Adrian Teh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Adrian Teh Kean Kok)
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Teh.
Adrian Teh
KelahiranAdrian Teh Kean Kok
1984 (umur 34–35)
Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanPengarah Filem
Penerbit Eksekutif
C.E.O
Tahun aktif2010–kini
Karya terkenal Balistik
PASKAL The Movie

Adrian Teh Kean Kok (lahir 1984) ialah penerbit dan pengarah filem di Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Adrian Teh merupakan penerbit eksekutif kepada Ice Kacang Puppy Love dan pada 2010, beliau mengarah filem pertamanya iaitu Lelio Popo.

Pada tahun 2012, Teh mengarah satu lagi filem, The Wedding Diary yang dibintangi oleh Ah-Niu (pelawak tempatan), pelakon Hong Kong iaitu Elanne Kong dan Kara Hui. Pada 2014, beliau menjadi penerbit eksekutif kepada Hungry Ghost Ritual di bawah arahan pelakon Hong Kong, Nick Cheung.

Pada tahun 2014, Adrian mengarahkan filem komedi King Mahjong, yang dibintangi oleh pelakon dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Adrian juga Pengerusi Persatuan Filem Cina Malaysia (CFAM), dan persatuan itu telah menganjurkan anugerah filem Cina pertama - Anugerah Golden Wau pada tahun 2013. Beliau berharap untuk meningkatkan kualiti filem tempatan China dan beliau juga adalah 3 finalis pada 2013 bagi kategori Ten Outstanding Young Malaysian Awards.[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Pelakon Peranan
2010 Ice Kacang Puppy Love Ah-Niu, Angelica Lee Penerbit Eksekutif
2010 Lelio Popo KK Wong, Luke Pengarah
2012 The Golden Couple Mike He, Fiona Xie Penerbit Eksekutif
2012 The Wedding Diary Ah-Niu, Elanne Kong, Kara Hui Pengarah
2013 The Wedding Diary 2 Ah-Niu, Elanne Kong, Kara Wai Pengarah
2014 Balistik Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini, Jack Lim Penerbit Eksekutif
2014 The Great Lion Kun Seng Keng[2] Alan Ko, Thomas Kok, Henley Hii Penerbit Eksekutif
2014 Hungry Ghost Ritual Nick Cheung, Annie Liu, Carrie Ng Penerbit Eksekutif
2015 The Noise Lenna Lim, Phoebe Huang Pengarah
2015 King of Mahjong Chapman To, Mark Lee (Pelakon Singapura), Michelle Ye Pengarah
2016 Let's Eat[3] Chapman To, Aimee Chan Penerbit Eksekutif
2018 PASKAL The Movie Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufik Hanafi Pengarah Dan Penerbit Eksekutif
2019 Wira Hairul Azreen Pengarah

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2018 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik Paskal Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Adrian Teh JCI TOYM Awards 2013". www.toym.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 2016-01-12. Dicapai 2016-01-11. 
  2. ^ "Award-winning Lion Dance troupe's roaring success - News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai 2016-01-11. 
  3. ^ Movies - MY

Pautan luar[sunting | sunting sumber]