Janin (filem): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32: Baris 32:


==Pelakon==
==Pelakon==
Siti Shahrizah ([http://ms.wikipedia.org/wiki/Eja Eja]), [[Hairie Othman]], [[Sherie Merlis]], [[Kuswadinata]], [[Zulkifli Zain]], [[Zami Ismail]], [[Kismah Johar]], [[Rashidah Jaafar]], [[Ghazali Abu Noh]], [[Idris Mohd Diah]]
Siti Shahrizah ([http://ms.wikipedia.org/wiki/Eja Eja]), [[Hairie Othman]], [[Sherie Merlis]], [[Kuswadinata]], [[Zulkifli Zain]], [[Zami Ismail]], [[Kismah Johar]], [[Rashidah Jaafar]], [[Ghazali Abu Noh]], [[Idris Mohd Diah]], [[Wan Mohammad Ikram]]


== Pencapaian ==
== Pencapaian ==

Semakan pada 12:08, 30 Januari 2017

Janin
PengarahM. Hitler Zami
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
DibintangiEja
Hairie Othman
Sherie Merlis
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Janin ialah sebuah filem seram arahan pengarah berpengalaman, M. Hitler Zami yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 23 Disember 2010. Filem yang dibintangi oleh Eja, Hairie Othman, Zami Ismail, Sherie Merlis dan Seniman Kuswadinata ini membongkar masalah masyarakat yang tunduk kepada hasutan syaitan.

Plot

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehilangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak dengan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih sayang telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera

Pelakon

Siti Shahrizah (Eja), Hairie Othman, Sherie Merlis, Kuswadinata, Zulkifli Zain, Zami Ismail, Kismah Johar, Rashidah Jaafar, Ghazali Abu Noh, Idris Mohd Diah, Wan Mohammad Ikram

Pencapaian

Pemenang

  • Pelakon Wanita Terbaik Filem - Anugerah Skrin 2011 - Siti Shahrizah (Eja)

Calon

  • Filem Terbaik - Anugerah Skrin 2011

Pautan luar