Guar Perahu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Guar Perahu terletak di Kubang Semang, Seberang Perai, Pulau Pinang. Dalam pilihan raya, Guar Perahu termasuk dalam parlimen Permatang Pauh. Lokasi berhampiran ialah Kuala Mengkuang, Telok Wang, Mengkuang, Sungai Lembu, Penanti, Kubang Ulu, Sungai Semambu dan Tanah Liat.

Antara tokoh dari sini ialah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dan datuknya Penghulu Abdullah bin Din.

Antara kemudahan awam yang terdapat di sini ialah Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Masjid Guar Perahu, Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Masjid Taman Guar Perahu, Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah, Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil, Sekolah Kebangsaan Seri Impian.