Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Sultan Perak ke-XXXIV
Pemerintahan 3 Februari 1984 - 28 Mei 2014
Pendahulu Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah
Pengganti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah
Pasangan Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali (k. 1955-2014)
Anakanda
Raja Nazrin Shah
Raja Azureen
Almarhum Raja Ashman Shah
Raja Eleena
Raja Yong Sofia
Nama penuh
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Kediaman Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak
Ayahanda Sultan Yussuf Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah
Bonda Toh Puan Hatijah binti Dato’ Seri Wangsa Ahmad
Keputeraan 19 April 1928(1928-04-19)
Batu Gajah, Perak, Negeri Melayu Bersekutu, British Malaya
Kemangkatan 28 Mei 2014 (umur 86)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Dimakamkan 29 Mei 2014
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Agama Islam
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-IX
Tempoh pemerintahan 26 April 1989 - 25 April 1994
Didahului oleh Sultan Iskandar Johor
Diikuti oleh Tuanku Ja'afar Negeri Sembilan
Sultan Azlan Shah Ketika Muda Berusia 21 Tahun

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah Sultan Perak Darul Ridzuan ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Baginda diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Pertabalan Sultan[sunting | sunting sumber]

  • 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.
  • 3 Februari 1984 baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.
  • 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 . Istiadat Pertabalan pada 9 Disember 1985 ditabalkan sebagai Sultan Perak secara rasmi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
  • Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
  • Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
  • Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
  • Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • 1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
  • 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
  • 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
  • 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.

Kurniaan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Sumbangan/Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
  • Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai 1986.
  • Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Gadjah Mada, Jakarta, Indonesia pada 28 September 1990
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
  • Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
  • Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.

Sukan[sunting | sunting sumber]

  • Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
  • Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
  • Presiden Hoki Asia
  • Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
  • Amat berminat dalam sukan golf.
  • Mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh pada 1983. Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.
  • Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
  • sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’ .
  • Selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia , spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania borneensis n.sp.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali, dikurniakan 2 putera dan 3 puteri.

  1. Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University dan Ijazah Sarjana Political Economy and Government daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
  2. Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957. Raja Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada London Business School, University of London, England.Raja Azureen berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’ lsmail.
  3. Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 Beliau telah dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010. Raja Ashman Shah memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-undang daripadaa Cambridge University; Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma Undang-undang Perniagaan, University of London, England. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.
  4. Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada University of London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi Malaysia.
  5. Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran daripada London’s lnternational University, England. Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd. Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel Rijaludin pada 5 Disember1987.

Ketua Hakim Negara[sunting | sunting sumber]

Pada 12 November 1982 , Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 selepas Tun Mohamad Suffian Hashim bersara pada 12 November 1982. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.[1]

Sultan Perak[sunting | sunting sumber]

Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz

Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi

Sambutan Jubli Perak[sunting | sunting sumber]

Baginda telah memperkenankan untuk diadakan sambutan jubli perak yang menandakan 25 tahun baginda memerintah negeri. Sambutan ini dimulakan pada 3 Februari 2009 dan mengikut pada keadaan ekonomi semasa, baginda mahukan sambutan ini dilakukan pada tahap yang sederhana.

Sambutan ini lebih menumpukan kepada kesyukuran, kepentingan ilmu dan pendidikan, pertalian rapat baginda dengan rakyat jelata, penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat kepada Sultan serta kepada mereka yang berkorban untuk Raja dan negara, penghargaan kepada semangat yang terjalin antara Ketua Negeri dan Kerajaan Pusat.

Program yang telah diperkenankan ialah kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil di Masjid Ubudian, Kuala Kangsar pada 2 Februari dan istiadat perbarisan di Istana Iskandariah pada keesokannya. Satu majlis istiadat penganugerahan pingat khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 orang penerima dan pembacaan watikah ikrar taat setia juga diadakan di Balairung Seri Istana Iskandariah. Pada tengah harinya, pelancaran setem peringatan Jubli Perak diadakan di Majlis Bandaraya Ipoh.

Pada 10 Februari pula, Sultan dijadualkan bakal menghadiri Program Bersama Rakyat di Batu Gajah, Perak, tempat baginda diputerakan dan menerima pendidikan awal. Sultan Azlan Shah juga akan menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah lama baginda.

Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah pada 14 Februari. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang DiPertua-Dipertua Negeri dan Sultan Brunei Darussalam telah dijemput ke Santapan Diraja tersebut. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga dijemput.

Demi tidak membebankan kerajaan, Sultan dengan murah hati akan mengeluarkan biaya keluarga diraja untuk sambutan kali ini. Baginda juga merupakan sultan keempat yang menyambut pemerintahan yang ke-25 tahun. Sebelum baginda, Paduka Seri Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua yang memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak ke-11 yang memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Paduka Seri Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I, Sultan Perak ke-29 yang memerintah selama 29 tahun (1887-1916).

Yang di-Pertuan Agong IX[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Jalan Istana, Kuala Lumpur, Malaysia. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin Mohamad dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Haji Abdul Hamid Omar.[2]

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-146 pada 2 Mac 1989 dipengerusikan oleh Sultan Selangor memutuskan Sultan Azlan dari Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9.

Krisis Perlembagaan Negeri Perak[sunting | sunting sumber]

Ketika Perak sedang bergembira dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak pada 2009, negeri Perak telah dilanda krisis politik yang melibatkan peralihan 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri dari barisan kerajaan negeri yang menyebabkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak mempunyai majoriti yang cukup.

Baginda selaku ketua negeri telah memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan untuk penukaran kerajaan tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri walaupun telah dipohon oleh Menteri Besar Perak sendiri. Perlakuan baginda ini adalah menurut perlembagaan.

Dengan itu, dalam menangani krisis pentadbiran kerajaan Negeri Perak, baginda telah mempraktikkan keputusan menurut peraturan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional apabila baginda mengesahkan dengan menemu-bual setiap seorang wakil BN dan wakil Bebas mengenai pendirian mereka. Selain itu baginda membuat keputusan berdasarkan perlembagaan negeri Perak yang menyatakan Menteri Besar perlu mendapat sokongan majoriti. Selain itu, keputusan mengenepikan surat letak jawatan tiga orang ADUN itu bedasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes yang serupa, yang menetapkan bahawa surat yang ditandatangan lebih awal (presign letter) tidak sah. [3][4]

Maka, mengikut 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan;

  1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
  2. Menteri Besar tersebut hendaklah meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "hendaklah" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
  3. Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan Menteri Besar. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2)(b) untuk baginda menggunakan budi bicaranya.

Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada pada dri baginda adalah bukan sekadar untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila Menteri Besar membuat permintaan untuk pembubaran pada bila-bila masa.

Kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Sultan Azlan Shah mangkat pada 28 Mei 2014 pukul 1:30 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana gering pada usia 86 tahun. Jenazahnya telah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan berhampiran Masjid Diraja Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar selepas Solat Asar pada 29 Mei 2014 dan Baginda bergelar Marhum Al-Maghfurlah.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Arkib Negara Malaysia
  2. Arkib Negara Malaysia
  3. The SUN 5 February 2009.
  4. It's Futile To Challenge EC's Decision, Say Lawyers.
  5. "Sultan Azlan Shah arif bidang kehakiman". Sinar Harian. Bernama. 28 Mei 2014. Diperoleh pada 28 Mei 2014. 
Didahului oleh
Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
(Johor)
Yang di-Pertuan Agong
1989-1994
Diikuti oleh:
Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abdul Rahman
(Negeri Sembilan)
Didahului oleh
Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah
Sultan Perak
1984–2014
Diikuti oleh:
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah