Noor Azmi Ghazali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Noor Azmi Ghazali

DPMP (Prk): AP
Timbalan Menteri Kesihatan I
Memegang jawatan
30 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang
(Timbalan II)
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriKhairy Jamaluddin
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang
(Timbalan II)
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Dato' Sri Dr. Adham Baba
Didahului olehYang Berhormat Dr. Lee Boon Chye
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bagan Serai, Perak
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Didahului olehMohsin Fadzli Samsuri (BEBAS)
Majoriti1,140 (2013)
172 (2018)
Pengerusi
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Dalam jawatan
12 Oktober 2016 – 11 Oktober 2018
MenteriFadillah Yusof
Baru Bian
Didahului olehAhmad Hamzah
Digantikan olehDato' Sri Zohari bin Haji Akob
Butiran peribadi
LahirNoor Azmi bin Ghazali
(1960-11-28) 28 November 1960 (umur 60)
Bagan Serai, Perak, Malaya (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikUMNO (Malaysia).svg UMNO (sehingga 2018)
Bendera BERSATU.svg PPBM (2018-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png BN (sehingga 2018)
Pakatan Harapan Logo.svg PH (2018-2020)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-kini)
PasanganDatin Siti Norizah Bachik
KediamanBagan Serai, Perak, Malaysia
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor
GajiRM45,347.65 sebulan[1]
Nilai bersihRM2.5 ke 5 juta[1]

YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi Ghazali (lahir 28 November 1960) adalah Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak dari parti BERSATU[2] dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan I bermula pada 10 Mac 2020. Sebelum ini, beliau adalah ahli politik UMNO. Sebelum ini, beliau adalah ahli politik UMNO dan memegang kerusi Bagan Serai sejak 2013 lagi.

Beliau juga pernah dilantik Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia selama tiga tahun.

Dilahirkan pada 28 November 1961 di Kuala Sepetang Taiping, beliau merupakan seorang doktor.

Mendapat pendidikan di SMK King Edward VII, Taiping dan telah melanjutkan pengajian dalam Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Malaya (UM).

Selepas menjadi doktor pelatih di Hospital Taiping pada tahun 1986, beliau telah bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Changkat, Hospital Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1988 hingga 1991.

Setelah itu, beliau telah menubuhkan rangkaian kliniknya, Poliklinik Hidayah di Bagan Serai dan Parit Buntar,Perak.

Beliau merupakan Pengarah Urusan bagi Hidayah Medic Sdn. Bhd dan telah berkahwin dengan Datin Dr Siti Norizah Bachik.

Selain aktif dalam dunia politik, beliau turut menyumbang khidmat masyarakat antaranya, dilantik Pengerusi Pembangunan Pertanian Bagan Serai tahun 2014 hingga 2018, Pengerusi Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kerian, Pengerusi KRT Bagan Serai Timur dan Pengerusi Jawatan Alam Sekitar Local Agenda 21 Kerian pada tahun 2000.

Selain itu, beliau juga diberi amanah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Foresty Research and Development Board (MFRDB) tahun 2015 hingga 2018.

Bukan itu sahaja, Dr Noor Azmi juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Institut Jantung Negara (IJN) selama tiga tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 17,220 undian ketika menentang Rohaya Bakar daripada parti Pas yang mendapat 17,048 undi. Majoriti undi sebanyak 172.

Kerjaya:

  • Timbalan Menteri Kesihatan I (10 Mac 2020 hingga kini)
  • Ahli Parlimen Bagan Serai (2013 hingga kini)
  • Pengarah Urusan Hidayah Medic Sdn. Bhd
  • Pegawai perubatan di Hospital Changkat, Hospital Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur (1988 hingga 1991)
  • Doktor pelatih di Hospital Taiping (1986)

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Pengerusi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (2016 hingga 2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah MFRDB (2015 hingga 2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah IJN (2015 hingga 2018)
  • Ahli Lembaga Pengarah UniKL-RCMP (2015 hingga 2018)

Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan:

  • Pengerusi Pembangunan Pertanian Bagan Serai (2014 hingga 2018)
  • Pengerusi KRT Bagan Serai Timur (1996 hingga 2013)
  • Pengerusi Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kerian (2000 hingga 2002)
  • Pengerusi Jawatan Alam Sekitar Local Agenda 21 Kerian (2000)

Pendidikan:

Pencapaian akademik:

  • Ijazah Kedoktoran (PhD) UM
  • SMK King Edward VII, Taiping

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parliament of Malaysia
Tahun Kawasan pilihan raya Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2013 Bagan Serai Noor Azmi Ghazali (UMNO-BN) 23,014 50.90% Mohd Nor R. M. Monutty (PKR) 21,874 48.38% 46,386 1,140 84.66%
Abd Latiff Mas'ud (BEBAS) 329 0.73%
2018 Noor Azmi Ghazali (UMNO-BN) 17,220 36.44% Rohaya Bakar (PAS) 17,048 36.08% 48,381 172 81.60%
Adam Asmuni (PPBM) 12,987 27.48%

Kehormatan[sunting | sunting sumber]

  •  Perak :
    • MY-PERA Order of the Perak State Crown - lower classes.svg Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato' (2016)[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ Dr Noor Azmi, 4 Senator sertai BERSATU
  3. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 25 October 2018.
  4. ^ "Sultan of Perak's 60th Birthday Honours List". The Star. 5 November 2016. Dicapai pada 29 November 2018.