AF2013 (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AF2013
Album studio oleh
Dilancarkan pada
18 November 2013
GenrePop
SyarikatMeasat Broadcast Network Systems Sdn Bhd
PenerbitRaqim Ahmad
Kronologi Artis-artis Akademi Fantasia Musim 10
Bintang AF9
(2011)
AF2013
(2013)
AF2014 Hits
(2014)

AF2013 adalah sebuah album studio yang memuatkan 7 buah lagu nyanyian 7 peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia Musim 10 yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan seterusnya[1]. Ia memuatkan lagu-lagu pop yang dicipta oleh komposer terkenal baru dan lama seperti Faizal Tahir, Omar K, dan AG Coco. Ia juga mendapat sentuhan dalam susunan muzik oleh tenaga pengajar Akademi Fantasia sendiri iaitu Genervie Kam dan Melly Goeslaw. Album ini juga menyaksikan buat pertama kali AF menerima lagu baru ciptaan bekas peserta musim terdahulu untuk diberikan kepada pelajar baru. Lagu itu adalah lagu "Sepasang Sayap" yang dicipta oleh bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 9, Amir Jahari. Ironinya, Amir pernah digugurkan daripada pertandingan ini dalam musim lalu.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulisKomposer Masa
1. "Hentian Terakhir" (Azhael)AltimetDamian Mikhail 3:36
2. "Mimpi" (Aisyah)Faizal Tahir, Omar KFaizal Tahir, Omar K 4:15
3. "Sepasang Sayap" (Faizul)Amir JahariAmir Jahari, AG Coco 4:09
4. "Percayalah" (Indah)Mohd AtlasAiman 4:13
5. "Di Sana Di Sini" (Suhada)ZimiZimi, Aiman 3:06
6. "Katakan Saja" (Nabila)Habsah KhamisZul Mahat 4:23
7. "Sesaat Untukku" (Amira)Erda EEKeroz Nazri 4:02

Anugerah & pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya dicalonkan Keputusan
2014 Anugerah Planet Muzik 2014 Artis Baru Lelaki Terbaik Faizul "Sepasang Sayap" Tercalon
Lagu Terbaik (Malaysia) Tercalon
Artis Baru Wanita Terbaik Aisyah "Mimpi" Tercalon
Kolaborasi Terbaik (Lagu) Menang
Artis Singapura Paling Popular Tercalon
2015 Anugerah Juara Lagu ke-29 N/A Indah "Percayalah" Tercalon

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan lagu gagal menduduki carta teratas ekoran rating rendah yang diterima ketika musim ke-10 ditayangkan, namun "Sepasang Sayap", "Percayalah" dan "Mimpi" berjaya dicalonkan dalam beberapa majlis anugerah. "Mimpi" berjaya memenangi lagu kolaborasi terbaik di Anugerah Planet Muzik.