Nelissa Nizam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Drama
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Filem
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28: Baris 28:


==Filemografi==
==Filemografi==

===Filem===
{| class="wikitable"
! Tahun
! Tajuk
! Watak
! Catatan
|-
| 2017
! ''[[Tombiruo: Penunggu Rimba]]''
| Tobugi
| Filem pertama
|-
| 2018
! ''[[Polis EVO 2]]''
| Ain
|
|-
| 2021
! ''[[Belaban Hidup: Infeksi Zombie]]''
| Ayu
|
|-
| rowspan="2"|2022
! ''[[The Disappearance of Irdina Adhwa]]''
| Yana
|
|-
! ''[[Ada Hantu 2]]''
| Nenek Badariah
|
|-
|}


===Televisyen===
===Televisyen===

Semakan pada 14:48, 24 Jun 2023

Nelissa Nizam
Kelahiran
Nelissa Edreena binti Nizam

(1998-01-04) 4 Januari 1998 (umur 26)
Nama lainNelissa Edreena
PendidikanIjazah Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2016–kini

Nelissa Edreena Nizam (lahir 4 Januari 1998) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonan sejak 2016 dan telah membintangi puluhan drama TV, namun beliau paling dikenali menerusi watak Maria dalam Budak Tebing 2.[3][4] Selain itu, beliau turut bergiat aktif bersama kumpulan The Gadys.[5]

Kerjaya

Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nelissa Nizam memulakan kerjaya lakonan atas desakan ibunya yang merupakan pemilik agensi pelakon iklan komersial.[3] Di awal kerjaya lakonannya, beliau dikreditkan di bawah nama sebenarnya, Nelissa Edreena. Drama pertama lakonannya ialah Dia Semanis Honey arahan Michael Ang yang dibintangi oleh Siti Nordiana dan Alif Satar dengan memegang watak sebagai Dahlia.[3][6]

Selepas Dia Semanis Honey, Nelissa berlakon dalam drama Dendam Aurora dengan melakonkan watak sebagai Rossa dan Samudera Rindu sebagai Eliza. Sejak itu, beliau berlakon dalam beberapa lagi siri drama TV termasuk Isteri Bukan Untuk Disewa, Perempuan Paling Bahagia dan Senafas Rindu. Pada tahun 2017, Nelissa menjadi salah seorang daripada 10 peserta Pertandingan Pencarian Gadis Panca 2017, yang turut disertai oleh Silfeny Osman dan Nynaa Harizal.[7] Peranan lakonan di layar lebar hadir apabila beliau membintangi filem pertamanya, Tombiruo: Penunggu Rimba (2017) yang mana beliau berlakon bersama pelakon bertaraf A-list seperti Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda, ini kemudian diikuti oleh Polis EVO 2 (2018).

Pada tahun 2019, beliau mencuba nasib dengan menghadiri sesi uji bakat Dewi Remaja 2018/2019 namun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila tidak terpilih sebagai peserta.[8] Nelissa kemudian menjadi salah seorang daripada 10 peserta pertandingan The Next Malaysian Star musim pertama yang turut disertai oleh Syazlin Zainal. Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi watak lakonannya sebagai Maria dalam drama Budak Tebing 2 lakonan bersama Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana dan Bella Dowanna.[9][10] Nelissa kemudian berlakon dalam filem The Disappearance of Irdina Adhwa (2021) arahan Kyle A. Halim yang mana beliau melakonkan watak Yana. Dalam temubual bersama Berita Harian, beliau berkata: "...Inilah kali pertama saya diberikan watak penting. Selama ini, saya hanya melakonkan watak pembantu dan sampingan. Jadi, tawaran Kyle ini sesuatu sangat bermakna untuk portfolio kerjaya seni. Ini kerana akhirnya ada juga penerbit yakin dengan kemampuan dan bakat saya".[11]

Nelissa turut bergiat aktif dalam bidang muzik dengan menyertai kumpulan The Gadys yang turut dianggotai oleh Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini. Kumpulan ini muncul dengan single sulung, bertajuk "Gadys Raya" yang dikeluarkan pada 8 April 2022.[12]

Beliau menjadi pelakon utama bersama Zul Ariffin dalam drama Tarik Aku Ke Syurga untuk siaran di Slot Samarinda TV3 yang mana beliau memegang watak sebagai Zara Adelia. Drama ini menandakan kali pertama beliau memegang watak utama.[13][14][15] Selepas Tarik Aku Ke Syurga, Nelissa menjadi salah seorang pelakon utama drama Cinta Hilang Kata di Astro Prima yang mana beliau melakonkan watak Sabby.

Kehidupan peribadi

Nelissa dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan dibesarkan oleh ibunya yang berstatus ibu tunggal.[3] Beliau ialah pelajar jurusan Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[3]

Filemografi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Ujian Menantu Dirinya sendiri Awesome TV Episod 2 bersama Fify Azmi

Diskografi

Single
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2022 "Gadys Raya" The Gadys
"Gelek Jambu"
2023 "Gadis dan Bunga"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

  1. ^ "Biodata Nelissa Nizam Pelakon Drama Jalan Sesat Ke Syurga". Oh Hiburan. 8 April 2020. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  2. ^ Wawann Mohd (15 Mei 2022). "Semakin dikenali, Nelissa Nizam bangga usaha keras membuahkan hasil". Sinar Harian. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  3. ^ a b c d e Ridzuan Abdul Rahman (16 Julai 2021). "Nelissa buat sehabis baik". Harian Metro. Dicapai pada 17 Julai 2021.
  4. ^ Nor Emira Saizali (26 Februari 2022). "Enam tahun Nelissa Nizam tunggu jadi heroin". Kosmo!. Dicapai pada 12 Mac 2022.
  5. ^ Zaara Talita (15 Jun 2022). "Rebut peluang sebaik mungkin". Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2022.
  6. ^ "Nelissa making a name for herself after six years" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 16 Jun 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  7. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (3 November 2017). "10 jelitawan mara ke peringkat akhir Gadis Panca 2017". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2017. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  8. ^ Noor Ain Norman (14 September 2019). "Pelakon drama Isteri Untuk Disewa & Senafas Rindu, Nelissa Nizam cuba nasib di uji bakat Dewi Remaja 2018/2019". Remaja. Dicapai pada 17 Julai 2020.
  9. ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 Julai 2021). "Lalu-lalang depan kamera". Harian Metro. Dicapai pada 24 Julai 2021.
  10. ^ "Nelissa Nizam mendaki carta". MYKMU. 1 Ogos 2022. Dicapai pada 13 November 2022.
  11. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (19 Februari 2022). "Nelissa jawab tuduhan aksi terlebih mesra". Berita Harian. Dicapai pada 27 Mei 2022.
  12. ^ Ridzuan Abdul Rahman (9 April 2022). "The Gadys tak sabar". Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2022.
  13. ^ "Adegan mesra dengan Zul, hanya untuk promosi drama". Kosmo!. 26 Februari 2022. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  14. ^ Alif Fadli Mohd Sori (10 Julai 2022). "Tak layak? Enam tahun saya struggle – Nelissa Nizam". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  15. ^ Ridzuan Abdul Rahman (1 Ogos 2022). "Impak watak lemah lembut". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.

Pautan luar