7 Perhentian: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mohdaqifdanielz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27: Baris 27:


==Pelakon==
==Pelakon==
[[Fail:farid kamil.jpg|thumb|right|Farid Kamil memegang watak sebagai Amir dalam filem ini.]]
#[[Erra Fazira]]
#[[Erra Fazira]]
#[[Farid Kamil]]
#[[Farid Kamil]]

Semakan pada 17:30, 19 Jun 2016

Tujuh Perhentian
PengarahA. Razak Mohaideen
PenulisAzhari Zain (lakon layar)
Saniboey M. Ismail (skrip)
A. Razak Mohaideen (konsep)
Dihasilkan olehDavid Teo
DibintangiErra Fazira
Farid Kamil
Diedarkan olehMetrowealth Movies Production
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

7 Perhentian ialah filem Malaysia yang ditayangkan di pawagam pada 14 November 2004. Diarahkan oleh Profesor Madya A. Razak Mohaideen, filem ini menampilkan oleh Erra Fazira dan Farid Kamil sebagai watak utama. Skrip filem ini terpaksa dipinda setelah mendapat bantahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerana dikatakan mengandungi unsur tahyul apabila menunjukkan perhubungan roh dengan manusia.

Filem ini ditayangkan serentak dengan filem I Know What You Did Last Raya (2004) pada Hari Raya Aidilfitri.

Sinopsis

Templat:Spoiler

Amir ialah seorang CEO di sebuah syarikat kurier. Dia mengalami masalah besar apabila barang kurier berharga RM150,000 didapati hilang. Ini menyebabkan Amir mengalami kerugian dan menyebabkan syarikat yang dibukanya bersama isterinya itu jatuh ke tangan rakan kongsi mereka. Lebih mengecewakan, isterinya Mira tidak pernah memberi kata semangat sebaliknya memperkecil-kecilkan Amir dan sering saja mencari punca bertikam lidah.

Pada suatu hari Amir bertekad untuk meninggalkan rumah bagi mencari ketenangan. Amir memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru melalui tujuh perhentian lebuh raya iaitu Nilai, Seremban, Air Keroh, Mahcap, Pulai, Yong Peng dan Skudai. Sewaktu di perhentian pertama dia berkenalan dengan seorang gadis jelita bernama Sue. Dalam masa yang singkat Amir telah jatuh cinta pada Sue, kerana Sue memiliki kualiti yang tidak pernah dimiliki isterinya. Namun, ketika mereka hampir sampai ke perhentian ke tujuh, suatu halangan datang menduga. Amir akhirnya mengetahui bahawa Sue, gadis yang dicintainya itu sudah meninggal dunia, dua hari lalu!

Pelakon

Farid Kamil memegang watak sebagai Amir dalam filem ini.
  1. Erra Fazira
  2. Farid Kamil
  3. Vanida Imran
  4. Maya Karin
  5. Waheeda
  6. Rashidi Ishak
  7. Serina Redzuawan
  8. Hattan
  9. A. Shukor Mohaideen

Pengarah