Smart Desa Selangor, Kampung Pasir Tuntung mempunyai jumlah penduduk seramai 5,060 orang yang terdiri dari tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina serta India.[2] Bilangan pendapatan isi rumah di kampung ini ialah sebanyak RM1001 hingga RM2000. Aktiviti ekonomi di Kampung Pasir Tuntung yang dijalankan oleh penduduk ialah pertanian, penternakan haiwan, akuakultur, serta penjualan produk Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS).[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Menurut Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035, Kampung Pasir Tuntung tergolong dalam lingkungan zon penampan satu kilometer.[6] Kawasan ini mempunyai keluasan sebanyak 419.18 hektar (4.1918 km2).[5]

Guna tanah[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah guna tanah di Kampung Pasir Tuntung.[1]

No. Item Luas (hektar) Peratus
1 Kediaman 34.29 8.18
2 Komersial 1.72 0.41
3 Industri 11.02 2.63
4 Infrastruktur 0.87 0.21
5 Institusi 0.81 0.19
6 Pengangkutan 64.38 15.36
7 Perhutanan 0.01 0.00
8 Tanah lapang 4.64 1.11
9 Tanah kosong 0 1.11
10 Pertanian 297.76 71.91
11 Perternakan 0 0.0
12 Air 0 0.0
Jumlah Tidak berkaitan 415.51 100.00

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Asas[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua buah tadika dibina di Kampung Pasir Tuntung.[1] Kawasan perkampungan ini mempunyai satu buah surau kecil iaitu Surau Al-Ikhwan yang terletak di Batu 22¼ di Laluan Persekutuan Malaysia 5 dan di dekat persimpangan menuju ke Taman Aman. Surau ini terletak dibawah kariah masjid, Masjid Jamiul Huda yang terletak di Kampung Api-Api.[7]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Terdapat cadangan untuk pemasangan lampu jalan berjenis LED dan solar di sekitar jalan raya di Kampung Pasir Tuntung. Selain itu, terdapat cadangan untuk membina sebuah klinik desa, sebuah perpustakaan desa serta perkidmatan hotspot Wifi Smart Selangor percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa kini, Kampung Pasir Tuntung, hanya mempunyai balai raya yang terletak di hadapan Jalan Kapar .[1] Hampir setiap rumah penduduk mempunyai kemudahan elektrik dan air yang lengkap.[1] Walaubagaimanapun, terdapat cadangan untuk menaiktaraf sistem bekalan air dan sistem pembetungan di kawasan ini.[8]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kenderaan bermotor[sunting | sunting sumber]

Laluan Persekutuan Malaysia 5 ialah jalan raya utama penduduk setempat.

Perkidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas Wawasan Sutera laluan 740 berkhidmat di sekitar kawasan Kampung Pasir Tuntung.[9]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Pasir Tuntung terletak di bawah seliaan Penghulu Mukim Api-Api. Kawasan perkampungan ini dipimpin oleh seorang ketua kampung yang bertangungjawab unuk menjaga keselamatan serta ketenteraman penduduk di setiap kawasan kampung tersebut; pemegang jawatan terkini bagi jawatan tersebut ialah Amran Mohd Noor.[1] Dari segi politik, kawasan perkampungan ini berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor, Bukit Melawati yang kini dipimpin oleh Juwairiya Zulkifli sejak tahun 2018 lagi yang dari Parti Pakatan Harapan manakala untuk di Dewan Rakyat, kawasan ini berada di dalam Kuala Selangor.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Kerajaan Negeri Selangor. "Profail Kampung". Smart Desa Selangor. Shah Alam: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  2. ^ a b Kajian Perancangan Fizikal Desa Negeri Selangor 2016. Bahagian Pembangunan, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  3. ^ "Kampung Pasir Tuntung (KM 36)". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Carian Poskod Malaysia. Dicapai pada 25 Mac 2021.
  4. ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". Malaysia Geospatial Online Services. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 5, 2021. Dicapai pada April 12, 2021.
  5. ^ a b Norfarhani binti Mariani (22 Oktober 2018). "Senarai Kampung Mengikut Daerah di Selangor". data.gov.my. Kerajaan Negeri Selangor. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035. m/s 6.1-3
  7. ^ "Masjid Jamiul Huda". Portal Pengurusan Masjid Selangor. Jabatan Agama Islam Selangor. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-11. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  8. ^ Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035. m/s 6.1-3
  9. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan 740". Moovit. 1 Dis 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-30. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  10. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.

Sumber[sunting | sunting sumber]