Bukit Chawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bukit Chawi merupakan kawasan penempatan semula pesawah padi dan sebilangan penduduk di tebing Sungai Perak. Bukit Chawi sebahagian daripada Seberang Perak. Pada asalnya Bukit Chawi dikenali dengan nama Stesen 3. Rumah rumah penduduk didirikan di tapak tanah sawah mereka. Keadaan ini menyebabkan taburan rumah terlalu jauh antara satu dengan yang lain . Kemudahan awam seperti jalan raya, bekalan air, elektrik , kedai , koperasi , kilang padi sukar didirikan . Pada awalnya ramai yang ragu dengan cadangan dan rancangan kerajaan ketika itu. Ada yang dapat tapak rumah dan ada yang tidak dapat.

Pada mulanya pelajar-pelajar sekolah rendah di sini belajar di Sekolah Kebangsaan Air Mati. Kemudian sebuah sekolah rendah dan sebuah masjid telah dibina di sini. Kilang anak patung 'Mattel' juga pernah beroperasi di sini.

Bukit Chawi bolehlah dikatakan dimajukan oleh Datu Seri Megat Junid Megat Ayob yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu (1983). Beliau menjadi ketua cawangan UMNO Bukit Chawi. Ketika itu sawah padi di Blok A , Blok C dan Blok D hendak diswastakan kepada syarikat Alinan daripada Langkap, Perak. Sawah padi terbiar kerana tanah tidak rata, ancaman tikus , burung , cenangau, bena perang dan lain-lain. Syarikat Alinan (Cina) mendapat bantuan daripada PBB berjumlah RM2 juta . Wartawan Berita Harian Zainuddin Ayib membuat laporan bersiri tentang penswastaan sawah padi ketika itu.

Antara penduduk terawal di sini ialah Raja Yit , Abdul Ghaffar Mat Akkad, Ghazali Kapal, Shafie bin Omar, Shafie bin Hashim dan lain-lain. Mereka merupakan penduduk yang pindah dari Kampung Padang, Kuala Parit, Kampung Air Mati, Bandar Tua,Pasir Jenderis dan lain-lain.